25 May 2014

Sultan Pahang tarik diri bertanding Presiden FAM

25 Rejab 1435. [MOD] -

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah (gambar) menarik diri daripada mempertahankan jawatan presiden pada Kongres Tahunan Ke-50 yang berlangsung di Holiday Inn, Kuala Lumpur hari ini.
Beliau yang juga merupakan Sultan Pahang mengumumkan penarikan diri itu bagi memberi ruang kepimpinan baru.
"Saya dengan ini menarik diri daripada bertanding bagi jawatan presiden," katanya seperti dilapor portal berita Mstar Online.

"Atas sebab faktor usia, saya membuat keputusan ini dan berharap lebih banyak kejayaan dicapai dalam barisan kepimpinam baru nanti," katanya dalam ucapan perasmian kongres ini‎.
Penarikan diri Sultan Ahmad Shah memberikan peluang kepada anaknya, ‎Tengku Abdullah berentap dengan Putera Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim merebut jawatan itu.

No comments: