Rasa sungguh kesal dan kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh perwakilan Umno yang begitu tebal semangat perkaumannya.
Ketua Bahagian Umno Bukit Mertajam menyarankan supaya slogan 1Malaysia ditukar kepada 1Melayu. Bukankah ini satu kenyataan yang menghasut dan berbaur perkauman?
Inilah taktik kotor Umno dan BN yang bijak menukar warna kulit seperti cicak kubing mengikut selera dan keadaan.
Sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Umno mewar-warkan 1Malaysia, tetapi selepas PRU13 mereka tidak lagi segan untuk mencadangkan 1Melayu.
Umno adalah satu parti perkauman yang sentiasa menindas kaum-kaum yang lain.
Semangat asabiah Umno semakin membengkak selepas PRU13 apabila mereka merasakan sebahagian besar golongan bukan bumiputera tidak lagi menyokong BN.
Jika itu adalah benar, BN seharusnya mencari sebab musabab kehilangan sokongan itu.
Selepas mengenal pasti punca kegagalan, BN sepatutnya mencari jalan untuk memenangi semula hati orang-orang bukan bumiputera.
Tunjuk belang
Mencaci dan menghukum orang-orang yang tidak menyokong BN akan memudaratkan lagi penerimaan komponen itu yang sokongan kepadanya semakin hari semakin pudar.
BN harus sedar bahawa golongan bukan bumiputera dihimpit dan ditekan selama lebih 50 tahun.
Penindasan dilakukan secara terbuka oleh BN dalam semua aspek yang merangkumi ekonomi, sosial dan politik. Ekoran itu, BN kehilangan undi populariti di kalangan golongan bukan bumiputera.
Ini adalah suatu tindakan atau reaksi yang normal daripada manusia-manusia yang berfikiran waras dan beremosi.
BN tidak mempedulikan perasaan golongan bukan bumiputera selama ini.
Tetapi secara tiba-tiba sebelum PRU, BN cuba berjinak dengan golongan bukan bumiputera dengan slogan retorik 1Malaysia.
Ini dilakukan dengan niat menipu semata-mata untuk memancing undi daripada semua lapisan masyarakat. Sebaik saja habis PRU, BN sudah mula menunjukkan belangnya sekarang.
Tikam belakang
Apa kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentang cadangan ketua bahagian Umno Bukit Mertajam yang mahu menggantikan slogan 1Malaysia dengan 1Melayu dalam perbahasan Perhimpunan Agung Umno?
Beliau secara terbuka mengatakan bahawa "bangsa-bangsa lain" telah menikam dari belakang dalam pilihan raya.
Beranikah presiden Umno itu menegur ketua bahagian itu dan menegaskan pendiriannya secara terbuka?
Bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin MCA, MIC, Gerakan dan PPP? Beranikah mereka ini mengutuk secara terbuka ucapan perkauman ketua bahagian Umno Bukit Mertajam?
Atau seperti biasa menjadi 'Pak Angguk'' dan turut serta bertepuk tangan mengiktiraf ucapan sedemikian.
Saya pasti tidak akan ada apa-apa reaksi daripada puak-puak ini kerana terpaksa menjaga kepentingan politik masing-masing.
V SIVAKUMAR ahli Parlimen Batu Gajah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan