13 October 2013

Penyamun Gagal Tarik Mesin ATM Guna Lori


8 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sekumpulan penjenayah berputih mata selepas usaha melarikan mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di Kampung Baru Subang, Sungai Buloh awal pagi Ahad dibantutkan oleh bunyi alat penggera.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang berkata dalam kejadian 4.30 pagi itu, empat lelaki penjenayah terbabit cuba menarik mesin ATM itu dengan sebuah lori.

Mereka merempuh bangunan stesen minyak itu dengan lori sebelum tiga daripada mereka yang bertopeng ski, bersarung tangan dan berjaket hitam serta bersenjatakan parang mengikat mesin ATM berkenaan pada lori tersebut.
Suspek kemudian cuba menarik mesin itu namun hanya sampai setakat pintu hadapan sebelum alat penggera berbunyi menyebabkan mereka melarikan diri dengan lori tersebut, katanya dalam kenyataan di sini.
Katanya suspek juga sebelum itu menyamun dua pekerja di stesen minyak berkenaan serta melarikan hasil jualan berjumlah RM1,500. BERNAMA

3 comments:

Anonymous said...

Tapi penyamun negara yg terhormat lebih drp mesin atm dapat disamun.hehe

Anonymous said...

Sebab tu tak nak..tak nak laksana hudud ( kerat tangan ) yg Allah firmankan dalam Surah ke5 Al-Maidah ayat:38.
Seolah-olah ayat 38 itu tak sepatutnya wujud dalam Al-Quran.

Kalau Syiah menambah ayat Quran , sebaliknya orang faham sekuler MENGURANGKAN/ tidak beriman dengan sebahagian ayat Quran.

Memang nafsu manusia tak mau kepada kehendak islam ( solat, puasa, zakat...) tetapi bab " memantat ", quran sebut 1, 2, 3 dan 4, maka hati akan cenderung kepada yang 4.


PakNgahYobKider said...

penyamun besar terang-terang tak ditangkap, disokong dan diangkat jadi ketua pulak.