MADRID: Mohamed Salah meneruskan prestasi baiknya awal pagi tadi dengan meledak dua kali ketika menang 3-2 mengatasi Atletico Madrid yang bermain 10 orang dan membawa Liverpool mendahului Kumpulan B Liga Juara-Juara.
Salah menjaringkan gol pendahuluan Liverpool di Wanda Metropolitano selepas mengatasi tiga pertahanan Atletico dan pemain Mesir itu meledak jaringan dalam sembilan perlawanan berturut-turut.
Dalam saingan sengit di Madrid, Naby Keita menggandakan kelebihan namun Atletico meledak dua kali sebelum tamat babak pertama menerusi Antoine Griezmann.
Griezmann kemudiannya dibuang padang pada minit ke-52 kerana mengangkat kaki terlalu tinggi berdepan Roberto Firmino dan Liverpool membuatkan Atletico membayar harga yang mahal apabila cabaran Mario Hermoso terhadap Diogo Jota memberikan Salah peluang hasil sepakan penalti.
"Tiga mata kotor sentiasa menjadi perkara penting dan mereka melakukannya malam ini," kata Jurgen Klopp. "Ia bukan bola sepak terbaik kami tetapi ia langkah yang penting."
Klopp sebelum ini sentiasa kritikal terhadap gaya permainan Atletico ketika kedua-dua pasukan bertemu tahun lalu.
"Saya bukanlah Pope bola speak. Bukanlah sesuatu yang penting apabila saya berkata-kata," kata Klopp.
"Sesuatu perkara saya akan suka, sesuatu perkara saya tidak suka. Saya sangat menghormati mereka. Mungkin ia sudah 10 tahun? Mereka sangat berjaya."
Salah kini menjadi penjaring terbanyak Liverpool dalam Liga Juara-Juara dengan 31 gol dalam 48 perlawanan, mengatasi rekod sebelum ini yang dipegang Gerrard dengan 30 gol.
Walaupun bermain 10 orang, Atletico merasakan mereka boleh mendapatkan penalti lewat permainan apabila Luis Suarez dimasukkan dari bangku simpanan dan bersedia untuk mengambil penalti berdepan bekas kelabnya.
Sebaliknya pengadil, Daniel Siebert menyebabkan penyokong tuan rumah berang apabila membatalkan keputusannya selepas melihat rakaman semula. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan