Prestasi teruk BN dalam 5 kali PRK setelah pilihanraya Umum ke 12 tahun lepas sesungguh memalukan. Bayangkan BN hanya mampu menang satu kerusi sahaja di Batang Ai dan Pakatan Rakyat menang di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau dan Bukit Gantang. kalah 4 - 1 adalah sangat memalukan.Sebab itu bila terbitnya kenyataan Barisan Nasional (BN) mungkin tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti jika mendapat kata sepakat daripada parti-parti komponen BN, ianya tidak menghairankan malah satu kewajaran.
Siapakah yang tidak kenal kepada BN dan pengikutnya yang tidak boleh mengenal arti kekalahan. Kemuncak dan bukti dari itu mereka sanggup untuk melakukan rampasan kuasa di Perak dengan cara yang tidak bertamadun dan bermoral demi untuk mengembalikan kekalahan dalam PR Umum 2008.
Di peringkat pemilihan jawatan dalam parti komponen masing-masing mereka sanggup menghambur kan wang sehingga lahirnya istilah "politik wang" yang sebetulnya jenayah rasuah yang kotor dan jijik itu demi untuk mendapat apa yang dikatakan "kemenangan".
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi BN, mengeluarkan kenyataan tidak mahu bertanding menurut The Star hari ini.
Kerusi DUN Penanti dalam Parlimen Permatang Pauh kosong selepas penyandangnya, Mohammad Fairus meletak jawatan kelmarin.
Semalam pun , Najib mengeluarkan kenyataan yang pelik yang menyifatkan , pilihanraya kecil hanya membazir wang, kecuali jika kekosongannya disebabkan oleh kematian penyandangnya, bukan atas sebab-sebab lain.
Elok lah BN sudah insaf dan bersiap untuk "dikuburkan" oleh rakyat dalam setiap PR akan datang adalah PRK atau PR Umum. Sesungguhnya tidak ada tempat lagi bagi Parti-parti bersifat perkauman dalam BN dan tarikh luputnya sudah pun tiba.








