18 Januari 2014

Reman ‘Sultan Melaka’ dilanjutkan tiga hari

16 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
MELAKA: Polis hari ini mendapat kebenaran Mahkamah Majistret untuk menyambung reman ahli perniagaan Noor Jan Tuah selama tiga hari lagi bermula esok bagi membantu siasatan kes dia mendakwa dirinya sultan Melaka.

       
Perintah itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah V. Kanasan bagi membolehkan polis menyiasat kes berkenaan mengikut Akta Hasutan 1948.

         
Noor Jan, 57, ditahan pada 10.50 pagi Selasa lepas di Jeti Anjung Batu Umbai, Jasin sebelum sempat menaiki bot ke Pulau Besar untuk melakukan aktiviti bersama 'pengikutnya'.
         
Pada Rabu lepas polis mendapat kebenaran Mahkamah Majistret menahan reman lelaki itu selama empat hari. 

- Bernama

Tiada ulasan: