Presiden Susilo Bambang Yudhoyono minggu lalu mengarahkan penggantungan kerjasama polis dan tentera membabitkan isu sensitif politik pencari suaka yang menggunakan wilayah Indonesia untuk ke Australia.
Ada tempat lain yang saya rasakan boleh membantu kita dengan jaminan makanan, kata Menteri Perdagangan Indonesia, Gita Wirjawan (gambar) kepada wartawan asing di ibu negara Indonesia.
Kita melihat kepada kemungkinan berkenaan.
Hubungan terjejas
Hubungan diplomatik terjejas berikutan laporan minggu lalu memetik dokumen oleh kontraktor Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat, Edward Snowden bahawa khidmat risikan Australia cuba untuk merakam curi perbualan telefon Yudhoyono, isteri dan pegawai tertingginya.
Indonesia adalah pengimport utama gandum, ternakan hidup, daging lembu dan gula mentah Australia. Australia adalah pasaran eksport ke 10 terbesar Indonesia.
Wirjawan yang sudah memulakan kempen untuk pilihan raya presiden Julai depan berkata beliau meminta parlimen untuk melihat peraturan membataskan import dari sesetengah negara.
Pada masa ini, undang-undang Indonesia hanya membenarkan import ternakan dari Australia dan New Zealand kerana bimbang dengan penyakit kuku dan mulut.
AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan