05 July 2014

Tahniah Felixia, Neelofa dan Fara Fauzana

7 Ramadhan 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada semua selebriti yang mula berhijrah sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

Ianya termasuk kepada bekas model dan pelakon Felixia Yap yang melafazkan syahadah memeluk Islam semalam.

"Syukur dan tahniah kepada saudari seislam kami, Felixia Yap.
"Dengan izin Allah s.w.t (beliau) mengucap dua kalimah syahadah secara rasmi semalam setelah 7 bulan mengenakan hijab dan mendalami islam," kata Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia Mastura Mohd dalam satu kenyataan.

Selain Felixia, dua lagi selebriti yang turut berhijrah dengan mula bertudung adalah Fara Fauzana dan Neelofa.

"Dewan Muslimat PAS Malaysia juga mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada pelakon dan pengacara Fara Fauzana dan Neelofa, dua orang pengacara Nona TV3 yang turut mengenakan hijab baru-baru ini.

"Alhamdulillah syukur. Inilah kecantikan dan ketenangan islam," kata Mastura lagi.

Dalam pada itu beliau turut menyeru semua umat Islam menjadikan Ramadhan sebagai platform mendidik diri untuk kembali kepada fitrah dan keluar daripada fitnah.

"Mudahan keluarnya kita dari Madrasah Ramadhan ini dengan penuh rahmat, keampunan dan bebas dari api neraka," katanya. -HARAKAHDAILY

No comments: