18 November 2013

Tuan Ibrahim: PAS akan desak Pakatan laksana hudud

14 Muharram 1435H. [MOD] -
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Muktamar PAS akan membincangkan usul khas bagi mendesak negeri bawah pentadbiran Pakatan Rakyat melaksanakan hudud.

Tuan Ibrahim dalam laporan Sinar Harian menyebut, PAS menerima empat usul berhubung pelaksanaan undang-undang Islam, termasuk hukum hudud.


“Dalam muktamar itu juga kita akan desak negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat melaksanakan undang-undang itu,” katanya seperti dipetik dalam laporan berkenaan.

Tambahnya, resolusi dari perbahasan usul berkenaan di muktamar berkenaan akan dikemukakan kepada kerajaan persekutuan.

“Selepas kita berbahas usul itu pada muktamar kita akan hantar memorandum mendesak kerajaan pusat memberi laluan kepada sistem perundangan Islam itu,” katanya lagi.

Beliau yang juga pengerusi usul bagi Muktamar PAS ke-59 berkata, parti itu turut menerima usul untuk membincangkan mengenenai kerjasama politik PAS dengan parti lain.

“Kita juga telah menerima tiga atau empat kawasan yang menyerahkan usul untuk membahaskan isu tahaluf siyasi.

“Jadi kita di peringkat pusat telah terima dan akan dibahaskan di peringkat pusat,” katanya lagi dalam laporan berkenaan.

Malaysiakini

No comments: