MELAKA: Kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini tidak menjejaskan gabungan Perikatan Nasional (PN), kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bekas Perdana Menteri yang juga Presiden BERSATU itu menegaskan, PN termasuk parti diterajuinya akan terus menjadi wadah politik kepada rakyat Malaysia dan bakal menjadi pencabar utama Barisan Nasional (BN) pada masa akan datang.
"Kita sudah berhijrah dan yakin prinsip asas BERSATU dan PN tidak lain menawarkan suatu bentuk parti mendokong kerajaan yang lebih baik dan prinsip ketelusan. Apakah saya akan tinggalkan parti saya dan kembali kepada parti asal saya (UMNO)? Itu sesekali tidak akan berlaku.
"Rakyat ada pilihan untuk membuat pertimbangan supaya kita dapat tawarkan sesuatu yang lebih baik," katanya pada sidang media di sini selepas mengadakan perjumpaan lebih dua jam dengan barisan kepemimpinan tertinggi PN.
PN hanya menang dua daripada 28 kerusi yang ditandinginya dalam PRN Melaka, iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dan DUN Bemban.
Muhyuddin berkata, PN akan menjalankan kajian mendalam berkaitan kekalahan dalam PRN Melaka, dengan tumpuan kepada peratusan pengundi keluar yang rendah, jentera parti serta beberapa masalah lain.
"Kekalahan ini akan menjadi pengajaran dan panduan langkah seterusnya yang akan diambil PN dalam pilihan raya akan datang. PN bersedia apa-apa saja kemungkinan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum dan PRN, ia adalah jihad dan kita mahu pengundi beri penilaian yang adil apa yang kita pertaruhkan," katanya.
Tambahnya, kerjasama dengan kerajaan di peringkat Persekutuan yang sedia terjalin sebelum pilihan raya tidak terjejas supaya tidak mengganggu proses membantu rakyat ketika COVID-19.
"Pengalaman di Melaka akan ambil kira kedudukan kita pada masa akan datang," katanya.
KEPUTUSAN RASMI
KERUSI | PARTI | YANG MENANG |
N1 Kuala Linggi | BN-UMNO | ROSLI ABDULLAH |
N2 Tanjung Bidara | BN-UMNO | DATUK SERI AB RAUF |
N3 Ayer Limau | BN-UMNO | DATUK HAMEED BASHEER |
N4 Lendu | BN-UMNO | DATUK SERI SULAIMAN MD ALI |
N5 Taboh Naning | BN-UMNO | ZULKIFLEE MOHD ZIN |
N6 Rembia | BN-UMNO | DATUK MUHAMMAD JAILANI KHAMIS |
N7 Gadek | BN-MIC | P SHANMUGAM |
N8 Machap Jaya | BN-MCA | NGWE HEE SEM |
N9 Durian Tunggal | BN-UMNO | ZAHARI ABD KALIL |
N10 Asahan | BN-UMNO | FAIRUL NIZAM ROSLAN |
N11 Sungai Udang | PN-BERSATU | DR MOHD ALEEF YUSOF |
N12 Pantai Kundor | BN-UMNO | TUMINAH KADI @ MOHD HASHIM |
N13 Paya Rumput | BN-UMNO | DATUK RAIS YASIN |
N14 Kelebang | BN-MCA | DATUK LIM BAN HONG |
N15 Pengkalan Batu | BN-UMNO | DATUK KALSOM NOORDIN |
N16 Ayer Keroh | PH-DAP | KERK CHEE YEE |
N17 Bukit Katil | PH-AMANAH | ADLY ZAHARI |
N18 Ayer Molek | BN-UMNO | DATUK RAHMAD MARIMAN |
N19 Kesidang | PH-DAP | SEAH SHOO CHIN |
N20 Kota Laksamana | PH-DAP | LOW CHEE LEONG |
N21 Duyong | BN-UMNO | MOHD NOOR HELMY ABDUL HALEM |
N22 Bandar Hilir | PH-DAP | LENG CHAU YEN |
N23 Telok Mas | BN-UMNO | DATUK ABDUL RAZAK ABDUL RAHMAN |
N24 Bemban | PN-BERSATU | DR MOHD YADZIL YAAKUB |
N25 Rim | BN-UMNO | DATUK KHAIDHIRAH ABU ZAHAR |
N26 Serkam | BN-UMNO | DATUK ZAIDI ATTAN |
N27 Merlimau | BN-UMNO | DR MUHAMAD AKMAL SALEH |
N28 Sungai Rambai | BN-UMNO | SITI FAIZAH ABDUL AZIS |
KEDUDUKAN TERKINI BAGI DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA:
- Barisan Nasional (BN) - 21 kerusi
- Pakatan Harapan (PH) - 5 kerusi
- Perikatan Nasional (PN) - 2 kerusi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan