16 October 2013

Taufan kuat hampiri loji nuklear Fukushima

11 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

TOKYO: Satu taufan yang dianggap terkuat dalam tempoh 10 tahun menghampiri perairan Jepun hari ini, dan sedang menuju ke arah loji nuklear Fukushima. 


Awal pagi tadi, bandaraya Tokyo dan kawasan sekitar dilanda angin ribut dan hujan lebat apabila Taufan Wipha beralih dari timur laut ke tengah Jepun.
Ribuan penduduk terpaksa dipindahkan ke negeri jiran, Chiba apabila bekalan elektrik dilaporkan mengalami gangguan. 

Agensi Meteorologi Jepun berkata, kira-kira 118.5 milimeter hujan direkodkan setiap jam di Izu Oshima Island, 120 kilometer di selatan pusat bandar Tokyo. 

Susulan hujan lebat di kawasan berkenaan, tiga rumah dilaporkan hanyut apabila air sungai melimpah. - AFP

No comments: