02 Oktober 2021

62.4 peratus populasi Malaysia lengkap divaksinasi

 

KUALA LUMPUR: Seramai 20,389,622 atau 62.4 peratus keseluruhan populasi di negara ini sudah lengkap divaksinasi, setakat tengah malam tadi.

Berdasarkan perincian dikongsikan menerusi portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan 72.4 peratus pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Selain itu, seramai 3,255,715 atau 10 peratus populasi negara ini direkodkan belum lengkap divaksinasi, manakala 9,012,063 atau 27.6 peratus lagi tiada vaksinasi.

Kejayaan itu direkodkan selepas KKM merekodkan 237,245 dos vaksin diberikan semalam, masing-masing 103,021 bagi dos pertama dan 134,224 dos kedua, menjadikan jumlah kumulatifnya meningkat kepada 43,933,988 dos.

Lembah Klang direkodkan mendahului carta apabila 81.4 peratus populasinya lengkap divaksinasi, diikuti Negeri Sembilan (70.6); Labuan (67.9); Sarawak (66.2); Perlis (65.2); Pulau Pinang (64.9); Melaka (64.1); Johor (58.9); Terengganu (54.7); Perak (54.4); Kedah (53.2); Pahang (52.9); Kelantan (46.1) dan Sabah (43).

Bagi populasi dewasa pula, seramai 20,317,843 atau 86.8 peratus direkodkan sudah lengkap divaksinasi, manakala 1,741,486 atau 7.4 peratus belum lengkap divaksinasi dan 1,350,271 atau 5.7 peratus tiada vaksinasi.

Perincian sama turut merekodkan seramai 71,779 atau 2.3 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun sudah lengkap divaksinasi, manakala 1,514,229 atau 48.1 peratus belum lengkap divaksinasi dan 1,561,492 atau 49.6 peratus tiada vaksinasi.

Angka itu membabitkan pemberian 237,245 dos vaksin COVID-19 kepada golongan berkenaan, masing-masing 103,021 dos pertama dan 134,224 dos kedua, menjadikan jumlah kumulatifnya meningkat kepada 43,933,988 dos.

Sementara itu, KKM juga mengunjurkan seramai 26,125,920 atau 80 peratus populasi keseluruhan di negara ini lengkap divaksinasi menjelang 12 November depan.

bharian/-

Tiada ulasan: