01 Januari 2014

Lebih 10,000 rempuh sekatan polis, teriak “Turun” di Dataran Merdeka

28 Safar 1435H. [MOD] -

Peserta demonstrasi Turun berjaya merempuh benteng polis untuk masuk kawasan Dataran Merdeka. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 31 Disember, 2013.Peserta demonstrasi Turun berjaya merempuh benteng polis untuk masuk kawasan Dataran Merdeka. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 31 Disember, 2013.













Tepat jam 11 malam, para peserta demo Turunkan Kos Sara Hidup (Turun), merempuhkan sekatan polis dan memasuki kawasan Dataran Merdeka sambil berteriak "Turun, Turun, Turun".

Seorang peserta demonstrasi memakaikan topeng V for Vendetta dan memegang bunga warna kuning di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 31 Disember, 2013.Seorang peserta demonstrasi memakaikan topeng V for Vendetta dan memegang bunga warna kuning di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 31 Disember, 2013.Ekoran itu konsert Di Ambang Tahun Baru yang sepatutnya berjalan hingga jam 12 malam dihentikan kemudiannya dan semua penonton konsert mula beredar dari padang itu.
Selain anak muda khasnya pelajar yang menjadi majoriti dalam himpunan kali ini, turut kelihatan adalah pemimpin politik termasuk Naib Presiden PAS Salahudin Ayub dan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.
Para peserta demo yang berkumpul di Sogo mula bergerak beramai-ramai ke Dataran Merdeka mulai jam 10 malam tadi, menjelang jam 10.30 malam di mana mereka berjanji akan mula bergabung di Dataran Merdeka.
Sebahagian dari peserta demo ini mula memenuhi kawasan perkarangan Dataran Merdeka sejurus selepas azan Isyak tadi.
Mereka mula memenuhi kawasan Jalan Raja di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sambil memakai baju-t hitam tertulis perkataan "Turun" sambil membawa plakad "Tol Naik TOLak BN", "Apabila Golongan Kaya Merompak Golongan Miskin, itu Adalah Perniagaan" dan banyak lagi.
Peserta demonstrasi juga dilihat memakai topeng putih dan ada di antara mereka membawa bunga berwarna kuning sebagai simbolik keamanan.
Ramai antara mereka solat Isyak di masjid berdekatan di samping ada yang bersolat di perkarangan pusat beli-belah Sogo. Sehingga jam 9.45 malam, lebih 2,000 berkumpul di perkarangan Sogo.
Kumpulan peserta demonstrasi Turun turut melaungkan slogan "Turun harga barang", "Hidup Rakyat".
Bagaimanapun tidak terdapat mana-mana pemimpin daripada pertubuhan politik yang kelihatan dalam demonstrasi berkenaan.
Tepat jam 9.30 malam, kumpulan berkenaan dilihat cuba merempuh halangan polis di Jalan Raja untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka yang diadakan  konsert sambutan ambang Tahun Baru sambil menjerit "Masuk", "Masuk".
Peserta yang berkumpul di Masjid Jamek juga mula bergerak ke Dataran Merdeka.
Sementara itu  di Masjid Jamek pula seawal jam 8 malam peserta Turun mula memenuhi kawasan tersebut.
Kumpulan yang bermula dari 300 orang kemudiannya bertambah sehingga 1,000 sehinggalah  pada jam 9 malam peserta Turun mula berarak dari jalan Masjid Jamek hingga ke Dataran Merdeka sambil melaungkan slogan.
Mereka turut melaungkan slogan "Turun harga barang", "Hidup Rakyat", "hancur" sambil membawa banner yang tertulis "Tahniah kepada BN", "Suara Rakyat", "Kamu yang rasuah kami yang tanggung" dan lain-lain lagi.
Bagaimanapun tidak terdapat mana-mana pemimpin daripada pertubuhan politik yang kelihatan di Dataran Merdeka. Di sekitar Sogo, P. Kasthuri, Nik Nazmi Nik Ahmad, Steven Sim, Teoh Kok Seong dan beberapa lagi pemimpin politik kelihatan bersama peserta demonstrasi.
Tepat jam 9.30 malam, kumpulan berkenaan dilihat cuba merempuh halangan polis di Jalan Raja untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka yang dijadikan konsert sambutan Ambang Tahun Baru sambil menjerit "Masuk" "Masuk".
Bagaimanapun setakat ini masih tiada lagi tangkapan yang dilaporkan berlaku.
Demonstrasi ini diadakan ekoran kenaikan harga barangan dan perkhidmatan mulai tahun 2014 esok dan juga sebelum ini termasuk harga gula, minyak dan juga gula.
Mulai esok, kenaikan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan dijangka. Antaranya tol, tarif elektrik, cukai pintu, tambang bas sekolah dan lain-lain.
Polis telah bersedia sejak awal tambahan lagi apabila didakwa demo ini bertujuan untuk menggulingkan kerajaan dengan lebih 1,000 laporan polis dibuat.
Polic berkata, empat NGO terlibat dalam menganjurkan demo ini iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup, Solidarity Mahasiswa Malaysia, Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia.
Kesemua mereka menafikan demo ini bertujuan untuk menggulingkan kerajaan. – 31 Disember, 2013.
Pelbagai tanda protes dapat dilihat sekitar kawasan demonstrasi Turun.Pelbagai tanda protes dapat dilihat sekitar kawasan demonstrasi Turun.
Seorang peserta demonstrasi sedia memakai topeng gas di Dataran Merdeka.Seorang peserta demonstrasi sedia memakai topeng gas di Dataran Merdeka.
Trafik warden Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memerhati orang ramai yang berlegar sekitar Dataran Merdeka.Trafik warden Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memerhati orang ramai yang berlegar sekitar Dataran Merdeka.
TMI/-

Tiada ulasan: