02 November 2013

Hari ini, hari lahir ku ke 49.


28 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Dipagi yang bertuah ini hamba Mu yang kerdil ini mengucapkan kesyukuran atas kurnia Mu Ya Allah yang telah melanjutkan usia ini sehingga dapat aku melangkah untuk hari kelahiran yang ke 49.

Masa ternyata pantas berlalu tanpa kita sedari mahu atau tidak usia pasti bertambah .
Beruntunglah kalau ianya diisi dengan segala usaha dan ikhtiar untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan rugilah  kalau sebaliknya..

Hamba Mu yang kerdil ini juga menginsafi betapa kematian sedang menghampiri dek kerana usia semakin bertambah. Dalam melangkah ke usia 50 tahun berarti telah 28 tahun berada dalam agama yang "tinggi dan tidak yang lebih tinggi darinya" ini.

Bersama isteri tercinta mengharung gelombang kehidupan didampingi 3 anak tersayang, ternyata semuanya telah cukup dewasa untuk usia kami yang sebegini. Semuga mereka akan menjadi generasi penerus kepada perjuangan Islam yang telah kami lalui ini.

Kerana itu hamba Mu ini memhon dengan penuh harapan agar doa di kabulkan agar baki usia ini mampu diisi dengan usaha yang punya nilai pahala dan jauhkan diri ini dari dosa disimu Ya Allah.

Terimakasih kepada yang mengirim ucapan berserta doa muga semuanya dirahmati Allah jua. 

Segala kelemahan yang pernah dilalui agar menjadi sempadan dan mampu ditebus dipenghujung usia ini.

Aamin Ya Rabal Alamin...

1 comment:

Izwan said...

Sanah Helwah Ya Abi... Anakanda Sentiasa Mendoakan Kebaikkan Utk Abi... Insya Allah...