FAKTA PILIHAN RAYA KE-12
Hari mengundi8 Mac (Sabtu)
Penamaan calon24 Februari (Ahad)
Tempoh berkempen13 hari
Jumlah pemilih berdaftar10,922,139
Pemilih awam 10,701,054
Pemilih pos 221,085
Jumlah parti politik berdaftar 30
Jumlah kerusi Parlimen 222
Jumlah kerusi DUN 505
16 Februari 2008
15 Februari 2008
Siapakah Yang Menyebabkan Negara Bengkrap?
Keadaan ini, kata beliau, menyebabkan kerajaan pada masa sama terpaksa pula mengenakan cukai yang tinggi kepada mereka yang mampu.‘‘Sedangkan kita telah melihat bagaimana negara maju yang mengenakan cukai yang tinggi akhirnya tidak dapat dipertahankan. ‘‘Apatah lagi kita sebagai negara sedang membangun, kalau ada dasar mereka yang tidak bekerja pun mendapat bayaran setiap bulan, maka itu alamat negara kita akan menjurus kepada lembah sebuah negara yang bankrap,’’ kata beliau.
Sebenarnya orang yang berperangai macam Najiblah yang menyebabkan negara jadi bengkrap. bayangkan beli kapal selam dan jet pejuang sahaja Najib terlibat dengan skandal ratusan juta ringgit. Ini benkrap negara namanya.
Pak Lah Takut Kepada Presiden PAS
Abdullah Ahmad Badawi berkata, kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mencabarnya di Parlimen Kepala Batas membayangkan Pas tidak yakin menang di Terengganu.Perdana Menteri berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.Kenyataan ini adalah gambaran sebenar yang Pak Lah dalam keadaan ketakutan kalau benar Hj. Hadi akan berpindah ke Kepala Batas untuk berhadapan dengannya. Kalau Pak Lah kata kita tidak yakin untuk menang di Terengganu, kita nak kata kita yakin menang sebab itu tanpa Hj. Hadi kita boleh tunbangkan kerajaan yang ada sekarang di Terengganu.
Apa lagi ketua Pas di Terengganu sekarang bukan Hj. Hadi lagi tetapi Mustapa Ali sebagai pesuruhjayanya. Pepindahan Hj. Hadi ke Pulau Mutiara untuk melawan Pak Lah adalah sesuatu yang masuk akal dan tidak menjadi masalah.
Kalaulah Pak Lah seorang yang berjiwa besar, semestinya dia tidak mencari alasan lain malah mengalu-ngalukan kedatangan Hj. Hadi ke Pulau Pinang untuk bertanding. Kalah atau menang kira kemudian, itulah adat pertandingan.
Penamaan Calon dan hari mengundi
Tempoh berkempen dalam pilihan raya itu adalah selama 14 hari.Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.
14 Februari 2008
Najib umum dividen LTAT 16 peratus : Satu Lagi Pancing Undi
Demikian juga untuk lebih 1 juta kakitangan awam yang sedang menunggu imbuhan khas kerajaan sebagai ganti kepada bonus tahunan yang tidak diperuntukkan dalam bajet tahun 2008. Kita yakin dalam tempoh terdekat PM akan mengumumkan sendiri imbuhan berkenaan bagi memujuk dan menarik undi kekitangan kerajaan.
Tawaran Dari Allah
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah `Adn. Itulah keberuntungan yang besar.(Ash-Shaaf:11-12)
PAS Parit Buntar Bersedia
Pengumuman pembubaran parlimen oleh Pak Lah hari ini merupakan suatu masa yang ditunggu-tunggu oleh semua jentera pilihanraya PAS di Kawasan Parit Buntar. Secara umumnya persiapan telahpun dilakukan hampir setahun yang lepas bagi menghadapi PR Umum ke 12 ini. Malah sudah menjadi tradisi PAS apabila sesuat PR berakhir kita akan terus bersiap untuk menghadapi PR yang berikutnya.Untuk kali ini PAS akan bertanding di Parlimen dan DUN Titi Serong dan PKR akan bertanding di DUN Kuala Kurau.
Suasana politik yang ada sekarang digambarkan oleh banyak pihak akan memihak kepada PAS, Malah ada yang menjangkakan BA akan menang dengan selesa di Palimen dan kedua-dua DUN tersebut.
Keadaan orang India yang telah berubah merupakan senerio baru yang tidak pernah berlaku sebelum dari ini. Buktinya untuk pertama kalinya pada ceramah umum yang diadakan pada hari Isnin 11 Feb lepas, seorang wakil kaum India telah bercakap dengan mengajak hadirin menolak BN bagi menjamin masa depan anak-anak kita. Begitu juga wakil kaum Tionghua, En. Wong dalam ucapannya mengajak semua warga Parit Buntar untuk menolak BN yang Rasuah.
Parlimen diumumkan bubar dengan perkenan Yang Dipertuan Agung
Desas-desus mengenai pembubaran Parlimen telah pun berakhir apabila sebentar tadi sekitar jam 12.35 tengahhari PM, Abdullah Ahmad badawi telah mengumumkan pembubaran parlimen dengan mendapat perkenan yang Dipertuan Agung.PM yang didampingi timbalannya, Najib Tun Razak mengadakan sidang akhbar yang dipenuhi oleh perwakilan media setelah perkara itu telah dimaklumkan lebih awal kepada pihak media. Pengumuman tersebut akan memberi lalauan kepada rakyat Malaysia untuk memilih sebuah kerajaan baru.
Pak Lah juga berharap semua negeri, kecuali Sarawak akan mengikuti langkah tersebut dengan membubarkan DUN sesuai dengan peruntukan yang ada.Dijangkakan tarikh penamaan calon adalah pada 23 Feb dan tarikh pembuangan undi pula pada 3 Mac akan datang.
Hari ini Parlimen di Bubarkan ?
Seluruh rakyat Malaysia penuh dengan debaran menunggu pembubaran Parlimen Malaysia yang dijangkankan berlaku pada hari ini. Tarikh 13 Feb yang menjadi kegemaran PM Malaysia, Abdullah Ahmand Badawi sehingga kita semua tertunggu-tunggu adakah benar ianya dibuktikan dengan pembubaran Parlimen Pada Hari ini.
Kata Perdana Menteri pada 10 Feb yang lepas, jika beliau ingin membubarkan Parlimen beliau akan memanggil media massa untuk membuat liputan.''Saya suka (nombor) 13 kerana tidak ada orang mahu nombor itu. Kerana kepercayaan karut, mereka kata nombor 13 habislah. Jadi oleh kerana tak ada siapa ambil, saya ambil.
''Dulu nombor 13 tak laku, nak ambil (tender Jabatan Pengangkutan Jalan) nombor satu, nombor lapan, semuanya kena bayar beribu," kata Abdullah pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO Bahagian Kepala Batas di sini hari ini.Beliau juga berkata, orang ramai boleh mengaitkan nombor 13 sebagai tarikh pembubaran pilihan raya sekiranya mereka ingin berbuat demikian.
Namun begitu kelmarin (12 Feb)desas-desus ini telah dinafikan semasa beliau merasmikan Majlis Pelancaran Institut Islam Hadhari, Kursi Syeikh Abdullah Fahim, Buku Biografi Tun Abdullah Salleh dan Kompleks Tun Abdullah Mohd. Salleh di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.
‘‘Tidak... tidak lagi, pandailah you,’’ kata Perdana Menteri sambil tersenyum lebar ketika pemberita mengajukan soalan mengenai khabar angin kemungkinan beliau mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.
Abdullah juga menolak saranan pemberita bahawa mesyuarat Kabinet esok adalah yang terakhir yang akan dipengerusikan oleh beliau sebelum pilihan raya umum.
Secara bersahaja beliau berkata: ‘‘Khabar angin, itu yang seronok dengar, siapa cakap? Mesyuarat Kabinet ada lagi, ada lagi, dalam penggal ini ada lagi mesyuarat Kabinet.’’
Kita sama-sama tunggu dan lihat.
12 Februari 2008
Tajol Rosli : BN yakin menang?
Barisan Nasional (BN) Perak yakin dapat mengekalkan prestasi cemerlang seperti yang dicapai pada pilihan raya umum lepas.Pengerusi BN Perak, Mohd. Tajol Rosli Ghazali berkata,keyakinan itu berdasarkan sambutan hangat segenap lapisan masyarakat terhadap program parti terutama semasa sambutan Tahun Baru Cina kali ini.''Saya nampak perpaduan kaum di Perak amat baik terutama sekali di Pengkalan Hulu dan Parlimen Gerik.
"Ini kerana semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama nampaknya begitu akrab dalam sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di seluruh negeri.''Kita nampak tidak ada masalah dan saya yakin kalau pilihan raya diadakan pada bila-bila masa sekalipun, tidak kira siapa calonnya, BN Perak akan dapat kekalkan prestasi cemerlang seperti 2004," katanya.Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Daerah Pengkalan Hulu, di sini hari ini.
Kenyataan MB Perak idatas sebenarnya sekadar keyakinan yang kosong bagi menutup segala kepincangan BN Perak dalam menempuh PR akan datang. Rakyat cuba dialihkan kepada suatu khayalan yang endah kayur ukurnya dari mana.
Sedangkan pihak BA Perak cukup berada dalam keadaan selesa untuk menumbangkan BN. Calon-calon yang akan diletakkan oleh BN pasti akan berdepan satu lawan satu dengan calon BA.
Pirdaus Teringin Sangat Bertanding Di Permatang Pauh
Pada 1 Feb lepas bekas calon Barisan Nasional (BN) kawasan Permatang Pauh ,Datuk Pirdaus Ismail ‘tidak kisah’ sekiranya beliau tidak terpilih sebagai calon pada pilihan raya umum ke-12 akan datang. Sebaliknya, beliau berkata, kemenangan BN di kawasan panas itu adalah agenda yang harus diberi perhatian sepenuhnya terutama di kalangan pemimpin, ahli serta jentera parti berbanding dengan soal calon. ‘‘Hak memilih calon terletak sepenuhnya di tangan Perdana Menteri, dan persoalan sama ada saya dipilih atau tidak, saya tidak kisah dan ia tidak akan membebankan saya.Kelmarin lain pula kenyataannya di mana dia berkata yakin akan menang dan merampas semula kerusi Parlimen itu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika dipilih bertanding dalam pilihan raya umum ke-12. Menurutnya, berdasarkan sokongan kuat daripada rakan-rakan serta penduduk Permatang Pauh yang rata-rata mahukan perubahan, beliau yakin dapat membantu BN menamatkan penguasaan hampir 10 tahun PKR di kawasan itu.
Malah katanya, keyakinannya itu juga berdasarkan kemampuan BN mengurangkan kemenangan undi majoriti PKR daripada 9,077 pada tahun 1999 kepada hanya 590 undi ketika beliau menjadi calon pada pilihan raya 2004. "Saya sentiasa bersedia (bertanding) untuk parti dan kalau dipilih sekali lagi menjadi calon untuk melawan pembangkang, saya yakin keputusan (pilihan raya 2004) lalu akan dapat diubah.
Inilah reaksi pelbagai "imam duit" yang populer dengan tendangan kakinya kepada peti undi dalam PR umum yang lepas. nampak sangat dia ingin bertanding sehingga dua kali keluar kenyataannya dia atas dalam akhbar Utusan. Adakah kena bayar berapa banyak duit untuk mendapat tempat dalam akhbar tersebut?
11 Februari 2008
Orang Mukmin Yang Kuat.
Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai Allah ketimbang orang mukmin yang lemah (HR. Muslim, Ibn Majah, dan Ahmad). Seorang yang kuat secara fizikal dan cerdik akalnya, namun tidak memiliki modal jiwa yang kuat, akan mudah menerima godaan. Dan yang demikian, bukanlah dikatakan mukmin yang kuat. Sebab, yang dinamakan mukmin, pasti beriman. Yang beriman, tidak mudah ditaklukkan godaan. Berbeza dengan orang yang dipanggil golongan Islam , mungkin buktinya dapat dilihat dalam kada pengenalan atau surat beranbak nya, namun begitu orang mukmin tandanya terukir di hati nuraninya.
Negara kita memiliki banyak manusia yang tidak lengkap. Maksudnya, manusia yang hanya terdidik secara fizikal sahaja, namun tidak terdidik rohaninya. Rohani akan menjadi modal dalam melaksanakan amanah.Kerana rohani tidak terdidik dengan sempurna telah menyebabkan banyak kerja yang terkeluar dari nilai nilai pertimbangan yang ditentu oleh Allah SWT..
Kekuatan jasmani sesungguhnya tidak sempurna tanpa disertai oleh kekuatan rohani, sehingga kekuatan keduanya sangat penting diperhatikan dalam urusan pentarbiyahan insan.
Kad laporan prestasi wakil rakyat jadi kriteria pilih calon- PM
Abdullah Ahmad Badawi berkata kad laporan prestasi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan menjadi antara kriteria dalam pemilihan calon pada pilihan raya umum ini.Menurut Perdana Menteri, beliau akan melihat apa yang dilakukan oleh wakil rakyat berkenaan melalui kad laporan tersebut."Ada yang dihantar pada saya, saya akan tengok, saya akan melihat apa yang mereka buat, ia (kad laporan) antara faktor jadi calon.'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat UMNO Bahagian Kepala Batas di sini hari ini.
Kad laporan berkenaan diperkenalkan ke atas wakil rakyat BN bertujuan melahirkan jentera pentadbiran bersih dan telus di semua peringkat.Melaluinya, setiap wakil rakyat perlu menghantar kad laporan tentang tanggungjawab masing-masing.
Suatu perkara yang perlu dan wajib diambil kira oleh Pak Lah ialah mengenai prestasi akhlak dan terlibat atau tidak dengan kes rasuah setiap wakil rakyat BN. Kalau ini diambil kira ramai yang tercicir dari senarai pemilihan. Persoalannya adakah ini suatu perkara besar oleh Pak Lah.? Kita tunggu dan lihat bila PM umumkan senarai yang terpilih.
Berikutnya kita meragui dengan kad laporan yang diteliti oleh pak Lah, adakah benar-benar kesahihannya. Kalau sekadar laporan sebelah pihak tentunya sangat baik dan A semuanya.
BN Bukan Ancaman Sebenar Pembangkang
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pembangkang bukan halangan utama kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 ini, sebaliknya ancaman sebenar parti itu ialah sekiranya wujud perpecahan dalam kalangan anggotanya.Beliau berkata, pembangkang bukan merupakan parti yang kuat malah kekuatannya bergantung kepada individu tertentu berbanding BN yang mempunyai ramai pemimpin berkualiti.“Pakatan pembangkang ini seperti kahwin Mutaah dan bermusim berbanding BN yang kukuh bukan sahaja pada pilihan raya malah setiap masa.
Demikianlah sebaliknya, BN bukanlah ancaman sebenar bagi parti-parti pembangkang. Kami sebetulnya berhadapan dengan seluruh jentera kerajaan dalam setiap kali pilihanraya. BN telah mengembeling dan menyalahgunakan harta rakyat untuk mempertahankan kemenangannya dalam setiap kali pilihanraya. Tidak cukup dengan pengunaan media cetak dan elektronik, bangunan, kelengkapan, kewangan, dan sebagainya. BN malah mengugut pegawai-pegawai kerajaan supaya jangan mengundi pembangkang.
Sikap tidak adil dan "super double standard" ini sebetulnya ancaman yang sangat besar kepada pembangkang. Kalau kita berhadapan secara jantan dengan jentera parti dalam komponen BN saya yakin mereka telah lama tersungkur rebah dan terkubur. Malah kita melihat mereka betul-betul miskin dengan menyalahkan gunakan dewan orang ramai dan sebagainya untuk dijadikan pejabat.Kami pembangkang walaupun dalam keadaan serba kekurangan masih lagi mampu membina pejabat dan pusat tarbiyah atau markaz sendiri.
Inilah suatu kemungkaran dan kezaliman yang berulangkali berlaku dalam negara setiap masa dan ketika khususnya dalam PR umum. Kemungkaran ini mestilah dihabisi oleh hak mengundi rakyat dalam PR ke 12 tidak lama lagi. Ayuh kita jatuhkan BN dan gantikan dengan kerajaan baru BA.
Langgan:
Catatan (Atom)
