24 July 2014

Pesawat terhempas di Taiwan pula, 47 terkorban

26 Ramadhan 1435. [MOD] -


Sebuah pesawat penerbangan domestik TransAsia Airways terhempas ketika cuba mendarat di sebuah pulau perairan barat Taiwan yang dilanda taufan dan membunuh 47 penumpang, kata pihak Pentadbiran Aeronautik Awam Taiwan.
Pesawat ATR 72 berkapasiti 70 penumpang itu terhempas berhampiran landasan pulau Pescadores, wilayah Penghu dengan 54 penumpang dan empat anak kapal," kata badan itu.

"Situasi kelam-kabut di tempat kejadian," kata pengarahnya Jean Shen kepada Reuters.

Seramai 11 yang tercedera telah pun dibawa ke hospital, menurut kerajaan Taiwan.

Tiada lagi maklumat diketahui setakat ini.

Taufan Matmo melanda Taiwan hari ini membawa hujan lebat dan angin kencang sehingga sekolah dan pusat perniagaan ditutup.

TransAsia Airways adalah syarikat penerbangan Taiwan dengan 23 pesawat Airbus dan ATR yang kebanyakannya memberi perkhidmatan domestik tetapi mempunyai beberapa laluan antarabangsa ke Jepun, Thailand, Kemboja dan beberapa destinasi Asia yang lain.

Majlis Keselamatan Penerbangan Taiwan berkata selain insiden hari ini, TransAsia terlibat dalam lapan insiden sejak 2002, dengan enam daripadanya melibatkan ATR 72.

No comments: