EDINBURGH: Sebuah buku yang dipinjam pada 2007 akhirnya dipulangkan semula ke sebuah perpustakaan di Scotland.
Lapor portal UPI, OnFife yang menguruskan perpustakaan di wilayah Fife memaklumkan, seorang pelanggan memulangkan buku bertajuk The Amazing Maurice selepas tamat tempoh pinjamannya kira-kira 14 tahun lalu.
Menurut OnFife, peminjam memaklumkan dia tidak menyedari masih menyimpan buku tersebut setelah sekian lama.
“Kami memohon orang ramai memeriksa rak buku mereka jika terdapat buku dipinjam sebelum perintah berkurung atau lebih lama lagi.
“Kami menyambut baik dan menghargai mana-mana peminjam yang mahu memulangkan semula buku dipinjam di perpustakaan ini,” kata jurucakap, Yvonne Melville kepada The Scotsman.
Sementara itu, OnFife memaklumkan pihaknya tidak akan mengenakan denda lewat kepada pelanggan yang memulangkan buku tamat tempoh pinjamannya.
Namun, pihak pengurusan OnFife mengingatkan para pelanggannya untuk memulangkan semula buku yang dipinjam. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan