08 November 2013

Husam pertahan Naib Presiden, tolak timbalan

4 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Datuk Husam Musa hari ini mengesahkan hanya akan mempertahan jawatan Naib Presiden PAS yang disandangnya dan menolak untuk pencalonan jawatan Timbalan Presiden.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata, pengesahan penerimaan pencalonan itu baru sahaja dibuat sebentar tadi.


"Penerimaan untuk bertanding hanya jawatan Naib Presiden sahaja dan tidak jawatan lain adalah berpedoman kepada jumlah pencalonan terbanyak untuk saya adalah untuk jawatan tersebut.

"Saya menggagap itu adalah isi hati dan pilihan akar umbi PAS jawatan mana mereka inginkan saya tempatkan diri saya," katanya.

Dalam pada itu beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawasan yang telah mencalonkannya.

"Semoga amal perjuangan kita diterima oleh Allah dan keutuhan PAS sentiasa terpelihara.

"Kepada  semua kawasan yang menaruh harapan kepada saya dengan pelbagai bentuk pencalonan yang mereka berikan, saya hargai dan berterima kasih," katanya

No comments: