14 May 2014

Ahmad Razif Mula Tugas MB Terengganu, Jumpa PM Hari Ini

13 Rejab 1435. [MOD] -

Ahmad Razif mengetip kad pada perakam waktu pada hari pertama beliau menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu di pejabatnya di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada Rabu. Foto ZABIDI TUSIN / THE STAR
PETALING JAYA: Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman memulakan tugasnya sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu secara rasmi pada pagi Rabu.

Beliau memasuki pejabat Menteri Besar di Tingkat Enam, Wisma Datul Iman di Kuala Terengganu tepat pukul 7.45 pagi.
Ahmad Razif berkata, beliau bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) negeri itu dijangka akan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya pada pukul 1 tengah hari Rabu.
Permulaan tugas Ahmad Razif sebagai ketua eksekutif baharu Kerajaan negeri Terengganu selepas pelantikan jawatan itu pada Isnin bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said yang meletakkan jawatan.
Beliau mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu pada malam Isnin.
Ahmad Razif merupakan Adun Seberang Takir selama dua penggal sejak 2008.

No comments: