09 September 2008

ADUN Titi Serong dan Isteri Lawat Tokoh Perniagaan Cina meninggal dunia.

TITI SERONG , 7 Sept. :- Dalam kesibukan tugas seharian, ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim dan Isteri telah melawat seorang tokoh perniaga Cina yang terkenal di Kuala Bagan Tiang. Beliau adalah pemilk kepada syarikat yang berasaskan perikanan iaitu Tong Sheng Marine.



Lawatan tersebut diiringi sama oleh Ketua Kampung Kuala Bagan Tiang, Hj. Bakhtiar dan Imam mesjid Bagan Tiang, Ust. Sani.


Kehadiran mereka disambur oleh keluarga si mati dan ADUN titi serong berada disana selama sekitar 1 jam disamping meninjau masalah setempat dan bertukar pandangan dengan anak-anak Mendiang yang rata-ratanya adalah ahli perniagaan yang berjaya.

ADUN Titi Serong juga sempat melawat jenazah seorang nelayan yang mati lemas di Kuala Gula DUN Selingsing yang hilang sejak pagi jumaat lepas dan ditemui hari ini.

Hadir sama ialah ADUN Selingsing, Hussin Din yang meninjau mayat yang berada dalam keadaan yang tidak sempurna setelah usaha mencari oleh pasukan pencari menemui mayat tersebut di kelompang.

07 September 2008

Bekas Timbalan menteri sertai PKR

PETALING JAYA 6 Sept. - Bekas Pengerusi Parti Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Tan Kee Kwong (gambar) hari ini mengisytiharkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah mendakwa hilang keyakinan terhadap Barisan Nasional (BN).Kee Kwong yang juga bekas Timbalan Menteri Tanah , Pembangunan dan Koperasi itu berkata, beliau telah meninggalkan Gerakan dan segala jawatan yang disandang mulai semalam melalui sepucuk surat yang difakskan kepada ibu pejabat parti itu.

Katanya, walaupun keputusan itu merupakan satu tindakan yang sukar untuk dilakukannya, namun ia terpaksa diambil kerana melihat masa depan politik Malaysia yang telah mula berubah.

''Saya melihat majoriti warga Malaysia tidak mahu lagi parti satu kaum. Masa untuk parti berasaskan kaum seperti MIC, MCA dan UMNO sudah berakhir.

''Politik masa depan akan memihak kepada parti pelbagai kaum yang tidak berasaskan kepada warna kulit dan agama,'' katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Pemuda MCA Perak pula gesa parti keluar BN

Pemuda MCA Perak hari ini menggesa pucuk pimpinan pusat parti itu supaya mempertimbangkan untuk keluar daripada Barisan Nasion(BN) sekiranya para pemimpin Umno, parti politik terbesar dalam gabungan itu, tidak mahu mengubah sikap. Mengambil contoh kenyataan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini, Ketua Pemuda MCA Perak Datuk Tan Chin Meng berkata pendekatan sedemikian telah menyinggung perasaan kaum bukan Bumiputera selain boleh menjejaskan perpaduan rakyat di negara ini.

"Maka Pemuda MCA Perak menyeru kepada pemimpin MCA pusat supaya mempertimbangkan sekiranya pemimpin-pemimpin Umno masih tidak ingin menukar perangai mereka, untuk keluar daripada BN," katanya kepada pemberita selepas berucap sebelum majlis pemilihan jawatan Pemuda MCA Perak di Dewan St John Ambulans hari ini, demikian menurut laporan Bernama.
Semalam, Ahmad yang enggan memohon maaf menjelaskan beliau bukan seorang yang bersikap perkauman seperti yang dituduh dan semua kekecohan berhubung perkara itu sebenarnya berpunca daripada salah lapor sebuah akhbar berbahasa Cina.Ahmad mendakwa ucapannya mengenai kedudukan kaum-kaum di Malaya pada zaman sebelum merdeka semasa kempen pilihanraya kecil itu dimanipulasi oleh pemberita akhbar Sin Chew Jit Poh sehingga menyebabkan masyarakat dan pemimpin Cina termasuk dari parti komponen BN membuat ulasan melulu tanpa usul periksa.
Tan, yang tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan itu, berkata Pemuda MCA Perak tidak menetapkan sebarang tempoh masa untuk para pemimpin Umno mengubah sikap tetapi menegaskan mereka (pemimpin Umno) harus menunjukkan kejujuran untuk berubah. "Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) kerana menyuarakan BN dan Umno akan buat perubahan tetapi nampaknya pemimpin di peringkat nasional dan negeri tidak mengikuti langkah beliau," katanya.
Tan berkata keengganan para pemimpin BN khususnya Umno untuk mengambil pengajaran daripada keputusan pilihanraya umum lalu akan menyebabkan gabungan itu akan dihukum dengan lebih teruk oleh rakyat pada pilihanraya umum ke-13. "Punca BN kalah pada pilihanraya umum lepas disebabkan isu berkenaan pemimpin-pemimpin kita khususnya Umno yang menyuarakan perkataan atau suara yang begitu sensitif dan tidak mementingkan perasaan kaum-kaum yang lain," katanya.
Semalam Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata parti itu akan mengkaji semula kedudukannya dalam BN sekiranya parti komponen BN, terutamanya Umno, gagal membuat perubahan untuk mengembalikan keyakinan rakyat.
Sebelum ini, perwakilan Gerakan Perak juga membuat gesaan supaya parti itu (Gerakan) meninggalkan BN jika gabungan itu gagal menyelesaikan isu perkauman dan agama.'Ambil tindakan tegas'
Sementara itu, di Kuala Lumpur, Wanita MCA Selangor hari ini mendesak kepimpinan tertinggi BN supaya mengambil tindakan tegas terhadap ketua Umno bahagian Bukit Bendera berhubung dakwaan beliau terhadap masyarakat Cina. Pengerusinya Datin Paduka Chew Mei Fun berkata kenyataan Ahmad ketika berceramah pada pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini berbaur hasutan dan boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat berbilang kaum.
Semasa merasmikan Perhimpunan Wanita MCA Selangor ke-33 di Wisma MCA di ibunegara, Chew berkata beliau dan seluruh Wanita MCA ingin meminta penjelasan daripada Ahmad mengenai perkara itu.Sambil mengingatkan bahawa kaum Cina turut menyumbang kepada pembangunan negara, beliau berkata kenyataan Ahmad itu jelas mengguris perasaan kaum Cina.
Chew berkata Majlis Tertinggi BN perlu mengeluarkan peraturan melarang anggotanya mengeluarkan sebarang dasar, kenyataan atau pendirian yang berbaur perkauman. Sambil meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar bertindak terhadap mana-mana pihak yang membangkitkan isu seperti itu, MCA Selangor juga meminta polis agar bertindak terhadap Ahmad kerana didakwa menghasut. Jika tindakan tidak diambil, beliau khuatir ia akan memburukkan hubungan antara kaum di negara ini. Di samping itu, MCA juga terpaksa mengkaji semula hubungannya dalam Barisan Nasional, katanya.
sumber : malaysiakini.

Lebih 1000 hadir pelancaran Ihya Ramadhan di Dataran MBI

IPOH, 4 Sept. :- Lebih 1000 orang memenuhi Dataran Bandaraya Ipoh (DBI) dan keadaan hujan yang lebat dalam Program Pelancaran Ihya Ramadhan walaupun dalam keadaan hujan lebat bermula dari sejak sebelum berbuka.


Menurut Urusetia program pada mulanya mengjangka hanya sekitar 500 orang yang hadir namun sambutan diluar jangkaan .
Program bermula dengan tahlil, berbuka dan sembahyang Maghrib berjemaah. Selepas Sembahyang Isya dan Sembahyang Terawikh dan ditutup dengan tazkirah yang disampaikan sendiri oleh YAB Menteri Besar Perak.


06 September 2008

UMNO bangkit isu perkauman: Taktik memulih sokongan

Laporan The Malaysian Insider (September 5, 08), UMNO Penang mempertahan kenyataan Ahmad Ismail, Ketua Bahagian Bukit Bendera berhubung 'orang Cina adalah menumpang' ketika kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh!!
Sidang media yang diadakan (gambar dipetik dari The Malaysian Insider), dilihatkan penuh sentimen dan 'bersemangat perkauman' itu turut membariskan beberapa pemimpin Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang, kecuali Pak Lah itu semacam meminta-minta reaksi balas daripada pemimpin parti-parti yang mewakili kaum Cina.
Di samping turut membantai pihak media yang kononnya memanipulasikan kenyataan beliau.
Jikalau benar, pemimpin parti-parti Cina, terutama MCA dan Gerakan membuat tindak balas, maka berjayalah UMNO untuk memaut semula sokongan orang Melayu bernaung semula di bawah payung UMNO. Walaupun sebelum itu, UMNO telah bangkit menentang (melalui demontrasi aman) terhadap kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubungan hasratnya untuk tidak meneruskan dasar-dasar DEB , namun ia gagal untuk menarik sokongan orang Melayu secara total. Oleh itu, kenyataan Ahmad Ismail itu dilihat peluang kedua bagi UMNO Pulau Pinang untuk mensentimen orang Melayu Pulau Pinang yang telah hilang sentimennya sejak sekian lama di bawah pemerintahan BN yang diketuai Gerakan.
Mungkin ini merupakan peluang baik bagi UMNO, yang dilihat suatu kesepakatan dalaman antara parti-parti komponen BN agar sama-sama membangkit isu perkauman, apabila keputusan pilihan raya umum lalu dan pilihan raya kecil Permatang Pauh didapati pola pengundiannya adalah bersifat 'merentasi perkauman' yang signifikan kepada Pakatan Rakyat. Sekiligus memberi petanda bahawa masa depan politik Malaysia telah menolak 'pendekatan perkauman'. Dengan kata lain, isu-isu perkauman telah mati dan tidak relevan lagi.
Jika situasi sebegitu, dapat dibaca dengan baik oleh orang Melayu, Cina dan India adalah sewajarnya rakyat tidak mudah tertipu dengan permainan UMNO, MCA dan Gerakan. Apa yang jelas, permainan UMNO itu tidak lebih daripada taktik untuk mengalih perhatian rakyat (khususnya orang Melayu) daripada membincangkan isu "16 September", iaitu agenda politik Anwar Ibrahim untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Sebagai rakyat Malaysia yang telah ditentukan Tuhan yang Maha Esa, hidup dengan aman damai bersama masyarakat pelbagai kaum sewajarnya mampu mengolah masa depan dengan bijaksana di atas setiap isu yang boleh memudaratkan keamanan dan kesejahteraan hidup.
Maknanya, kehidupan harmoni berteraskan permuafakatan, pakatan dan toleransi adalah arah baru politik Malaysia. Di sini, jelas sekali Islam adalah sesuai dijadikan rujukan bagi menyelesaikan kekusutan sesuatu isu perkauman. Lihatlah kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP Pulau Pinang dketuai Guan Eng; di dalam diam dilihat telah menerima pakai prinsip pentadbiran Islam.
Misalnya, kesungguhannya ingin meniru gaya pentadbiran khalifah Omar Abdul Aziz, memberi wang kebajikan kepada rakyat miskin, bertegas untuk memajukan sekolah agama Islam, komited menghapus rasuah dan penyelewengan, amalan tender terbuka secara e-tender; kesemuanya adalah penyelesaian yang ada di dalam Islam dalam menangani banyak kemelut pentadbiran ke arah membangun masyarakat yang cemerlang.

Realitinya ia merupakan cabaran yang tidak mudah untuk dihadapi BN, terutamanya bagi UMNO untuk merelevankan semula perjuangan Melayu yang telah nyata gagal di Pulau Pinang.Oleh sebab itu, permainan UMNO Pulau Pinang yang bermuka-muka mengungkitkan 'sejarah lama' isu perkauman itu boleh dianggap suatu tindakan 'backwards' yang tidak perlu dianggap bermakna kepada masa depan rakyat di negara ini. Ingatlah seperti mana posting saya ( September, 2)

"...Tuhan menjadikan manusia beriman atau tidak beriman ada tujuan dan manfaatnya. Harus diingat, manusia itu dijadikan berbangsa-bangsa/pelbagai kaum dan budaya supaya kita berkenal-kenalan dan berkasih sayang secara harmoni. Hiduplah kita dengan aturan kententuan Tuhan, baru aman dunia sejagat.

Sesungguhnya tidak ke mana kita jika terus terpaku dengan perjuangan perkauman yang baseless.

Sifat dengki merosak ibadah puasa.

Diantara penyakit yang merusak pahala puasa adalah dengki, dalam bahasa Arab disebut hasad. Dengki adalah perasaan tidak senang atas keberuntungan orang lain disertai usaha menghilangkan dan memindahkan keberuntungan itu kepada diri sendiri.

Adapun meninginkan hal yang serupa dengan yang diperoleh orang lain tidak termasuk dengki,karena al Qur'an bahkan menyuruh kita berlomba meraih kebajikan.

Mengapa orang mendengki ? Dasar dari sifat dengki adalah adanya keinginan orang untuk menjadi orang nombor satu, menjadi orang yang terhebat, terkaya, terhormat dan terkenal.

Dalam bahasa agama, dunia dengan segala urusannya sebenarnya adalah sesuatu yang rendah nilainya . Dalam bahasa Arab, 'dun ya' artinya dekat atau rendah atau hina. Jadi orang hanya mendengki manakala yang diperebutkan itu sesuatu yang rendah, hina dan bersifat jangka pendek, ibarat orang yang memasuki lorong sempit yang hanya muat untuk satu orang. Ruang sempit itulah yang menyebabkan para peminat harus berasakan dan saling menolak orang lain ke tepi.

Selanjutnya jika ada satu orang yang telah berhasil memasuki lorong dan berhasil menduduki kerusi duniawi yang diperebutkan, kerusi sebagai Wakil Rakyat contohnya, maka orang yang kalah memandang orang yang telah menang sebagai musuh yang harus disingkirkan, kerana itulah orang yang menang menduduki kerusi itu mesti sentiasa waspada dengan khianat dan sifat dengki mereka itu.

Adapun jika memperebutkan sesuatu yang besar, mulia dan bersifat panjang hingga akhirat, maka diantara para peminat saling berhubungan. Orang yang merindukan derajat takwa akan senang jika ada orang lain yang bermaksud sama. Demikian juga orang yang ikhlas bersedekah [rujuk dalam QS. Al-Baqarah: 261] ; maka ia sangat senang jika ada orang lain yang juga gemar bersedekah.

Jika di antara orang yang ingin menjadi orang yang dekat Pimpinan didunia pasti terdapat sifat iri, dengki dan sebagainya . Hal itu adalah kerana sempitnya ruang untuk menjadi orang dekat dengan Pimpinan tersebut. Sebaliknya jika ingin menjadi orang yang dekat dengan Tuhan Allah SWT, maka berapa banyakpun orang yang menginginkan, di sana tersedia ruangannya seluas-luasnya, kerana Allah Maha Luas rahmat Nya.

Dengki itu sangat bahaya, bukan hanya bagi diri pemiliknya tetapi juga bagi masyarakat umum. Dengki itu disifatkan dalam hadis nabi ibarat setitik api yang dapat membakar kayu api seberapa banyaknya. Ia juga bagaikan pisau cukur yang boleh mencukur bersih amal seseorang.
Sabda Nabi, hanya dua hal orang boleh irihati ; yakni jika ada orang yang dikurnia ilmu yang banyak, ia dapat mengajarkan kepada orang lain dan juga yang bersangkutan mengamalkannya. Kedua, jika ada orang yang dianugerahi banyak harta, tetapi ia membelanjakannya di jalan yang benar hingga habis.
Selain itu jika ada yang timbul sifat irihati dalam melihat kejayaan orang lain didunia sebenarnya adalah suatu kejahatan yang mesti dihindari. Terlebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini agar pahala puasa kita tidak terhapus kerananya.

Perjuangan

“Bila hidup kita untuk orang lain, maka kehidupan ini akan terasa panjang dan memiliki makna yang dalam” (Sayyid Quthb).

Kata orang bijak, hidup ini adalah suatu perjuangan yang panjang. Namun, arah perjuangan hidup manusia yang berbeza-beza, sehingga menghasilkan kenikmatan hidup berbeza pula. Sebahagian orang berjuang hanya untuk kepentingan dirinya sendiri, sedangkan sebahagian yang lain untuk orang lain di samping untuk dirinya sendiri. Menurut Sayyid Quthb, sangat berbeza jauh kenikmatan hidup yang dirasakan oleh orang yang berjuang untuk diri sendiri dan orang yang berjuang untuk orang lain.

Berjuang untuk orang lain jauh lebih nikmat dibandingkan berjuang hanya untuk diri sendiri. Hidup akan terasa lebih bermakna. Sebab, kenikmatan akan menjadi berlipat ganda, iaitu kenikmatan yang dirasakan diri sendiri juga kenikmatan yang dirasakan orang lain. Bahkan, ada kenikmatan lain lagi, yakni kenikmatan yang muncul ketika melihat orang lain merasa nikmat. Hasil perjuangannya juga memberi makna jauh setelah kematian. Di mana saja orang yang berjuang untuk orang lain berada, orang-orang di sekitarnya akan merasa damai dan dipandu dengan berbagai ilmu pengetahuan yang ditinggalkan .

Lain halnya bila berjuang untuk diri sendiri. Hati menjadi sempit. Setiap orang lain dirasakan sebagai lawan dan musuh . Yang difikirkan bagaimana menaklukkan orang lain, baik dengan kelicikan kata-katanya atau kejahatan tangannya. Meskipun mengaku muslim, orang-orang seperti ini bukanlah orang baik. Menurut Rasulullah SAW, seorang yang baik ialah yang diharapkan kebaikannya dan aman dari kejahatannya, dan orang yang paling buruk ialah yang tidak diharapkan kebaikannya dan tidak aman dari kejahatannya (HR. At Tarmidzi dan Abu Yu‘la).

Ketua Menteri, Exco, MP Parlimen DAP berbuka puasa bersama PAS Pulau Pinang

SEBERANG JAYA, 4 Sept :-Hari ini dalam sejarah politik Kepimpinan DAP dan PAS Pulau Pinang dimana suatu majlis berbuka puasa dapat diadakan di Restoran Kassim Mustaffa.

Kehadiran Ketua Menteri Pulau Pinang disambut oleh Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang bersama ahli jawatan kuasa harian PAS negeri.

Ketua menteri, beliau berharap berhubungan PAS, DAP & PKR dapat dieratkan lagi dan mahu segala selisih faham dihentikan demi perpaduan rakyat dan mahu PAS turut serta dalam menjayakan program kerajaan yang akan diaturkan kelak.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man berharap perhubungan DAP dan PAS khasnya Pulau Pinang perlu bertemu kekerapan dan segala masalah dapat diatasi dengan segera. Secara langsungnya mengeratkan lagi tali siratulrahim antara PAS, DAP & PKR.

Majlis berbuka puasa dihadiri oleh YB.Chow Kon Yeow, YB.Chong Eng bersama suaminya, YB.Lim Hock Seng, YB.Phee Boon Poh, YB.Leew Chin Tong, YB.Ng Wei Aik serta Chong.

Bagi pihak PAS Negeri Pulau Pinang yang hadir berbuka puasa ialah YB.Hamdan Abdul Rahman, YB.Mujahid Yusuf Rawa, Ust Taquiddin Hamzah, YDP kawasan-kawasan, Dewan Ulama, Pemuda serta ahli jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri serta kawasan-kawasan Pas Pulau Pinang.

sumber :http://www.tranungkite.net/v7/

05 September 2008

Pemimpin PR meraikan Hari Kemerdekaan.

IPOH, 31 Ogos :- Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan kali ke 51, pemimpin Pakatan Rakyat Negeri Perak telah mengadakan Majlis Minum Teh disebuah hotel terkemuka di sini.

Hadir sama dalam Majlis tersebut ialah YAB Menteri Besar Perak, Muhammad Nizar Jamaluddin, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Exco-Exco Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat Pakatan Rakyat, Pemimpin kanan Parti, PAS, DAP dan PKR negeri Perak.


Majlis dimulai dengan ucapan dari Pengerusi DAP Negeri, Dato' Ngeh Koo Ham. Seterusnya diikuti oleh Pengerusi PKR , Hj. Ismail, YAB Menteri Besar dan diakhiri dengan ucapan dari Lim Kit Siang. Dalam ucapannya beliau mengatakan bahawa sambutan kemerdekaan untuk tahun ini ialah sambutan kemerdekaan untuk Fasa ke 2 untuk rakyat Malaysia.


Acara kemuncak ialah laungan 'merdeka', mengibarkan bendera dan memotong kek Hari Kemerdekaan oleh semua yang hadir.

Pelancaran Ihya Ramadhan di dataran MBI malam ini.

IPOH, 4 Sept :- Buat pertama kalinya dalam sejarah, Kerajaan Negeri Perak akan mengadakan 'Majlis Perasmian Berbuka Puasa, Solat Tarawih dan Tazkirah' di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh pada 4 Ramadan bersamaan 4 September bermula jam 6.30 petang hari ini.

'Majlis Perasmian Berbuka Puasa, Solat Terawih dan Tazkirah' di Dataran MBI itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin.

Disamping Menteri Besar dijangka hadir sama ialah Exco Agama dan semua Ahli yang berhormat pakatan Rakyat Perak.

Majlis Perasmian ini akan meliputi sembahyang tarawih dan tazkirah yang akan dipimpin oleh Nizar sendiri.

Di samping itu, penganjur majlis juga turut menyediakan jamuan untuk berbuka puasa.

Dijangkakan lebih 300 orang akan hadir di dataran MBI untuk berbuka puasa, bersolat tarawih dan mendengar tazkirah yang disampaikan sendiri oleh MB Perak.

Pembaharuan ini dilihat satu program untuk 'menghidupkan' malam di bulan Ramadan yang penuh berkat ini dan ianya dipelopori sendiri oleh Kerajaan Negeri, sekaligus membawa mesej kepada umat Islam di negeri ini agar turut sama untuk melakukan ibadat di malam Ramadhan dengan solat tarawih dan tazkirah.

Malaysia baiki sedikit kedudukan dalam FIFA

KUALA LUMPUR, 3 Sept :-Malaysia membaiki sedikit kedudukan dalam senarai terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila melonjak satu anak tangga untuk menduduki tempat ke-161 dunia.

Berdasarkan laman web Fifa yang mutakhir, Malaysia berkongsi kedudukan dengan St. Lucia, iaitu sebuah negara di kepulauan Caribbean.

Dalam senarai FIFA bulan lepas, Malaysia menduduki tangga ke-162, berbanding ranking ke-166 pada bulan Julai dan ke-170 pada April lepas.

Pencapaian terbaik Malaysia ialah pada Ogos 1993 apabila menduduki ranking ke-75.

Sepanyol kekal di ranking teratas dunia untuk tempoh dua bulan berturut-turut selepas menjuarai Piala Eropah Jun lepas.

Dalam senarai ranking Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pula, Malaysia kekal di ranking ke-29 dan di kalangan negara-negara Asia Tenggara, ia berada di belakang Thailand (15), Singapura (20) dan Indonesia (21).

Malaysia yang dibimbing jurulatih B.Sathianathan berpeluang untuk membaiki kedudukan apabila menyertai kejohanan Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Disember ini.

MB Perak : Kelulusan tanah bukan hanya kepada sekolah Cina

IPOH , 3 Sept. :– Kerajaan negeri sedang memproses kelulusan tanah kira-kira 1,000 hektar kepada sekolah agama persendirian dan beberapa institusi Islam di Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin menegaskan, kerajaan negeri tidak pernah mengambil sikap pilih kasih dengan hanya menganugerahkan tanah kepada sembilan buah sekolah persendirian Cina sahaja.
"saya kesian kepada Ketua pemuda UMNO Perak yang tidak mendapat maklumat sebenar mengnai apa yang dilakukan oleh Kerajaan Perak" katanya.

Menteri Besar Perak didampingi ADUN Titi Serong, Setiausaha Akhbar. Setiausaha Politik dan Pegawai Khas.

Beliau sebaliknya berkata, permohonan tanah dari sekolah-sekolah agama itu adalah lebih awal berbanding permohonan yang dikemukakan oleh sekolah Cina terbabit.

‘‘Sebanyak 18 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) persendirian dan pelbagai institusi Islam di negeri ini telah membuat permohonan tanah yang secara keseluruhannya membabitkan keluasan lebih 1,000 hektar,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Hadir sama dalam sidang akhbar itu ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim, Setiausaha Politik, Ust. Misbahul Munir, Setiausaha Akhbar, Anuar Hashim dan Pegawai Khas, Amran Harun.

Muhammad Nizar berkata, 18 buah SAR itu terdiri daripada sembilan buah SAR menengah dan sembilan SAR rendah yang telah menubuhkan sebuah koperasi bersama bagi menguruskan tanah berkenaan.

Kata beliau, tanah yang dipohon oleh sekolah terbabit adalah seluas 200 hektar yang akan diusahakan sebagai ladang-ladang supaya mendatangkan hasil.

“Itu baru SAR persendirian, kita turut menerima permohonan tanah daripada pelbagai institusi Islam lain dan jumlahnya jika digabungkan adalah lebih daripada 1,000 hektar,” katanya.

Muhammad Nizar menjelaskan, antara institusi Islam yang memohon tanah kepada kerajaan negeri adalah kira-kira 15 buah sekolah tahfiz al-Quran dan beberapa buah sekolah pondok.

Katanya, kerajaan negeri turut memberi peruntukan awal sebanyak RM1.3 juta kepada 18 buah SAR terbabit kerana keadaan sekolah itu terlalu daif. Disamping itu belia menjelaskan beberapa bantuan segera telah diberikan kepada beberapa Sekolah Agama dan Maahad Tahfiz.

Menurutnya, peruntukan berkenaan telah dikeluarkan kira-kira tiga bulan lalu tetapi tidak mendapat liputan media.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sekolah-sekolah persendirian Cina berkenaan akan menubuhkan sebuah syarikat yang tidak mengutamakan keuntungan bagi menampung kos operasi sekolah masing-masing.

Katanya, buat masa ini kerajaan negeri hanya mampu memberi bantuan sebanyak RM30,000 setahun bagi setiap sekolah persendirian itu dan jumlah tersebut amat jauh daripada mencukupi.

‘‘Kos operasi sekolah persendirian Cina itu mungkin mencecah RM10 juta setahun. Kami fikir bagi selesaikan masalah ini dalam jangka panjang, mereka perlu tubuh syarikat yang tidak mengutamakan keuntungan.

‘‘Mereka boleh tanam kelapa sawit yang boleh mendatangkan hasil dengan cepat iaitu dalam tempoh dua setengah tahun sahaja. Kalau nak harap bantuan RM30,000 setahun sahaja mana cukup,” katanya.
Pada sidang akhbar itu beliau juga mendedahkan mengenai Sekolah Pondok Pak Teh di Pebgkalan Hulu yang merupakan seorang Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak yang terpaksa menghentikan operasi sekolah pada bulan Syaaban dan Ramadhan untuk mengutip derma bagi membiayai pengurusan pondok. Dia telah memohon tanah dari Mantan MB yang juga ADUN disitu tetapi tidak dilulusakan.
"Kita sekarang telah mengusahakan kelulusan segera kepada permohonan Pak Teh" Jelasnya.

04 September 2008

Bonus sebulan gaji buat kakitangan kerajaan negeri Kedah

ALOR STAR: Semua kakitangan perkhidmatan awam kerajaan negeri Kedah akan menerima bonus sebulan gaji bulan ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Beliau berkata 9,589 kakitangan, termasuk kakitangan perbadanan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan, akan menerima bonus sama seperti yang diumumkan dalam bajet Kerajaan Pusat untuk kakitangan awam persekutuan yang lain.

"Bonus minima RM1,000, dan kerajaan Kedah membayarnya secara sekali gus pada September ini dan saya nasihatkan agar mereka pandai-pandai jimat perbelanjaan untuk akhir tahun," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan negeri di sini, hari ini.

Katanya kerajaan menyediakan peruntukan tambahan RM8.1 juta, selain lebih RM11 juta sebulan khusus untuk membayar gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan negeri.

Azizan berkata kerajaan Kedah juga akan memberi imbuhan khas kepada semua atlit yang berjaya meraih pingat pada Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu dan pemain bola sepak Kedah yang berjaya menjuarai Piala Malaysia, Liga Super dan Piala FA, baru-baru ini.

Sementara itu, Azizan berkata kerajaan negeri akan mengkaji secara menyeluruh mengenai cadangan untuk mengisytiharkan tarikh 16 September sebagai cuti umum, sebagaimana dicadangkan Penasihat Parti Keadilah Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bantuan perkapita SAR dikembalikan oleh Pakatan Rakyat

Kerajaan Pakatan Rakyat akan mengembalikan semula bantuan per kapita berjumlah RM1.3juta kepada 18 buah sekolah Agama Rakyat di Negeri Perak bagi tahun 2008 ini.Bantuan tersebut akan diagih-agihkan dalam bulan Ramadhan , sedikit masa lagi.

Bantuan kepada sekolah agama rakyat telah dinafikan oleh kerajaan BN/Umno yang memeerintah Perak dulu sejak pentadbiran Mahathir lagi;tetapi kini dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, bantuan tersebut telah diberikan semula.

Terdapat 9 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat dan 9 buah lagi Sekolan Agama Rendah yang menjadikan jumlah keseluruhannya 18 buah.

Terbukti bahawa kerajaan Pakatan Rakyat sangat prihatin dan mengambil berat untuk menyelesaikan masalah yang telah dicipta oleh kerajaan BN/Umno dulu.

Tetapi mengapa tiba-tiba baru kini Umno mahu menunjukan rasa prihatinnya terhadap Sekolah Agama Rakyat yang mana sebelum ini merekalah yang menjadi dajal, menindas Sekolah Agama Rakyat dengan menafikan pemberian per kapita tersebut?

Laporan Bernama telah menyebut tentang desakan Pergerakan Pemuda Umno, Zainol Fadzi supaya Menteri Besar Perak Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut memberikan lot tanah kepada Sekolah Agama Rakyat milik persendiran dan Sekolah Agama Pondok dalam usaha memaju dan memartabatkan agama Islam di Perak.

Kerajaan negeri menyedari bahawa pemberian RM30,000 setahun kepada 9 buah sekolah Cina itu( bukan setiap satu sekolah sebagaimana laporan tersebut) adalah tidak memadai.Oleh itu sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri memutuskan untuk memberikan tanah kepada sekolah tersebut bagi membolehkan mereka menubuhkan sebuah syarikat untuk mengusahakan tanah berkenaan.

Mengikut sumber yang boleh dipercayai, tanah tersebut akan diusahan dengan tanaman Kelapa Sawit dimana dalam jangka masa 5 tahun,akan memulakan pengeluaran hasil, maka bantuan RM30,000 setahun itu akan diberhentikan.

Perlu diketahui, bahawa pemberian 400 hektar tanah kepada sembilan buah sekolah menengah persendirian Cina di Perak itu adalah atas tempoh pajakan selama 30 tahun.

Projek seumpana ini telah lama dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan ; dimana kerajaan Kelantan telah memperuntukan 3,000 hektar tanah untuk sekolah-sekolah Cina disana.

Sememangnya,Kerajaan Pakatan Rakyat mahu bersikap adil kepada semua sekolah-sekolah di Negeri Perak ini; bukan macam Umno / BN yang sehingga kini gambar MB Pakatan Rakyat di lima buah negeri tidak dibolehkan digantung dibilik-bilik darjah sekolah-sekolah.

Kerajaan Negeri Perak juga sedang mengenal pasti tanah untuk Sekolah-Sekolah Agama Rakyat bagi tujuan yang sama dan akan di umumkan sedikit masa lagi.

03 September 2008

Beri tanah sekolah Cina luar biasa, beri tanah kepada individu tak apa !

Langkah Kerajaan Negeri Perak menganugerahkan tanah pajakan seluas 400 hektar kepada sekolah persendirian Cina sekali lagi diberi ulasan yang saya anggap perlu mendapat jawapan yang segera. Kelmarin saya mengulas mengenai apa yang diperkatakan oleh Ketua pemuda UMNO Perak dalam isu yang sama.

Malam tadi saya sempat bersama dengan YAB Menteri Besar Perak di Kediaman MB dalam majlis berbuka dan Solat Tarawih. Saya dengan MB dan Exco Agama kebetulan duduk semeja makan. Kami sempat berbincang mengenai jawapan dalam Blog Cina Islam tentang Isu berkenaan.

MB dan Exco Agama mengatakan mengenai mereka pernah melawat ke Pondok Pak Teh Pengkalan Hulu. Pak Teh menjelaskan ada memohon dari ADUN Pengkalan Hulu dan juga MB pada masa itu untuk mengusahakan sebidang tanah yang terletak dibelakang pondok. Luasnya sekitar 40 ekar.

Kata Pak Teh, pondok memerlukan dana sehingga dalam bulan Syaaban dan Ramadhan semua pelajar cuti untuk mengutip derma bagi mebiayai pondok . Itulah nasib sekolah pondok walaupun MBnya di kawasan DUN pondok itu berada ia tetap dipinggirkan.

Buat masa ini EXCO agama sedang berusaha dengan pihak tertentu supaya kelulusan segera diberikan kepada Pondok Pak Teh.

Setakat ini kerjaan negeri juga telah meluluskan sebanyak RM 1.3 juta membantu Sekolah agama di Perak.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Mohd. Hilmi Ismail berkata, langkah itu sebagai sesuatu yang luar biasa dan belum pernah dilakukan sebelum ini. Katanya jika pun mahu dilakukan, ia seharusnya turut diberikan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan sekolah-sekolah Tamil yang rata-ratanya masih berkeadaan daif.

Beliau percaya langkah Kerajaan Perak itu mempunyai motif untuk menarik sokongan politik.
Katanya, jika dilaksanakan ia boleh meningkatkan jurang dan tahap pendidikan antara kaum Cina dengan masyarakat Melayu serta India.

Dalam persoalan ini sebenarnya siapakah yang telah menyebabkan timbulkan jurang antara kaum dalam soal pendidikan ,Pakatan Rakyat atau BN ?. Jangan baling batu sembunyi tangan.

Politik siapakah yang paling kotor sehinggakan sanggup mematikan SAR dengan berbagai proses dan tekanan yang tetap akan dikenang sebagai suatu kerja khianat kepada agama sendiri.

Saya yakin isu ini tetap dimainkan oleh UMNO dan BN, dan mesti ada lagi rakyat perak yang kurang cerdik dan percaya dengan isu yang dimainkan oleh mereka. Namun mereka adalah spesisi yang hampir pupus dari kamus politik negara dan negeri Perak yang kita cintai.