21 Julai 2014

'Jokowi bakal presiden baru Indonesia'

23 Ramadhan 1435. [MOD] -


Gabenor Jakarta Joko Widodo bakal menjadi presiden baru Indonesia selepas memenangi lebih 53 peratus undi dalam pilihan raya presiden berdasarkan keputusan mengikut kiraan portal The Jakarta Globe.
Portal tersebut melaporkan membuat kiraan undi individu berdasarkan keputusan rasmi 33 wilayah oleh Komisi Pemilihan Umum (KPU), badan yang bertanggungjawab menguruskan pilihan raya.

Kiraan The Jakarta Globe daripada 33 wilayah menobatkan Joko, yang lebih dikenali sebagai Jokowi, dan regunya Jusuf Kalla pemenang.

Regu Jokowi-Kalla mengumpul sebanyak 70,67 juta undi (53,17 peratus) berbanding dengan Prabowo ini 62.25 juta undi (46,83 peratus).

Ini menunjukkan Jokowi-Kalla mendahului dengan 8.4 juta undi atau 6.3 peratus.

Menurut kiraan The Jakarta Globe, terdapat sejumlah 132,920,000 undi yang sah - yang mewakili 70.6 peratus daripada jumlah pengundi Indonesia yang layak.

Wilayah terbaru yang ke 34 Indonesia bakal dikira oleh KPU Timur Kalimantan.

Konsisten dengan kiraan pantas

Kiraan undi individu di Wilayah tertentu sebelum ini telah dihebahkan kepada umum dalam pelbagai laporan media dan The Jakarta Globe mempersembahkan data sendiri - dengan KPU hanya dijangka selesai mengira dan mengumumkan keputusan rasminya esok.

Kiraan The Jakarta Globe turut menunjukkan regu itu menang di 23 wilayah sementara regu Prabowo-Hatta Rajasa menang di 10 tempat.

Jokowi-Kalla mengungguli kubu kuat Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), parti pimpinan anak Soekarno, seperti di Jawa Tengah, Bali, Bangka Belitung dan Sulawesi Selatan dengan majoriti besar.

Sementara itu Prabowo Hatta mengungguli wilayah Sumatera Barat, Nusa Tenggara Barat dan Gorontalo.

Bagi undi luar negara, Jokowi-Kalla setakat ini mendapat 364,283 undi (53.74 peratus) manakala Prabowo-Hatta hanya mendapat 313,600 undi, atau 46.26 peratus.

Kiraan ini konsisten dengan keputusan kiraan pantas oleh lapan kumpulan peninjau yang

mendapati Jokowi mendahului sejurus selepas kiraan undi pada 9 Julai lalu.

Kesemua mereka meletakkan Jokowi mendahului antara 51 hingga 53 peratus undi. 

Tiada ulasan: