Ankara: Turki kerugian AS$100 bilion (RM323 bilion) kerana krisis politik dan rasuah yang melanda pentadbiran pimpinan Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan.
Timbalan Perdana Menteri, Bulent Arinc, berkata siasatan rasuah besar-besaran merisaukan pentabdiran Erdogan.Beliau juga menyifatkannya sebagai satu komplot bertujuan mencemarkan imej Turki di dalam dan luar negara.
Operasi ini adalah cubaan membunuh menjelang pilihan raya baru. Ia hampir rampasan kuasa,” kata Menteri Dalam Negeri baru, Efkan Ala“Kesan buruk krisis itu bernilai AS$100 bilion,” kata Arinc selepas mesyuarat pertama Turki sejak rombakan besar-besaran minggu lalu dilakukan selepas tiga menteri meletak jawatan kerana siasatan berkenaan.
Ikrar Erdogan
Erdogan berikrar tidak akan benarkan komplot jahat itu menggulingkannya selepas 11 tahun memerintah.
Beberapa tokoh terkenal termasuk ahi perniagaan dan anak lelaki tiga menteri ditahan pada 17 Disember lalu mengenai dakwaan memberi rasuah bagi projek pembinaan selain menyalurkan wang kepada Iran.
Media melaporkan, anak Erdogan, Bilal juga disyaki. Ia adalah krisis terburuk sejak Erdogan menghadapi bantahan ramai dengan pengkritik menganggapnya berpunca daripada stail pemerintahannya dan cubaan menyerap nilai Islam dalam masyarakat.
Erdogan menamakan 10 menteri baru, hampir separuh ahli Kabinet – selepas Menteri Dalam Negeri, Ekonomi dan Alam Sekitar melepaskan jawatan kerana anak mereka ditahan.
Cetus pertengkaran
Keadaan itu mencetuskan pertengkaran dalam partinya – Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) dan perebutan kuasa dengan pendakwah Fethullah Gulen yang berada di Amerika.
Ia juga mencemarkan reputasi parti itu yang mula memerintah pada 2002 dengan ikrar menamatkan rasuah.
Ankara percaya, penyokong Gulen yang ada pengaruh besar dalam polis dan kehakiman, mendesak siasatan itu bagi menjejaskan Erdogan menjelang pilihan raya Mac depan.
“Operasi ini adalah cubaan membunuh menjelang pilihan raya baru. Ia hampir rampasan kuasa,” kata Menteri Dalam Negeri baru, Efkan Ala.
Gulen yang tinggal dalam buangan di Pennsylvania sejak 1999 selepas dituduh merancang untuk membentuk negara Islam, menafikan terbabit. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan