KUALA LUMPUR: Malaysia diundi bertemu musuh tradisi, Indonesia untuk aksi suku akhir Piala Thomas di Aarhus, Denmark, malam esok.
Skuad negara mengesahkan tempat ke kelompok lapan terbaik selepas muncul naib juara Kumpulan D manakala Indonesia menjuarai saingan Kumpulan A.
Sementara itu, juara bertahan, China akan bertemu Thailand dalam perebutan tempat ke separuh akhir manakala Jepun diundi menentang Korea Selatan.
Satu lagi perlawanan suku akhir menyaksikan pertembungan antara India menentang Denmark.
Bharian/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan