24 July 2014

Gaza: Angka korban meningkat kepada 715 orang

26 Ramadhan 1435. [MOD] -


GAZA: Jumlah korban di Gaza terus meningkat mendadak ekoran serangan bertubi-tubi pasukan tentera rejim Zionis Israel yang masuk hari ke 18 hari ini.

Dalam serangan awal pagi ini, 20 lagi rakyat Palestin termasuk empat kanak-kanak gugur syahid dibedil askar rejim menjadikan jumlah korban sehingga kini meningkat kepada 715 orang.

Perkara itu disahkan Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan awal pagi ini yang turut menyebut 31 lagi cedera dalam serangan pagi tadi.

"Sekurang-kurangnya 715 orang terbunuh dan 4550 cedera dalam serangan berterusan Israel setakat ini," kata jurucakap kementerian Ashraf al-Qodra

Beliau berkata, sebahagian besar daripada kematian di Gaza berlaku di bandar Khan Yunis timur Khuza'a.

Al-Qodra berkata, dalam serangan pada Rabu semalam, 81 penduduk Gaza terbunuh dan lebih 526 yang lain cedera.

Menurut beliau lagi, rekod kematian menunjukkan sekurang-kurangnya 170 adalah kanak-kanak, 79 wanita dan 37 orang tua menjadi mangsa korban tentera rejim Zionis sejak serangan 7 Julai lalu. - HARAKAHDAILY

No comments: