27 Ogos 2021

Puluhan maut serangan bom nekad di lapangan terbang Kabul

 Antara mereka yang cedera dalam serangan di lapangan terbang di Kabul. - Foto AFP

PreviousNext

KABUL: Puluhan maut, termasuk 13 tentera Amerika Syarikat (AS), dalam serangan bom nekad ke atas orang ramai yang berasak di luar lapangan terbang di Kabul untuk meninggalkan Afghanistan, semalam.

Menurut Taliban, dua letupan dalam insiden berkenaan telah mengorbankan antara 13 hingga 20 orang, namun seorang pegawai kesihatan daripada kerajaan terdahulu yang enggan dikenali pula memaklumkan angka terbabit berkemungkinan boleh mencecah hingga 60 mangsa.

Kumpulan IS dilaporkan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, sekali gus meningkatkan lagi situasi genting dalam proses pemindahan keluar dari Afghanistan.

Kejadian gempar itu berlaku menjelang tarikh akhir 31 Ogos ini untuk Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat lain menyelesaikan proses pemindahan berkenaan yang menyaksikan kira-kira 100,000 orang sudah dibawa keluar, setakat ini.

Malah, serangan itu juga dilapor mengakibatkan bilangan kematian tertinggi dalam tempoh sehari membabitkan tentera AS di Afghanistan sejak 2011.

Susulan itu, Presiden Joe Biden yang menyifatkan tentera AS terkorban dalam letupan berkenaan sebagai perwira, berikrar untuk memburu pihak bertanggungjawab atas serangan terbabit.

Biden ketika berucap di Rumah Putih susulan serangan bom nekad di lapangan terbang di Kabul. - FOTO EPA
Biden ketika berucap di Rumah Putih susulan serangan bom nekad di lapangan terbang di Kabul. - FOTO EPA

Bendera Amerika Syarikat di Rumah Putih dikibarkan separuh tiang susulan serangan bom di Kabul. - Foto AFP
Bendera Amerika Syarikat di Rumah Putih dikibarkan separuh tiang susulan serangan bom di Kabul. - Foto AFP

Kepulan asap selepas ledakan bom di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai, di Kabul. - Foto EPA
Kepulan asap selepas ledakan bom di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai, di Kabul. - Foto EPA

"Kita tidak akan memaafkan. Kita tidak akan melupakan. Kita akan memburu anda sehingga dapat dan membuat anda menanggung akibatnya," katanya.

Beliau turut memaklumkan setakat ini, tiada bukti yang menunjukkan Taliban bersekongkol dengan IS dalam serangan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, proses pemindahan keluar dari Afghanistan akan diteruskan dan tamat mengikut jadual pada akhir bulan ini.

Ketika ditanya pemberita sama ada beliau memikul sebarang tanggungjawab atas kematian tentera AS itu, Biden berkata: "Saya memikul tanggungjawab secara asasnya atas segala yang berlaku kebelakangan ini."

Sementara itu jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, memberitahu AFP bahawa antara 13 hingga 20 orang maut dan 52 lagi cedera dalam dua letupan berkenaan, manakala hospital di Kabul pula melaporkan enam mati serta 90 mangsa mengalami kecederaan.

Ketua Komando Pusat AS, Jeneral Kenneth McKenzie, pada peringkat awal berkata 12 tentera negara itu terkorban dalam serangan berkenaan.

Bagaimanapun, seorang lagi tentera AS dilaporkan turut meninggal dunia kemudian, manakala bilangan terkini anggota pasukan itu yang mengalami kecederaan mencecah 18 orang.

McKenzie berkata, sejumlah orang awam Afghanistan juga maut dalam insiden terbabit.

Beliau berkata, AS menjangka lebih banyak lagi serangan daripada IS di Kabul, dan telah bersiap sedia untuk bertindak balas. - AFP

Tiada ulasan: