24 September 2013

Kolonel tentera udara Yemen ditembak mati

17 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
SANAA 24 Sept. - Seorang pegawai tentera udara Yemen berpangkat Kolonel ditembak mati oleh penyerang tidak dikenali di sini semalam.

Sumber keselamatan berkata, seorang daripada dua penyerang yang menunggang motosikal melepaskan tembakan ke arah Kolonel Abdul Wahab Azzam ketika mangsa sedang memandu sebuah kereta di satu persimpangan jalan.

Bagaimanapun sumber tersebut tidak menjelaskan lokasi sebenar kejadian itu dan tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam serangan terbabit.

Insiden semalam merupakan kejadian terbaharu membabitkan pembunuhan berpuluh-puluh pegawai tentera dan keselamatan Yemen sejak dua tahun. 

- REUTERS



No comments: