08 Mei 2009

Saya telah arahkan ADUN PR jangan keluar kalau tidak perlu.

Semua ADUN PR saya pohon kepada mereka semua jangan keluar jika tidak ada sesuatu yang penting perlu dilakukan. Sekiranya mereka yang ingin keluar walaupun untuk ke tandas mereka saya pohon keluar berdua.

Sementara itu Speaker yang masih sah, Sivakumar masih berada dikerusinya dan tidak berganjak. Kekuatan, ketegasan mereka nampak lebih kuat pada hari ini sehingga ada yang membuat cerita lucu : "silap jampi oleh bomoh, makin kuat bukan makin lemah ".

Walaupun Sidang Haram umum tangguh sidang namun ADUN BN masih tidak keluar dewan

Speaker mempersoalkan sekali lagi dan mengulangi pendiriannya tidak akan memulai sidang sekiranya mereka yang digantung keluar dari dewan.

Semasa mengumumkan demikan dewan kembali kecoh dengan suara kedua belah pihak.

Sekarang keadaan kembali tegang. dan sesekejap sunyi kembali.

Saya tidak menjangkakan bila keadaan ini akan berakhir ?

Speaker Sivakumar umumkan semua Usul yang sedang dibentang BN telah ditolaknya

Speaker umumkan semua usul telah ditolaknya di dalam kamar bertarikh 7 Mei dan sementara itu Zambry mengusulkan sidang ditangguh sejam dan diterima oleh sidang haram iaitu selama sejam sebagaimana yang diumumkan oleh Speaker haramnya.

Dewan menjadi senyap setelah sidang haram berakhir beberapa minit yang lepas.

Ganesesan sedang meneruskan Sidang Haram.

Ganesan cuba merampas kuasa Speaker...lucu

Sidang Haram Sedang berlangsung

Ganesan sedang mengendalikan beberapa usul berikutnya dengan mengumumkan usul perlantikan Jawatan Kuasa Dewan yang baru sesuai dengan peraturan tetap dewan negeri.

Keadaan menarik ini saya umumkan sebagai sidang "Bawah Syiling". Sidang kebudak-budakan dan macam lakonan itu disaksikan oleh seluruh dunia dan mencemarkan demikrasi.

Lucu, aneh, tapi benar...

Ganesan angkat sumpah dimeja ADUN yang dikelilingi ADUN BN sebagai speaker haram

Keadaan tegang berlanjutan apabila Ganesan dilantik sebagai Speaker dan mengangkat sumpah di meja ADUN Jelapang (Timbalan Speaker)

ADUN Sungai Rapat pula meneruskan sidang haram dengan mencadangkan perlantikan JK Dewan.

ADUN Pakatan Rakyat melaungkan "haram" memecah kesunyian dewan dan menenggelamkan suara Speaker Haram.

Ganesan dalam keadaan tidak lancar kelihatan cuba menggunakan pembesar suara mengumumkan Jawatan PAC yang dicadangkan oleh Sungai Rapat.

BN Rampas kuasa Speaker dalam dewan, Ganesan dicalonkan sebagai Speaker baru

ADUN BN sedang berkerumun adun Jelapang dalam dewan semacan sidang bawah pokok untuk cuba merampas kuasa speaker.

Keadaan menarik itu disaksikan oleh semua adun PR dan disaksikan oleh pegawai-pegawai kerajaan dan tamu yang hadir.

Dalam sidang "haram" mereka telah melantik calon yang dicadangkan bekas adun Sungkai, Ganesan.

Hee, timbalan speaker cuba ambil kuasa Speaker yang masih sah.

Hee dkerumuni oleh ADUN PR ketika cuba merampas kerusi Speaker

ADUN Jelapang yang digantung dan dihalau keluar oleh Speaker cuba merampas kuasa dengan cuba membuat pengumuman tetapi cuba digagalkan oleh kebanyakan adun Pakatan Rakjyat.

cubaan terbaharu itu nampaknya gagap dan nampak sangat menyalahi peraturan sidang. Hee nampaknya cuba memberikan pengumuman namun dihalang oleh ADUN Pakatan.

saya tidak pasti sampai bila keadaan kecoh ini akan berakhir.

arahan speaker masih belum di ikuti

sidang masih tidak dapat dimulai, DYTM Raja Muda Perak masih dikamar Diraja menunggu suasana dewan yang kecoh tenang kembali.

Sementara iru Speaker berulangkali keputusan mengantung dilakukan oleh JK Hak dan Kebebsan, itu bukan keputusan saya. saya tidak boleh ingkar kepada keputusan yang dibuat oleh JK yang dilantik dalam dewan ini.

Cubaan berulang kali BN untuk mengusulkan perlantikan baru diterima dengan sorakan ADUn PR dan penolakan oleh Speaker disebabkan sidang belum dimulai dan pembawa dan penyokong usul adalah dari pihak yang telah digangtung oleh speaker.

keadaan kecoh berlarutan

Pangkor cuba mengemukakan usul memecat speaker dalam keadaan sidang belum bermula, dan suasana dalam dewan semakin kecoh.

keadaan kelam-kabut ini telah berlanjutan sejak adun masuk kedalan dewan setengah jam yang lepas.

Speaker masih mengarahkan adun yang digantung untuk keluar dari dewan sebelum sidang bermula

TERKINI Jam 10:10 pagi: Keadaan dalam Dewan Panas


Keadaan tegang dalam Dewan, suasana sangat kecoh, semua ADUN bangun. Sebentar tadi ADUN BN cuba mengemukakan usul Pecat SPeaker namun diumumkan oleh Speaker, Usul itu ditolak.

Sebentar tadi, Abdullah Antong Setiausaha Dewan yang digantung, dikerumuni oleh ADUN PR.Speaker juga mohon SUK tidak mencampuri urusan Speaker dalam Dewan.

10 orang masih belum keluar, Speaker mengatakan berulang kali Sidang tidak dimulai selagi 10 orang terbabit tidak keluar.

TERKINI Jam 10.00 pagi: Penasihat Undang-undang diarahkan keluar Dewan ikut ketetapan Speaker

Penasihat Undang-undang diarahkan keluar.Ketetapan Speaker semasa masuk ke Dewan sebelum dewan bersidang ialah:
1. Minta orang yang tidak dijemput keluar dewan. Saya ada senarai di sini.
2. Tempat duduk ikut sebelum ini.
3. Saya tidak mahu 7 digantung berada dalam dewan sebab mereka digantung oleh jawatankuasa hak dan kebebasan, bukannya saya. kalau tidak keluar saya tidak mahu mulakan mesyuarat.
4.3 orang yang meletak jawatan juga diarah keluar.
5. Saya mahu kesemua yang tersebut termasuk penasihat Undang-undang keluar dewan.
6. Saya tidak masuk siapa-siapa bercakap sebelum mereka keluar dewan. Saya buat keputusan dengan jawtaankuasa yang dilantik oleh dewan ini.

Mereka yang dihalau speaker belum keluar dewan, YB Tajol Rosli didapati bangun untuk mencelah tetapi tidak diizinkan oleh Speaker.

Menurut perintah Tetap 11 adalah sah dan itu hak saya, Umum Speaker.

Speaker masih mengulangi arahan supaya keluar Dewan

TERKINI jam 9.55: Suasana ADUN Lompat masuk ke Dewan

Apabila ADUN Lompat Jelapang ke Dewan, kebanyakan ADUN DAP menyoraknya dengan panggilan KATAN dengan suara yang kuat.

Hee duduk di bahagian tempat duduk ADUN BN.Kelihatan sama OSMAN dan JAMALUDDIN, ADUN lompat dari Behrang dan Changkat Jering.


TERKINI Jam 9.45:Kami masuk Ke Dewan



Kami masuk ke Dewan dan mendapati tempat duduk telah berubah, kami mencabut semua tanda nama dan juga diikuti dengan ADUN BN yang tidak membantah.

Kedudukan kami sekarang sama seperti kedudukan semasa PR memerintah Perak.

TERKINI Jam 9.20 pagi: Kami berada di hadapan pintu Dewan

Kami berada di hadapan pintu masuk menunggu pintu dewan yang dimaklumkan oleh pihak polis cuma akan dibuka jam 9.45 pagi nanti.

Semua barang yang dibawa diperiksa dengan teliti dan di scan berkali.

Saya menyaksikan hampir 50 orang polis yang berkawal di dua pintu masuk yang dibuka

TERKINI Jam 9.10 pagi: Kami dihalang oleh polis Masuk Ke Dewan

Seramai 16 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya yang sampai sekitar 8.45 pagi tadi telah dihalang oleh polis untuk masuk ke dalam dewan Negeri tempat Persidangan yang akan diadakan pagi ini.

Walaupun dengan alasan untuk meletakkan barang sebelum perbarisan diadakan kami gagal untuk masuk sehinggan sekarang.

Kawalan dari polis sangat ketat dan saya beranggapan Sidang Dewan yang paling ketat dikawal polis setakat ini dalam sejarah demokrasi dunia.
Doakan keselamatan kami.

Penyokong mengerumuni MB Nizar semasa sampai dihotel pagi tadi