1 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Menteri
Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, dan satu berita yang
diterbitkan oleh Bernama dipetik sebagai berkata tindakan tegas akan diambil
terhadap pegawai dan staf mana-mana kementerian dan agensi yang menyalahguna
peruntukan dan tidak mematuhi peraturan.
Beliau berkata, perkara itu perlu dipandang
serius bagi mengelak ia berlarutan sehingga boleh menjejaskan prestasi dan
pencapaian negara.
"Pihak
Kabinet ambil perhatian yang cukup serius mengenai laporan Ketua Audit Negara
baru-baru ini, kerana belanjawan yang tidak mengikut peraturan akan terjejas
ekoran negara memperuntukkan RM250 bilion setahun untuk pelbagai perkara,"
katanya kepada pemberita selepas merasmikan Medan Selera Tanjung Rambutan di
sini, malam tadi.
Saya sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut sebagai satu
tanda komitmet yang serius kepada isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang.
Namun begitu sangatlah diharapkan supaya kenyataan itu tidak
menjadi kenyataan melepas batu ditangga atau sekadar pemanis kata tanpa satu tindakan yang drastik dari pihak
kerajaan.
Saya juga bersetuju dengan kenyataan beliau
bahawa individu yang terbabit dalam
permasalahan laporan audit akan menjejaskan imej kira-kira 1.1 juta kakitangan
awam. Namun begitu jangan pula ada
unsur untuk mengkambing hitamkan pegawai kerajaan.
Adalah tidak wajar untuk meletakan
sepenuhnya kesalahan dalam isu menyalahguna
peruntukan dan tidak mematuhi peraturan ini tanpa mengambil kira kenapakah
mereka berani melakukan perkara tersebut atau pun mungkin mereka berani dan
terpaksa melakukan perkara tersebut kerana dari arahan yang tidak benar oleh
orang tertentu termasuk menteri pada kementerian berkenaan.
Kerana iti semua keraguan dan penyelewengan yang telah berlaku mestilah disiasat dengan saksama melibatkan semua pihak.
Sekiranya SPRM telah meletakkan peranan dan fungsinya ditempat yang betul saya yakin masalah ini sebenarnya telah dapat dibendung seminima mungkin sejak timbulnya pelbagai keraguan dalam laporan audit sebelum dari ini.
Realitinya apa yang berlaku laporan tetap tinggal sebagai satu dokumen dan diperkatakan tanpa ada tindakan yang sewajarnya dari pihak berkenaan.
1 ulasan:
yang paka menteri guna duit kerajaan sewenangnya tu tak ambil tindakan ker bang ?
Catat Ulasan