14 Mei 2014

Letupan lombong arang batu Turki: Angka kematian kini 201 orang

13 Rejab 1435. [MOD] -

Foto
PELOMBONG yang terperangkap di bawah runtuhan menitiskan air mata ketika dikelilingi rakan dan ahli keluarga selepas berjaya diselamatkan anggota penyelamat dalam kejadian letupan berpunca masalah elektrik di tapak perlombongan di Manisa, barat Turki, awal pagi ini. - Foto Reuters
SOMA, Turki: Angka kematian akibat letupan di lombong arang batu di barat Turki meningkat kepada sekurang-kurangnya 201 orang manakala beratus lagi dipercayai masih terperangkap, kata pegawai kerajaan negara itu, hari ini.


Pegawai itu berkata, operasi mencari pula berdepan cabaran masa. 

Jumlah mangsa yang mati meningkat secara mendadak akibat tragedi di wilayah Manisa semalam apabila kira-kira 787 pekerja terperangkap di dalam lombong berkenaan. 


Operasi menyelamat diteruskan semalaman bagi mencari ratusan mangsa yang masih terperangkap dalam lombong berkenaan.

Menteri Tenaga Turki, Taner Yildiz, berkata daripada jumlah yang berjaya diselamatkan, 80 cedera termasuk empat daripadanya parah.

"Kita bimbang jumlah mangsa yang maut meningkat kerana mereka yang datang membantu mungkin antara yang cedera dan terjejas akibat asap.

"Setakat ini, kami sedang bertungkus lumus sambil menantikan perkembangan selanjutnya," katanya. - AFP

Tiada ulasan: