24 January 2014

Tarikh pilihan raya ditentu hari ini

22 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

Foto
PENUNJUK perasan anti kerajaan mengingkari perintah darurat dengan terus mengadakan tunjuk perasaan di Bangkok, semalam mendesak Yingluck meletak jawatan. - Foto AFP
Mahkamah mungkin putuskan tarikh pengundian jika ada keterangan mencukupi

Bangkok: Mahkamah Perlembagaan Thailand semalam menangguhkan keputusan sama ada pilihan raya umum yang dijadualkan 2 Februari ini boleh ditunda, ketika penunjuk perasaan yang bertegas akan memulaukan proses pengundian itu meneruskan tekanan supaya kerajaan meletak jawatan. 

Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra mengisytiharkan darurat selama 60 hari di Bangkok dan kawasan sekitarnya sejak kelmarin, berharap untuk mencegah peningkatan dalam bantahan yang kini masuk bulan ketiga.



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand berkata, keadaan negara itu terlalu tidak menentu untuk mengadakan pilihan raya umum dan secara teknikal ia akan menghasilkan keputusan dengan terlalu sedikit ahli perundangan di Parlimen untuk membentuk kuorum. 

Kerajaan berkata perintah kuasa mengadakan pilihan raya pada tarikh berkenaan ditandatangani Raja dan tidak boleh diubah.

“Mahkamah Perlembagaan menerima kes ini dan akan melihat mengenai isu perundangan yang terbabit. Jika ada keterangan mencukupi, kami mungkin membuat keputusan esok,” kata jurucakap mahkamah, Pimol Thampithakpong.BH/-

No comments: