16 Oktober 2013

PAS Sarawak Menyambut Eid al-Adha dengan Rakyat Tempatan

11 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

PAS Sarawak menyambut Idul Adha bersama rakyat tempatan dibeberapa kawasan di bahagian Sarawak. Antara kawasan PAS Sarawak terlibat dalam aktiviti sempena Hari Raya Idul Adha adalah Miri, Bintulu, Beting Maro dan beberapa bahagian lain dalam Sarawak.


Di Miri dua ekor lembu telah dikorbankan di sekitar kawasan Senadin dan juga Sibuti. PAS kawasan Miri telah mengagihkan daging korban tersebut kepada penduduk tempatan dalam kawasan tersebut. Sambutan penduduk tempatan sangat mengalakkan.

Di Bintulu juga dua ekor lembu dikorbankan dan proses melapah dan jamuan ringkas berlangsung di Pusat Tarbiyyah Awlad(PUTRA) Jepak. PAS mengagih-agihkan daging korban kepada penerima di sekitar kampung seperti Kg Kamunting, Kg Baru dan Kg Jepak (Hampir seratus bungkus diagihkan).

Di Beting Maro juga, bekas calon DUN Beting Maro Abang Ahmad Kerdee turun padang bersama masyarakat setempat untuk meraihkan Idul Adha. Antara aktivitinya bersama penduduk tempatan adalah mengagih-agihkan daging korban kepada penduduk dalam kawasan itu.

Inilah antara aktiviti PAS Sarawak bersama masyarakat tempatan sepanjang tahun. Dengan adanya aktiviti sebegini masyarakat tempatan akan faham bahawa PAS bukan sekadar sebuah parti politik tapi juga parti yang sentiasa bersama dengan rakyat tanpa mengira masa dan waktu. Mudah-mudahan dengan adanya aktiviti ini, masyarakat Sarawak dapat menilai perjuangan PAS dalam menjaga kebajikan rakyat dan juga sentiasa bersama rakyat tanpa mengira waktu.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

Tiada ulasan: