Manakala perlombongan
emas sekarang dijalankan di
dua tempat di Kelantan iaitu
Mukim Sokor di Tanah Merah
dan Kampung Pulai di Gua
Musang.
Di Sokor perlombongan
emas diusahakan sebuah
syarikat dari China iaitu China
Nonferrous Metal Mining (Group)
Co. Ltd (CNMC). CNMC sebuah
konglomerat dari China yang terlibat
dengan perlombongan sumber galian
bukan ferus di seluruh dunia.
Syarikat terbabit ditubuhkan pada
1983 dan ia diuruskan oleh Suruhanjaya
Penyeliaan dan Pentadbiran Majlis
Negeri Aset Negeri.
CNMC mempunyai lombong di
Zambia, Mongolia, Thailand, Malaysia
dan Laos. Syarikat berkenaan juga
melabur dalam perlombongan tembaga,
aluminium, nikel, zink, tantalum,
niobium dan berilium.