Malaysia mengucapkan tahniah kepada semua calon yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
“Kami melihat kejayaan para pelajar ini adalah hasil kerja keras dan bersungguh-sungguh mereka dalam menekuni pelajaran.
“Gandingan ibu bapa, guru, rakan sekolah di samping persekitaran yang sihat dan bersih adalah faktor pendorong para pelajar mendapat keputusan yang cemerlang ini.
“Tidak ada yang lebih membanggakan bagi ibu bapa dan guru-guru melainkan mendapat khabar keputusan yang cemerlang diperolehi oleh anak-anak dan murid mereka,” kata Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob.
Raja Iskandar berharap keputusan UPSR ini menjadi pendorong kepada pelajar-pelajar untuk bersungguh-sungguh meningkatkan prestasi akademik mereka ke tahap tertinggi.
“Tidak ada yang mustahil untuk dilakukan dalam hidup ini sekiranya ada kemahuan yang tinggi serta tekad untuk berjaya.
“Kami mendoakan semua pelajar agar mendapat tempat yang baik di sekolah menengah dan seterusnya mampu meneruskan kecerlangan mereka di peringkat menengah pula,” katanya.
Seramai 42,646 daripada 478,848 calon mendapat A dalam semua subjek UPSR 2013.
Keputusan ini telah melonjakkan pencapaian UPSR pada tahun ini bagi pencapaian cemerlang (semua A) sebanyak 0.21 peratus kepada 9.15 peratus berbanding 8.94 peratus tahun lalu.
Harakahdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan