Sedar tidak sedar, virus Covid-19 telah meragut banyak nyawa orang-orang tersayang di keliling kita. Tidak mengenal usia mahupun pangkat semuanya tidak terkecuali.
Lebih mengundang sebak apabila lima beradik tinggal di Flat Sri Perantau, Selat Klang menjadi yatim piatu selepas kehilangan ibu bapa mereka akibat jangkitan Covid-19 pada minggu lalu.
Menurut laporan Sinar Harian, Intan Iewanina Mohd Suhaimi, 23, berkata, ibunya, Ramlah Muktar, 43 tahun meninggal dunia pada 31 Julau lalu manakala bapanya Mohd Suhaimi Zakaria berusia 55 tahun seminggu selepas menerima rawatan di hospital.
Menurut Intan, dia masih belum membuat sebarang perancangan masa depan tentang dirinya dan adik beradik kerana pemergian kedua-dua ibu bapa sangat memberi tamparan hebat.
Walau bagaimanapun, amanat untuk melihat Intan berjaya tetap diteruskan dan tidak akan berputus asa dalam pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang bersisa dua tahun lagi.
“Saya akan galas tanggungjawab jaga adik-adik di rumah. Saya akan teruskan belajar sampai habis kemudian baru fikir cari kerja untuk menampung adik-adik,” jelasnya.
Uzair Wazini Mohd Suhami, 16 tahun bersekolah di Maahad Tahfiz Azzkir, Batu Pahat berkata, dia tidak akan melupakan pesanan ibu bapa untuk sentiasa mengutamakan pelajaran dan agama.
“Sebelum mak ayah pergi mereka pesan supaya menjadi anak yang soleh dan solehah. Tidak tinggal solat dan al-Quran supaya mereka tenang di sana serta berjumpa lagi di syurga firdaus,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan