Berpuluh ribu penunjuk perasaan berhimpun menentang Yingluck dan abangnya, perdana menteri yang digulingkan, Thaksin Shinawatra dalam bantahan jalanan terbesar sejak 2010, apabila lebih 90 orang awam terbunuh berikutan tindakan keras tentera.
Penunjuk perasaan mengepung Kementerian Dalam Negeri, Pertanian, Pengangkutan dan Sukan, mengarahkan pegawai di dalamnya meninggalkan pejabat, sehari selepas menawan Kementerian Luar dan Kementerian Kewangan.
Kita perlu keluar kerana mereka (penunjuk perasaan) akan memotong kemudahan utiliti, kata Menteri Sukan dan Pelancongan, Somsak Pureesrisak.
Kira-kira 1,500 penunjuk perasaan mengibarkan bendera Thailand dan meniup wisel, berarak ke Kementerian Dalam Negeri, yang dikawal ketat beratus-ratus kakitangan keselamatan, kata seorang pemberita AFP di tempat kejadian.BH/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan