17 November 2013

SPR minta BERSIH tunjukkan bukti beli undi di Sg Limau

13 Muharram 1435H. [MOD] -
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyahut gesaan BERSIH supaya disiasat dakwaan berlaku kes membeli undi dalam pilihan raya kecil DUN Sungai Limau, dengan memintanya mengemukakan bukti terlebih dahulu kepada pihak berkuasa berkenaan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR akan 
memeriksanya terlebih dahulu dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

Dalam SMSnya kepada Malaysiakini hari ini, beliau meminta BERSIH mendapatkan buktinya dan menyerahkannya kepada SPR  SPRM atau polis.

Abdul Aziz diminta mengulas gesaan BERSIH supaya disiasat perkara itu ekoran pengakuan calon BN, Ahmad Sohaimi Lazim di satu seminar pada hari Khamis bahawa jentera kerajaan mengagihkan sumbangan untuk menarik pengundi di Sungai Limau.


Malaysiakini

Tiada ulasan: