06 December 2013

1Melayu: Gerakan tuntut permohonan maaf Umno

2 Safar 1435H. [MOD] -


 
NONEDalam kenyataan keras hari ini, Gerakan Pulau Pinang menggesa Umno mengarahkan Ketua Umno Bukit Mertajam Datuk Musa Sheikh Fadzir meminta maaf dan menarik balik cadangannya bagi menggantikan slogan 1Malaysia dengan 1Melayu

Setiausaha Gerakan negeri Oh Tong Keong berkata, kenyataan rasis itu merosakkan semangat 1Malaysia - slogan perdana menteri dan presiden Umno untuk kerajaan.

Katanya, Musa tidak patut dibenarkan kekal dalam Umno ekoran kontroversi itu akan merosakkan perkongsian dalam BN dan perpaduan nasional.
Oh mendesak kepimpinan tertinggi Umno, termasuk Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan musa menarik balik kenyataan dan meminta maaf kepada bukan Melayu.

"Saya rasa rasis seperti Musa ketinggalan zaman dan tidak patut dibenarkan kekal dalam Umno dan BN.

"Dengan kewujudannya, Umno dan BN hanya akan hilang lebih banyak sokongan," katanya.

Malaysiakmini/-

No comments: