08 Disember 2013

Raub turut dilanda banjir, mangsa dipindah

4 Safar 1435H. [MOD] -
KUANTAN:  Raub menjadi daerah terbaharu yang dilanda banjir dengan seramai 39 orang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan.

               
Ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa di Pahang setakat pukul 10 malam tadi  mencecah lebih 40,000 orang di 121 pusat pemindahan.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Kuantan masih mencatat jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 34,635 orang yang ditempatkan di 38 pusat pemindahan.
               
Di Pekan, masih terdapat 2,887 mangsa di 26 pusat pemindahan, Temerloh 847 mangsa banjir di 22 pusat pemindahan, Jerantut 607 orang di 11 pusat pemindahan dan Maran seramai 764 mangsa di sembilan pusat pemindahan.
               
Bera seramai 123 orang di lapan pusat pemindahan, Rompin 53 orang di empat pusat pemindahan, Lipis seramai 53 mangsa di empat pusat pemindahan.


 - Bernama

Tiada ulasan: