13 October 2013

UMNO 2013: Shahrizat dan Khairy pertahan jawatan, Mas Ermieyati Ketua Puteri UMNO yang baru

8 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khairy Jamaludin kekal mempertahankan jawatan Ketua Wanita dan Pemuda manakala Mas Ermieyati Samsudin diumumkan sebagai Ketua Puteri UMNO baru pada pemilihan sayap UMNO 2013.


Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, sebentar tadi. 


Setakat jam 3.35 pagi ini, Shahrizat yang dicabar Datuk Maznah Mazlan dan Raihan Suleiman Palestin, memperoleh 100 daripada 191 undi. 


Manakala, jawatan Ketua Pemuda yang menyaksikan pertandingan lima penjuru menyebelahi Khairy selepas memperoleh 97 undian.



Mas Ermieyati yang juga Ketua Puteri UMNO Melaka menewaskan Jamilah Hanim Othman dalam pertandingan satu lama satu, dengan memperoleh 96 undi.



Pemilihan ketiga-tiga sayap membabitkan 230,000 perwakilan dari 191 Bahagian.

No comments: