22 Januari 2014

26 pengeluar ais diarah henti naik harga

20 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Kuala Lumpur: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) semalam mengeluarkan Langkah Interim mengikut Seksyen 35 Akta Persaingan 2010 ke atas 26 pengeluar ais yang berkemungkinan melanggar Seksyen 4(2)(a) Akta Persaingan 2010.

MyCC mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa keputusan 26 pengeluar ais bersepakat menaikkan harga ais tiub boleh dimakan sebanyak 50 sen setiap beg dan RM2.50 setiap blok ais mulai 1 Januari lalu mempunyai kesan menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan secara signifikan di Semenanjung Malaysia. 


Langkah Interim 

“Seperti dinyatakan mengikut Seksyen 35(2), demi menghalang kerugian serius dan tidak boleh dibaiki dari segi ekonomi atau selainnya, serta melindungi kepentingan orang awam, MyCC mengeluarkan Langkah Interim terhadap semua 26 pengeluar ais untuk menghentikan tindakan mereka menaikkan harga secara kolektif berikutan kenyataan mereka pada 24 Disember 2014,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Shila Dorai Raj.

Katanya, tindakan mereka menetapkan harga secara kolektif boleh dianggap sebagai kartel dan mempunyai kesan negatif ke atas pengguna ais termasuk industri makanan, minuman dan perikanan
.

BeritaHarian

Tiada ulasan: