15 November 2013

Mohon doa, solat hajat temui pelajar hilang

11 Muharram 1435H. [MOD] -
KOTA BELUD: Usaha mencari beserta doa kepada Allah diteruskan meskipun Muhammad Syahmi, 10, lebih seminggu gagal ditemui ketika sedang berkelah bersama beberapa rakannya di pantai Kampung Nanamun di sini.

Pelajar Akademi Tahfiz Al-Quran Wal Hadith (Ataqwa) yang hilang sejak 2 November, pukul 5.30 petang itu didaftarkan ayahnya, Haryadi Osing, 35, di pusat pengajian Islam tersebut kira-kira sebulan lalu.


Pengarahnya, Farhan Abdullah, 43, berkata, kes kehilangan pelajarnya itu kali pertama berlaku sejak Ataqwa ditubuhkan pada 2010 dengan jumlah muridnya kini mencecah lebih 100 orang.

"Kita memohon kepada kaum muslimin dan muslimat untuk meneruskan doa dan solat hajat supaya murid yang baik dan bijaksana ini selamat ditemui," katanya.


Ayah Syahmi, Haryadi Osing, 35, kemudiannya ketika dihubungi Harakah memberitahu usaha mencari masih diteruskan pihak jabatan dan agensi kerajaan terbabit selain bantuan pengamal perubatan tradisional.

Harakahdaily

No comments: