24 Ramadhan 1435. [MOD] -
Dua kotak hitam daripada pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine akan diserahkan kepada Malaysia pada jam 9 malam waktu tempatan (3 pagi) ini melalui pasukan Malaysia di Donetsk.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pengumuman khas di kediaman rasminya di Seri Perdana sebentar tadi.
Najib berkata, perkara itu antara yang dipersetujui dengan pasukan pemisah hasil perbincangannya dengan pemimpin mereka Alexander Borodai pada Selasa.
Dua persetujuan lain yang dicapai:
(1) Seramai 282 mayat yang berada di Torez akan dibawa dengan kereta api ke Kharkiv untuk diserahkan kepada wakil Belanda.
Kereta api itu akan bergerak hari ini (waktu Ukraine) dengan diiringi enam anggota pasukan mencari Malaysia.
Mereka akan diterbangkan ke Amsterdam dengan pesawat Belanda Dutch C130 Hercules, bersama pasukan Malaysia untuk tujuan forensik.
Baki rakyat Malaysia akan diterbangkan pulang ke negara ini.
(2) Penyiasat bebas antarabangsa akan dijamin keselmatan di tapak nahas untuk memukakan siasatan menyeluruh terhadap insiden itu.
“Saya harus tegaskan walaupun persetujuan telah dicapai, beberapa lagi langkah perlu diambil sebelum ia selesai.
“Masih ada kerja untuk dilakukan yang bergantung kepada komunikasi dengan niat baik. Barodai dan penyokongnya setakat ini memberikan kerjasama,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan