Alor Setar: Jumlah perkhidmatan feri dari Kuala Perlis ke Langkawi akan ditambah kepada dua trip sehari bermula 16 September ini berikutan Gelembung Pelancongan (Travel Bubble) Projek Rintis ke Langkawi.
Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata, trip ditambah pada sesi pagi dan petang pada hari berkenaan berbanding hanya satu trip ketika ini.
Beliau berkata, kemasukan trip feri dari Terminal Kuala Kedah pula akan bermula sebaik tamat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
"Sehubungan itu pelancong boleh membuat tempatan melalui atas talian www.cuticutilangkawi.com.
"Semua penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan feri dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi perlu menunjukkan sijil vaksinasi lengkap dua dos suntikan ketika membuat pembelian tiket di kaunter dan ketika memasuki balai pelepasan sebelum dibenarkan memasuki feri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baharin berkata, penumpang feri juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk melancong ke Langkawi seperti yang ditetapkan.
Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya dalam kenyataan media berkata, Pulau Langkawi akan dijadikan destinasi pertama projek rintis bagi pembukaan sektor Pelancongan domestik sebagai tanda keprihatinan kerajaan dan sokongan negara mencapai liputan luas vaksinasi sempena Hari Malaysia tahun ini.
Menurut Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bermula 16 September ini, Langkawi sudah boleh dikunjungi pelancong domestik yang memenuhi kriteria SOP dari seluruh negara, termasuk negeri yang berada di Fasa 1, Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Bagaimanapun, kebenaran ini tidak terpakai kepada mereka yang sedang berada di kawasan perlaksanaan PKPD.
hmetro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan