06 October 2013

Ribuan berkampung di Ijtimak Tarbawi 3.0

1 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,05 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Ijtimak Tarbawi 3.0 bertempat di Maahad Tahfiz Al Quran Al Muhammadi Kundang Ulu Ledang, Johor semalam secara rasminya bermula.

Himpunan peringkat kebangsaan anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia itu malam tadi dirasmikan oleh Naib Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat Dato Dr Mahfuz Mohamad.

Turut berucap pada majlis itu malam tadi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan, Pengarah Program Nik Abduh Nik Abdul Aziz serta Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat.

Program kali ini juga menyaksikan ribuan anak muda hadir menyertainya yang datang dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Terdahulu, pengisian malam tadi turut diisi dengan kuliah Maghrib oleh Ustaz Syed Abdul Kadir al Jofree yang mengupas tajuk Mengapa Tarbiyah Sepanjang Masa.

Pagi ini pula, kuliah Subuh disampaikan oleh Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi sejurus selesai qiamullail dan solat Subuh berjamaah.

Beliau yang juga Exco Dewan Pemuda PAS mengupas tajuk Khulasah Surah As Shaff.

Selepas itu, bermula jam 8.30 pagi ini pula, giliran Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi pengisian.

Beliau menyampaikan kuliah tafsir surah al Munafiqun yang akan tamat sekitar jam 12.45 tengah hari ini sebelum peserta bersiap untuk solat Zohor bejamaah.

Berikut antara gambar suasana sekitar Ijtimak Tarbawi 3.0 yang masuk hari kedua hari ini.


No comments: