06 Oktober 2013

Tahaluf siyasi: Ketua Penerangan sahkan PAS tidak pernah rugi


1 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

PAGOH: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa tahaluf siyasi yang diamalkan parti itu tidak pernah merugikan PAS, malah dalam banyak segi ia menguntungkan.

"PAS pernah beri kerusi pada Datuk Onn Jaafar untuk bertanding dalam pilihan raya," katanya ketika berucap pada Ijtimak Tarbawi 3.0 di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Muhammadi Kundang Ulu Ledang, dekat sini, semalam


Tegasnya lagi, PAS pernah bekerjasama dengan Semangat 46 dan DAP sehingga berjaya mengembalikan Kelantan ke pangkuan PAS.

Kemudian pada tahun 1999, PAS bekerjasama pula dengan PKR dan hasilnya berjaya menang di Terengganu pula serta menguatkan pengaruh di Kedah.

Malah PAS mula melebarkan pengaruh ke beberapa negeri lain.

Sehingga PRU12 sokongan terhadap PAS terus meningkat sehingga menguasai Kedah pula di samping mula bertapak di Johor dan menguatkan penguasaan di Selangor dan Perak.

Oleh hal yang demikian sepanjang sejarah PAS bekerjasama dgn lain-lain parti politik, PAS terus berkembang dan semakin kuat.

Tiada ulasan: