JAKARTA: Indonesia sudah memulakan pembinaan sebuah estet perindustrian baru di pulau Borneo, yang akan menggunakan kuasa hidro untuk kilang pengeluarannya.
Terletak di wilayah Kalimantan Utara di Borneo, projek itu akan meliputi 30,000 hektar bagi pengeluaran barangan seperti semikonduktor, bateri ion litium, panel solar dan produk aluminium.
Beliau juga berminat menubuhkan industri perkilangan untuk memanfaatkan sumber asli Indonesia yang kaya seperti nikel, bauksit dan tembaga, supaya negara dapat meningkatkan rantaian nilai dan bukan hanya mengeksport bahan mentah.
Pemerintah berkata, projek itu akan berasaskan 'teknologi hijau' kerana ia akan menggunakan tenaga daripada projek kuasa hidro yang dirancang.
Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), semasa majlis pecah tanah projek berkenaan, berkata ia dibangunkan dengan pelaburan dari China dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
"Transformasi ekonomi Indonesia bermula di sini, di mana kami akan menguruskan sumber asli kami dari hulu ke hilir untuk mewujudkan ketersediaan pekerjaan secara besar-besaran," katanya.
Menteri Kanan Indonesia, Luhut Pandjaitan, berkata sehingga AS$12 bilion (RM50.5 bilion) pelaburan akan diperlukan bagi projek tenaga hidro saja dan hampir AS$1 bilion (RM4.2 bilion) untuk sebuah pelabuhan, kata
"Indonesia juga merancang membina loji bateri kenderaan elektrik di projek Kalimantan Utara.
"Projek ini diterajui Kalimantan Industrial Park Indonesia (KIPI) diketuai diketuai oleh hartawan arang batu, Garibaldi Thohir, yang mengawal tanah digunakan untuk loji terbabit," katanya pada majlis yang sama.
Awal tahun ini, Luhut berkata Fortescue Metals Group Australia dan Tsingshan Holding Group China mungkin melabur berbilion dolar di taman perindustrian itu. - AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan