30 Julai 2010

MB bidas Khir, - 'pesara lombong haram'

17 Syaaban 1431 H
Oleh: Regina Lee

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini melabelkan Ketua Pembangkang Negeri, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, sebagai “pesara lombong pasir haram”.

Ditanya pada sidang akhbarnya mengenai dakwaan bekas menteri besar itu yang menuduh syarikat milik kerajaan negeri - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) membayar royalti yang berkurangan berbanding ketika beliau mentadbir Selangor, Khalid menjawap dengan sinis.

“Khir Toyo tahu semua butirannya. Saya fikir dia mesti terbabit dalam perniagaan melombong pasir sebelum ini - kemungkinan besar yang beroperasi secara haram. Saya tidak mahu komen pelombong pasir haram yang sudah bersara itu,” katanya.

Khir mendakwa KSSB hanya membayar royalti RM12,000 kepada kerajaan negeri di sebalik memungut hasil RM734,000 tahun lalu.

Malaysiakini/-

Memakai wangian

17 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Wangian lelaki

Disunatkan lelaki memakai berwangi -wangian dengan minyak wangi, bedak dan sebagainya kerana hadis daripada Abi Ayyub r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

أربع من سنن المرسلين: الحياء والتطعر والسواك والنكاح

Maksudnya: Empat perkara daripada sunnah para rasul: 1. Perasaan malu 2. memakai wangian 3. bersiwak 4. bernikah (Hadis daif- Tirmizi, Ahmad dan Baghawi)

حبب إلي من دنياكم النساء والطيب وجعلت قرة عين في الصلاة

Maksudnya: "Tiga perkara yang disukai oleh ku daripada dunia 1. Wanita yang halal 2. wangian 3. rasa seronok dalam solat." (Hr Ahmad, Hakim dan Baihaqi- hadis hasan)

Wangian lelaki disunatkan yang tidak berwarna samada di dalam atau diluar rumahnya. Nabi s.a.w bersabda:

طيب الرجال ما ظهر ريحه وخفي لونه وطيب النساء ما خفي ريحه وظهر لونه

Maksudnya: wangian lelaki apa yang jelas baunnya dan tersembunyi warnanya dan wangian perempuan apa yang tersembunyi baunya dan nyata warnanya. (hr Tirmizi dan Ahmad- hasan)

Wangian wanita

Diluar rumah atau bersama orang yg bukan mahram hendaklah wanita memakai wangian yang baunya untuk diri sendiri dan tidak dihidu oleh orang lain seperti hadis yang lepas. Dilarang sama sekali memakai minyak wangi sehingga di hidu oleh lelaki yg bukan mahram. Nabi s.a.w bersabda:

أيما إمرأة استعطرت فمرت بقوم ليجدوا ريحها فهي زانية

Maksudnya: Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan lalu pada sekumpulan manusia supaya lelaki tadi itu menghidu bau wanginya maka wanita tadi medapat dosa zina. (Hr Tirmizi dan Ahmad- hasan)

Bukanlah wanita itu dilarang sama sekali menggunakan bau-bauan bila dia keluar tetapi yang dilarang adalah yang sehinggu dihidu oleh orang sekilingnya. Janganlah wanita itu meninggalkan bau-bauan sehingga menyebarkan bau yang tidak elok kepada sekitarnya.

Wangian Rasulullah

Rasulullah adalah mempunyai tubuh yang bau yang wangi dan segar yang semula jadi. Wangian ini melebihi wangian yang wujud di dunia ini. Anas r.a menceritakan :

ما شممت عنبرا قط ولا مسكا ولا شيئا أطيب من ريح رسول الله

Maksudnya: "Aku tidak pernah menghidu wangian anbar, kasturi dan apa jua wangian yang lebih wangi dari bau Rasulullah s.a.w." (Hadis sahih Bukhari Muslim)

Walaupun begitu baginda tetap memakai minyak wangi yang dipanggil sukkah (Hr Abu Daud - sanad hasan).

Makruh menolak pemberian wangian

Jika seseorang diberi wangian sperti minyak wangi, bedak dan sebagainya maka disunat dia menerimanya. Nabi s.a.w diriwayatkan dalam hadis bahawa baginda tidak menolak pemberian minyak wangi (HR Bukhari). Nabi s.a.w bersabda:

من عرض عليه ريحان فلا يرده

Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak." (Hr Muslim)

Rujukan: Mausuah Feqhiah oleh kementerian agama Kuwait, Ittihaf Ahlil Wafa oleh Abdur Qadir at-Talidi, Tuhfatul Ahwazi oleh al- Muabarakfuri, musnad Imam Ahmad dan Feqhul Albisah waz Zinah oleh Abdul Wahhab.

Agihkan zakat sendiri atau melalui pemerintah?

17 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Terdapat persoalan di dalam kotak soalan berkenaan dengan bayar zakat kepada pusat zakat. maka ini jawapannya dlm mazhab Imam Syafie:-

Harta zakat ada terbahagi pada dua bahagian: Bahagian pertama: Harta yang tersembunyi (Amwal Batinah) iaitu zakat emas perak(termasuk zakat harta), harta tersorok dalam tanah (rikaz) dan zakat fitrah.

Harta2 seumpama ini boleh dibayar zakat dengan diberi terus kepada orang2 yang berhak menerimanya tanpa melalui pemerintah. Pemerintah tidak boleh meminta tuan harta mengeluarkan zakat kepada pemerintah kecuali melihat tuannya tidak membayar zakat; maka ketika itu pemerintah hendaklah memerintahnya supaya mengeluarkan zakat kepada yang berhak.

Jika tuan harta tidak mahu mengeluarkan maka wajib imam menuntut zakat harta tersebut seperti mana wajibnya mencegah kemungkaran. Ini berdasarkan apa yang diucapkan oleh saidina Usman r.a ketika beliau berkhutbah di mimbar Rasulullah s.a.w: هذا شهر زكاتكم فمن كان عليه دين فليقض دينه حتى تخلص أموالكم فتؤدوا منها الزكاة

Maksudnya:" Ini adalah bulan untuk kamu mengeluarkan zakat. Sesiapa yang ada hutang hendaklah dia lunaskan supaya hartanya bersih dari hutang dan dapat membayar zakat hartanya."(Hr Baihaqi - sahih)

Harta ini boleh di wakilkan kepada pihak lain (individu atau agensi swasta) untuk diserahkan kepada pihak yang layak (asnaf yang lapan) , diserahkan kepada pemerintah dan boleh diberikan terus kepada yang layak tanpa perantara. Memberinya terus kepada penerima lebih baik dari diwakilkan. Diserahkan kepada pemerintah untuk mengagihkannya lebih baik dari diwakilkan kepada pihak lain.

Jika pemerintah itu adil maka lebih baik diberikan kepada pemerintah berdasarkan hadis mauquf dari Ibnu Umar r.a : ادفعوا صدقاتكم إلى من ولاه الله أمركم Maksudnya: "Bayarlah zakat kamu kepada pemerintah kamu" (Hr Baihaqi - hasan atau sahih)

Menyerahkan zakat kepada pemimpin yang adil lebih baik dari mengagihkan dgn sendiri kerana bila zakat telah diberikan kepada pemerintah maka tanggung jawab pemilik harta sudah selesai walaupun pemerintah tidak menunaikan tanggung jawabnya untuk mengagih2kan zakat.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a: Seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w " Apabila aku telah membayar zakat kepada wakilmu adakah aku telah lepas dari tanggung jawab ku (dlm zakat) kepada Allah dan Rasulnya?" Rasulullah s.a.w menjawab: نعم إذا أديتها إلى رسولي فقد برئت منها إلى الله ورسوله ولك أجرها وإثمها على من بدلها

Maksudnya: "Ya.. Jika kau sudah membayar zakat kepada wakilku maka engkau telah lepas dari tanggung jawabmu kepada Allah dan Rasulnya. Engkau akan mendapat pahala zakat dan jika zakat tidak diagihkan kepada yang berhak maka dosanya kepada yang orang yang melakukan perkara tersebut." (Hr Ahmad)

Adapun jika diagihkan sendiri dikhuatiri diserahkan kepada orang yang tidak layak. Lagipun pemerintah yang adil lebih mengetahui priority bagi penerima2 zakat. Kalau pemimpin yang zalim hendaklah diagihkan sendiri.

Bahagian kedua: Harta yang nampak (Amwal Zahirah) iaitu zakat binatang, tanaman, buah2an dan harta galian. Jika pemerintah tidak memintanya maka pemilik boleh mengagihnya sendiri. Jika pemerintah memintanya maka wajib diberikan kepada pemerintah sekiranya pemerintah yang adil.

Ini adalah berdasarkan suruhan Allah kepada pemerintah: Maksudnya: "Hendaklah kamu ambil zakat daripada harta2 orang Islam..." (103: at-Taubah) Kalau rakyat enggan maka pemerintah boleh memerangi mereka dan menghukumnya.

Adapun sekiranya pemerintah itu zalim dalam mengagih2kan zakat maka pemilik harta boleh mengagih2kannya sendiri atau diberikan kepada pemerintah. Mengagih2kan sendiri lebih baik. Ini sekiranya pemerintah zalim itu tidak mewajibkan kepada rakyatnya untuk membayar kepada mereka.

Jika pemerintah zalim itu meminta dengan cara mewajibkan maka wajib dibayar zakat ini (amwal zahirah) kepada pemerintah.

kewajipan kepada pemerintah untuk melantik pemungut2 zakat kerana Rasulullah s.a.w mengutuskan Umar bin Khattab untuk memungut zakat (Hr Bukhari dan Muslim).

was was dalam akidah

17 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Syaitan adalah musuh manusia yg utama.Firman Allah(maksudnya)"Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi mu maka hendaklah jadikannya sebagai musuh"( 6: 35 al-Fatir)syaitan cuba membisikkan was was ke dalam hati manusia.

Firman Allah:"Katakanlah hai Muhammad : aku berlindung dengan tuhan manusia, raja bagi manusia, tuhan bagi manusia dari kejahatan syaitan yang bernama was was dan khannas.

Syaitan yang mencampakkan was was dalam hati manusia. Syaitan yang mewaswaskan hati manusia adalah dari kalangan jin dan manusia." (1-6: An-Nas)

Was was ada dua bhagian: 1. was dalam aqidah 2. was was dalam ibadah. disini akan dibincangkan was was dalam aqidah kerana baru2 ini saya ditanya mengenai perkara ini oleh orang yang mengalaminya. sebenarnya saya juga pernah mengalaminya ketika sekolah menengah.

was was dalam aqidah perkara ini bukanlah masalah yang baru timbul. Ia sudah timbul sejak zaman Rasulullah s.a.w lag. Di dalam hadis sahih dari Abu Hurairah r.a berkata: sekumpulan manusia dikalangan sahabat Nabi datang berjumpa Nabi s.a.w, lalu mereka bertanya "Sesungguhnya kami telah mendapati dalam hati kami terdapat lintasan2hati yang kami anggap ia suatu kesalahan besar jika diucapkan dengan lidah." Nabi s.a.w bertanya "Kamu diserang oleh lintasan2 itu?

" Mereka menjawab " Ya" Nabi s.a.w bersabda:ذاك صريح الإيمانMaksudnya: "Itulah petanda iman yang jelas".was was dalam akidah petanda iman di hati.

Itulah apa yg nak diberitahu oleh Nabi s.a.w dlm hadis diatas. Terdapat hadis sahih yg lain yg menunjukkan was was dlm akidah adalah petanda Iman di hati.

Diriwayatkan dari Abdullah ibnu Masud r.a beliau berkata: "Nabi s.a.w ditanya berkait dgn timbulnya was was berkai dgn ketuhanan. Nabi s.a.w menjawab:

تلك محض الإيمان
Maksudnya:Itulah semata2 disebabkan iman. (Hr Muslim)

Contoh2 was was dari syaitan:-

1. benda2 yang kotor dan mencarut.
2. Benda yg batil yg bersangkut dgn ketuhanan seperti timbul persoalan kewujudan tuhan.
3. Benda yg batil yg bersangkut dgn kenabian dan perkara2 yg gaib.
4. sangkaan buruk dan memaki sesama Islam.

Jenis was was syaitan dalam akidah

pertama: Yang datang secara mendadak dan tidak tetap. Cara untuk menghadapinya adalah dengan berpaling dari was was ini. Segala yg terlintas tidak dikira sebagai kesalahan selagi tidak ada keazaman dan diluahkan dgn perkataan. Nabi s.a.w bersabda:

إن الله تجاوز لأمتي عما وسوست به أنفسها ما لم تعمل به أو تكلم
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah Allah mengampunkan bagi ummatku apa yang diwas waskan dalam hati manusia selagi mana dia tidak melakukan dan mengatakan apa yg diwas waskan." (Hr Bukhari dan Muslim)

Kedua: Yang tetap dalam hati. Perkara ini sentiasa bersarang dalam hati. Perkara ini tidak boleh dihilangkan melainkan dengan belajar ilmu tauhid dan mengetahui dalil kewujudan tuhan secara nas dan secara akal.

cara mengubati penyakit was was dlm akidah:-

1. Hendaklah orang yang ditimpa was was dlm akidah ini sedar bahwa was was yang menyerangnya dgn tanpa kehendaknya adalah tidak memberi kesan kepada kebaikan dan ketakwaannya. Bahkan ia menunjukkan kepada kebenaran imannya. kesedaran terhadap perkara ini adalah penting supaya dia tidak mempedulikan was was tersebut.

2. Hendaklah dia berasa gembira bila syaitan cuba menimbulkan was2 dalam hatinya. As-Sayyid Ahmad bin Abi al-Hawari , seorang ulama sufi telah berkata:

"Aku mengadu kepada Abu Sulaiman ad-Darani berkenaan dgn was2." Maka dia berkata:

"Apabila engkau hendak memutuskan was was darimu, pada bila2 masa kamu merasainya hendaklah kamu gembira. Sesungguhnya apabila kamu gembira dgn datangnya was was itu maka ia akan terputus dari kamu kerana tidak ada perkara yg lebih syaitan benci daripada kegembiraan orang beriman. Bila kau resah maka akan bertambah was was."

3. Berta'awwuz dgn Allah dr syaitan yg direjam. Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: "Dan apabila engkau ditimpa was was dari syaitan hendaklah engkau minta lindung dengan Allah. sesungguhnya Dia maha mendengar lagi maha maha mengetahui." (200: al-A'raf)

Nabi s.a.w bersabda:
يأتي الشيطان أحدكم فيقول: من خلق كذا من خلق كذا حتى يقول من خلق ربك؟ فإذا بلغه فليستعذ بالله ولينته

Maksudnya: "Syaitan akan datang pada salah seorang kamu dan berkata: "Siapa yang mencipta ini? siapa yang mencipta ini?" sehinggalah dia akan bertanya "Siapa yg mencipta tuhanmu?" Kalau sudah sampai demikian maka hendaklah minta lindung dengan Allah dan sudahkan." (hadis Bukhari dan Muslim)

Lafaz Ta'awwus adalah

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

atau

أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم

4. Hendaklah dia sentiasa berkata "aku beriman dengan Allah dan Rasulnya" setiap kali diserang oleh was was syaitan. Nabi s.a.w bersabda:

فمن وجد شيئا فليقل : أمنت بالله زاد في رواية :ورسله

Maksudnya: "Sesiapa yang mendapati was was maka hendaklah dia berkata "Aku beriman dgn Allah" pada satu riwayat ada tambahan "dan rasulnya"(Hr Bukhari dan Muslim)

5. Hendaklah membaca ayat 3 surah al-Hadid. Ini adalah pesanan dari Ibnu Abbas (Hr Abu Daud).

6. Memperbanyakkah zikir sperti ma'thurat dan sebagainya seperti yg di ajar oleh Rasulullah s.a.w pada waktu pagi dan petang.

Diantara yg baik untuk menjauhkan syaitan ialah dua zikir pada sebelah pagi dan petang: Zikir waktu pagi: Nabi s.a.w bersabda:

Maksudnya: "Sesiapa yang mengucapkan:

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شئ قدير

sebanyak seratus kali sehari maka dia mendapat pahala membebaskan 10 orang hamba, ditulis seratus kebaikan baginya, dihapuskan seratus kesalahannya, ia menjadi pelindung dari syaitan pada hari tersebut sehinggalah malam dan tidak ada yang melakukan lebih baik dari zikir yang diucapkan melainkan orang yang mengucapkan lebih banyak dari itu." (Hr Bukhari dan Muslim)

Zikir petang: Abu hurairah berkata kepada Rasulullah s.a.w :
"Syaitan berkata kepadanya: "Apabila engkau berada di tempat tidur mu hendakla engkau membaca ayat kursi daripada Awal sehingga habis.

الله لا إله إلا هو الحي القيوم

Syaitan berkata lagi "Apabila kamu membacanya maka Allah sentiasa memelihara kamu dan syaitan tidak mendekati kamu sehinggalah waktu subuh." Nabi s.a.w bersabda:

أما إنه قد صدقك وهو كذوب

Maksudnya: "Adapun sesungguhnya dia telah bercakap benar kepadamu berkenaan dgn ayat kursi itu walaupun dia seorang yang amat pembohong."(Hr Bukhari)

7. Menutup laluan syaitan.

Terdapat banyak cara untuk menutup laluan syaitan. Diantaranya:

-Ingat dan sebut nama Allah.
- Membaca doa masuk dan keluar tandas.
- Menahan dari menguap.
- Banyakkan solat.
-Bersihkan hati.
- Menghindari maksiat.
- Menghindari sifat2 mazmumah seperti marah dan lain2.

Seeloknya orang yang terkena penyakit was was dalam akidah ini berjumpan guru yg berilmu.

Berkahwin dengan pelacur

17 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Islam menggalakkan agar kita memilih calon isteri yg baik. Apakah hukumnya berkawin dgn pelacur/bekas pelacur? (dlm shoutbox)

Jawapan: Disini ada dua keadaan. pertamanya sekiranya pelacur itu tidak bertaubat lagi. keduanya sekiranya pelacur itu sudah bertaubat. Ia akan diterangkan sperti dibawah.

Pelacur yg tidak bertaubat

Hukumnya adalah haram seorang lelaki berkahwin dengan pelacur. Dalilnya adalah firman Allah s.w.t:

Maksudnya: "Penzina lelaki tidak bernikah melainkan penzina perempuan atau perempuan musyrik dan penzina perempuan tidak bernikah melainkan dengan penzina lelaki atau lelaki musyrik; dan penzina lelaki dan perempuan adalah diharamkan bagi orang2 beriman." (3: An-Nur)

Maksud kepada penzina adalah pelacur berdasarkan sebab turunnya ayat al-Quran ini: Sesungguhnya Marthad bin Abi Marthad teman wanita pelacur bernama 'anaq. Lalu dia berjumpa Nabi s.a.w dan bertanya "Bolehkah aku berkahwin dengan 'Anaq?" Maka Rasulullah s.a.w hanya berdiam diri. Lalu turunlah ayat ini (ayat 3 surah An-Nur). Maka baginda memanggil daku dan membacakan ayat ini serta berkata:

لا تنكحها
Maksudnya: "Janganlah kamu menikahi dia" (Hr Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie - sanad sahih)

Dalam mana Islam mengharuskan seorang lelaki muslim berkahwin dgn perempuan ahli kitab dgn syarat hendaklah wanita yg terpelihara daripada zina. Tuhan menyebut:

محصنين غير مسافحين ولا متخذات أخدان
Maksudnya: "Perempuan ahli kitab yg memelihara diri dari maksiat yang bukannya perempuan pelacur dan juga bukan yang mempunyai teman sosial untuk berzina secara rahsia"(5: al-Maidah)

Dr Yusuf Qardawi berkata: "Maka sebab diharmkan berkahwin dgn pelacur kerana mereka adalah keji, sedangkan Allah menjadikan pernikahan sebab bagi wujudnya mawaddah dan kasih sayang. Mawaddah adalah cinta yg suci. Bagaimana pula perempuan yg keji dicintai dgn penuh kesucian oleh lelaki yang baik yg menjadi suaminya?"

Firman Allah: Maksudnya: "perempuan yg jahat untuk lelaki yang jahat, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik" (26: an-Nur)

Pelacur yg bertaubat

Pelacur yang sudah benar-benar bertaubat maka dia adalah dianggap permpuan yg terpelihara. Sedangkan orang yg kafir pun dianggap saudara orang Islam setelah mana dia bertaubat dengan masuk Islam. Firman Allah:

Maksudnya: "Maka sekiranya orang2 kafir bertaubat dgn masuk Islam, mendirikan solat dan menunaikan zakat maka mereka adalah saudara2 kamu seIslam."(11: at-Taubah)

Malahan Nabi s.a.w berkata tentang wanita dari Juhainah yg telah mengandung kerana berzina:

لقد تابت توبة لو قسمت بين سبعين من أهل المدينة لوسعتهم
Maksudnya: "Sesungguhnya dia telah bertaubat sebenar2 taubat yang mana kalau dibahagi2kan taubatnya kepada tujuh puluh penduduk Madinah, nescaya mencukupi taubat wanita itu untuk semua mereka." (Hr Muslim)

Maka bila dah bertaubat dan jadi perempuan yang baik maka dibenarkan untuk dikahwini.

Soal Jawab solat

17 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

1. Apakah hukum solat di dalam gereja?

Sebahagian ulama seperti Sya’bi, A’to dan Ibnu sirrin mengharuskan solat di dalam gereja. Abu Musa al-Asyari pernah solat di dalam masjid. Ulama mazhab Syafie, Maliki dan Hanafi berpendat ia adalah makruh.

2. Apakah hukum Menyinsing lengan baju ketika solat?

Disebut dalam kitab Feqhul Mazahibil Arbaah dinyatakan bahawa makruh menyingsing lengan menurut mazhab yg Empat (Syafie, Maliki, Hanafi dan Hambali). Cuma Mazhab Maliki berpendapat:

“Sesungguhnya makruh sekiranya menyingsing lengan baju kerana nak solat. Adapun sekiranya lengan baju sudah disingsing sebelum solat lagi kerana sebab yang lain dan bersolat dgn meneruskan keadaan demikian atau meyingsing ketika dalam solat hukumnya tidak makruh”

Dalilnya Hadis Nabi s.a.w:

Maksudnya: “Aku diperintahkan untuk sujud di atas tujuh anggota, tidak melipat baju dan tidak memintal rambut.” (Hr Bukhari dan Muslim)

3. Adakah betul makruh membaca ayat Quran ketika sujud dan ruku’ adalah makruh?

Daripada Ibnu Abbas r.a beliau telah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w dalam sabdanya:

Maksudnya: “ Ketahuilah sesungguhnya aku ditegah untuk membaca al-Quran ketika ruku’ dan sujud.” (Hr Muslim)

Ulama berselisih pendapat tentang hukum membaca ayat Quran waktu sujud dan ruku’ kepada dua pendapat:

Imam Syaukani berkata:“Tegahan ini menunjukkan pengharaman membaca ayat Quran ketika sujud dan ruku’.”

Imam Nawawi telah berkata:“Dimakruhkan membaca al-Quran dalam ruku’ dan sujud. Tidak batal solat sekiranya membaca al-Quran samada al-Fatihah atau bukan.”

Setengah ulama Syafie mengatakan batal solat jika dibaca al-Fatihah dalam ruku’ dan sujud.Adaptasi dr Fatwa Syeikh Atiah Saqor.

29 Julai 2010

Sokong Zunar & Malaysiakini saman KDN PENGHARAMAN SEKAT KEBEBASAN BERSUARA & BEREKSPRESI

16 Syaaban 1431 H
Oleh: Tarmizi Mohd Jam

01. KAMI menyokong penuh tindakan wajar Malaysiakini dan kartunis Zulkiflee Anwar Ulhaque (Zunar) memfailkan dua saman berasingan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan dua buku kartun politik, semalam 26 Julai 2010.

02. Tindakan pengharaman buku 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun yang dihasilkan sebagai sebuah karya oleh Zunar adalah tidak sah dan bertentangan dengan hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

03. Pengharaman buku tersebut dilihat sarat dengan motif politik Umno-BN untuk menutup pintu maklumat dari gaya penampilan menarik, kreatif dan menerujakan pembaca apabila mentelaah kritikan pedas yang dipersembahkan.

04. Bagaimanapun, KAMI berpendapat tindakan KDN itu jelas melanggar undang-undang sejagat dan tidak dilakukan secara adil kerana kartunis Zunar ataupun Malaysiakini tidak diberi alasan bertulis terhadap tindakan tidak popular itu.

05. Terdapat kewajaran munasabah Zunar dan Malaysiakini memfailkan saman tersebut bagi menuntut mahkamah mengeluarkan arahan untuk membatalkan pengharaman ke atas kedua-dua buku itu dan bayaran kos kerugian dan kerosakan kerana tidak dapat menjual buku-buku tersebut.

06. Alasan KDN kononnya pengharaman itu atas alasan "boleh mengancam ketenteraman awam" terlalu sukar untuk diterima, kerana ia gagal dibuktikan, atau gagal dikemukakan hujah sokongan bagi mengiyakan alasan yang terlalu subjektif itu.

07. Tuduhan atau alasan sedemikian rupa terlalu mudah untuk dimanipulasikan oleh pihak berkuasa atas apa-apa jua tujuan, motif dan agenda bagi mengekang kebebasan media untuk berekspresi politik dan menutup pintu pertukaran idea dan pendapat di kalangan rakyat Malaysia.

08. KAMI juga kesal dengan sikap tidak profesional KDN yang tidak memberi sebarang respons terhadap rundingan yang diusahakan daripada pihak Zunar dan Malaysiakini terhadap tindakan pengharaman dua buah buku terbitan Malaysiakini, 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun - diterbitkan syarikat Zunar, Sepakat Efektif Sdn Bhd - dilarang daripada dipamerkan bermula 24 Jun lalu.

09. Berdasarkan perkembangan muktahir, terdapat kecenderungan melampau KDN bersikap bias, diskriminasi dan menjadi pak turut memenuhi agenda politik Umno-BN dengan hanya bertindak kepada media-media pro Pakatan Rakyat, samada buku karton mahupun lidah rasmi parti yang dilihat mengancam pengaruh tegar mereka dalam negara ini.

10. Sehubungan itu, KDN diingatkan agar bekerja secara profesional, bebas dari politik kepartian sempit, dan apa yang lebih penting tidak menjadikan undang-undang sebagai senjata untuk mematikan demokrasi, menghambat kebebasan bersuara, mentalqinkan maklumat benar, menolak hak rakyat untuk menulis, berkarya dan berekspresi secara telus.

BUKAN DS ANWAR YANG PATUT DINYAHKAN DARI SELANGOR, TETAPI MANUSIA BANGSAT INI

16 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

SESUMPAH Ezam terus merayap di sekitar Selangor. Modalnya, tidak lain tidak bukan iaitu DS Anwar kerana jika tidak menyebut nama DS Anwar Sesumpah mungkin termakan sumpah.

Raja sesumpah mengaku beliau bukan `pelacur politik' dan beliau keluar dari PKR adalah kerana prinsip. Apa prinsipnya? Iaitu serang DS Anwar dan nyahkan bekas bosnya itu dari Selangor.

Sebab apa? Sebab satu dunia tahu DS Anwar berkebolehan dan mempunyai pengaruh yang besar sehinggakan akhbar Washington Post yang kuat Yahudinya itu terpaksa buat cerita DS Anwar memohon maaf kepada Yahudi.

Mungkin ramai yang telah membaca akhbar Washington Post tersebut yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Sesiapa yang berjumpa perkataan atau berupa permohonan maaf dari DS Anwar kepada Yahudi, sila buktikan.

Hanya raja sesumpah yang memahami sedemikian rupa kerana semenjak beliau berlutut dengan Umno, kewarasannya semakin hilang dan kredibilitinya jatuh teruk setaraf dengan Zahid Md Arip yang sering membuat cerita bodoh di dalam ceramahnya.

Secara tiba-tiba raja sesumpah boleh percaya kepada akhbar Washington Post yang beliau sendiri tahu begitu kuat Yahudinya. Satu dunia tahu DS Anwar amat menentang Zionis Israel, maka pelik apanya akhbar Yahudi tersebut memainkan peranan memburukkan DS Anwar? Mengapa raja sesumpah boleh menjadi bodoh dan bengap sedemikian?

Satu lagi kebodohan raja sesumpah ialah apabila dia mengajak rakyat Selangor mengusir DS Anwar dari Selangor. Apakah beliau ingat bumi selangor itu bapak dia yang punya? Berapa juta atau Billion duit rakyat Selangor yang ditelan oleh DS Anwar? Dan, berapa juta pula yang dicekik oleh Anak Toyo sewaktu menjadi MB Selangor? Raja sesumpah sudah buta mata dan hatinya akibat termakan sumpah yang sering beliau main-mainkan itu.

Rakyat Selangor tidak sebodoh yang raja sesumpah fikirkan. Jika ada yang masih bodoh atau bengap di selangor, cuma raja sesumpah dan beberapa pemimpin Umno Selangor sahaja. Sebab itu kita dapat lihat, di mana-mana jua raja sesumpah pergi, isu yang sama akan beliau bawa.

Bukan isu rasuah Ali Rustam, KJ atau rasuah pembelian jet Scorpene atau isu kenaikan harga barang, tetapi raja sesumpah akan jaja kisah DS Anwar. DS Anwar pengkhianat Melayu, ejen Cina, ejen komunis, penyokong Hindraf, ejen Amerika, CIA, Yahudi dan kesemuanya yang buruk-buruk adalah untuk DS Anwar. Begitulah busuknya hati raja sesumpah yang kita semua pernah bantu dan simpati terhadap anak bini beliau sewaktu beliau dimasukkan ke penjara dahulu.

Manusia bangsat inilah yang sebenarnya patut keluar dari Selangor. Beliau tidak pernah menang di dalam Pilihanraya tetapi masuk ikut pintu belakang menjadi Senatak (Senator Katak). Apa jasanya kepada rakyat sehingga mendapat habuan itu? Basmi rasuah? Mana kes rasuah besar yang beliau berjaya bongkarkan dan diambil tindakan? Masih di dalam kotakkah lagi? Sekarang mana suara beliau tentang rasuah? Terkunci mulut mamat yang berperwatakan lembut ini.

Benarlah seperti katanya dulu, " Tunjukkan pada saya siapa yang masuk Umno itu ikhlas?". Nah, sekarang kita tunjukkan pada raja sesumpah, kamulah orangnya yang kamu maksudkan dulu.

Waktu disunatkan bangun ketika Iqamah

16 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Bila disunatkan bangun untuk solat berjemaah semasa iqamah dilaungkan? Jawapannya Ada 4 pendapat mengikut mazhab yang empat:

1. Mazhab Hanafi: Orang yang hendak solat berjemaah bangun ketika di kumandangkan "Hayya 'alal falah" dan selepas imam bangun.

2. Mazhab Maliki: Ia mengikut kepada kehendak manusia. Samaada ketika iqamah dilaungkan,permulaannya atau selepas habis iqamah. Ini kerana tidak ada dalil berkenaan dgnnya.

3. Mazhab Hambali: Bangun ketika dilaungkan "Qad qamatis solah" maksudnya "telah hampir waktu solat hendak didirikan". Ini kerana makna yg munasabah.

4. Mazhab Syafie: Bangun setelah selesai iqamah.



Hukum Bangkai dlm Islam

16 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Diharamkan makan bangkai.

Firman Allah:
Maksudnya: "Diharamkan kepadamu untuk memakan bangkai..."
(3: Al-Maidah)

Definasi bangkai oleh Dr Yusuf Qardawi:"Haiwan yang mati tanpa pebuatan manusia yang berniat untuk menyembelihnya dan memburunya."

Pengkecualian

Islam telah mengkecualikan ikan dan seumpamanya dari haiwan yg hidup dalam air sepenuhnya daripada hukum haram makan bangkai. Halal makan bangkai tersebut. Ketika mana Nabi s.a.w ditanya tentang air lautan,baginda menjawab:

"Airnya suci lagi menyucikan serta halal bangkainya." (Hr Ashabus Sunan dan Ahmad)

Dalam hadis ada menceritakan Nabi s.a.w mengutuskan pasukan tentera dikalangan sahabatnya. Dalam perjalanan , mereka mendapati bangkai seekor ikan yang besar yang dicampakkan oleh ombak laut. Mereka telah memakannya selama lebih 20 hari. Setelah mereka kembali ke Madinah, mereka menceritakannya kepada Rasulullah s.a.w. Maka baginda bersabda:

"Makanlah terhadap rezeki yang Allah telah berikan kepada kamu. Berilah kami makan ikan tersebut sekiranya masih ada lagi bersama kamu."

Maka sebahagian sahabat memberi kepada baginda. Lalu baginda memakannya. (Hr Bukhari)

Demikian juga dengan belalang, ia juga dihalalkan untuk dimakan dgn tidak disembelih. Ibnu Abi Aufa berkata:

"Kami telah menyertai telah tujuh peperangan dengan memakan belalang."(Hr Jamaah melainkan Ibnu Majah)

Penggunaan kulit, tulang dan bulu binatang

Pengharaman bangkai adalah pengharaman memakannya. Adapun menggunakan kulit, tanduk, tulang dan bulunya adalah dibenarkan. Malahan dituntut kerana ia adalah harta yang perlu digunakan dan tidak boleh disia-siakan.

Apabila Rasulullah s.a.w lalu berhampiran dgn bangkai kambing. Nabi s.a.w bersabda:"Mengapa kamu tidak kamu ambil kulit bangkai itu, kamu sertu kemudian kamu boleh menggunakannya."

Para sahabat berkata:"Kulit itu adalah bangkai!"

Nabi s.a.w menjawab:"Pengharaman hanya memakannya sahaja"(Hr Jemaah melainkan Ibnu
Majah)

Dr Yusuf Qardawi berkata:"Kebenaran ini merangkumi semua kulit termasuklah kulit babi dan anjing. Inilah pendapat ahli Zahir, Abi Yusuf dan pendapat yg ditarjihkan oleh as-Syaukani."

Adapun kebanyakan ulama termasuk mazhab Syafie menyatakan tidak suci kulit bangkai babi dan anjing dengan sertu.

Maksud sertu yg membolehkan kulit bangkai tadi digunakan adalah membasuhnya dgn bahan-bahan tertentu sehingga kalau di celup dlm air yg bersih maka air tadi tidak kotor.

keistimewaan yg diberi khas kepada Rasulullah

16 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Keistimewaan Nabi Muhammad yg tidak diberikan Nabi-nabi yang sebelumnya.

1. Nabi s.a.w diutuskan kepada semua manusia dan jin.Sedangkan Nabi-nabi terdahulu hanya diutuskan kepada Kaumnya sahaja. (Hr Bukhari)

2. Dihalalkan harta rampasan perang (ghanimah)kepada Nabi s.a.w sedangkan tidak dihalalkan bagi Manusia-manusia sebelum Nabi.(Hr Bukhari)

3. Semua tanah dan tempat dimuka bumi ini boleh dijadikan tempat sembahyang. (HBukhari) Nabi-nabi dan ummat terdahulu
tidak solat melainkan di tempat-tempat ibadah yg khusus. (Hr Ahmad)

4. Nabi diberi bantuan ketika menghadapi musuh-musuh Islam dgn
Allah mencampakkan perasaan takut dalam hati-hati musuh sebelum
sampai bertemu tentera-tentera Islam sejauh sebulan perjalanan. (Hr Bukhari)

5. Nabi s.a.w diberi Syafaat. (Hr Bukhari) Syafaatnya untuk ummatnya bagi orang yang tidak melakukan syirik. (Hr Ahmad)

6. Nabi s.a.w diberikan "jawamiul kalim". (Hr Muslim) Iaitu kalimah yang ringkas tetapi mengandungi banyak makna.

7. Nabi s.a.w penutup bagi kenabian. (Hr Muslim)

8. Diberikan Nabi s.a.w ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah dari gedung dibawah arasy. (Hr an-Nisaei)

9. Nabi s.a.w diberikan kunci-kunci bumi. (Hr Ahmad)

10. Orang yang pertama diberi nama Ahmad. (Hr Ahmad)

11. Ummatnya adalah sebaik-baik Ummat. (Hr Ahmad)

12. Diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang semasa dia lahir ke dunia lagi. (Hr al-Bazzar)

13. Diberikan al-Kauthar. (Hr al-Bazzar)

14. Mula-mula syaitan yang bersama Nabi adalah kafir. kemudian Allah membantu Nabi s.a.w dengan Islamnya syaitan tersebut.

15. Dijadikan saf Ummat Nabi Muhammad s.a.w seperti saf para malaikat. (Hr Muslim.

Sahkan penglibatan pegawai yang sokong BN sahaja

16 Syaaban 1431 H

KUALA LUMPUR, 27 Julai: Pengumuman Ketua Setiausaha Negara (KSN) bahawa pegawai pendidikan (guru) grad DG41 ke DG48 boleh aktif politif bukan satu dasar baru kerana ia telah diamalkan sebelum ini.

Namun pengumuman KSN itu hanya mengesahkan penglibatan mereka dalam Umno atau lain-lain parti BN sahaja, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

"Apabila mereka memerlukan pengesahan pihak atasan bermakna mereka tidak bebas sebenarnya. Hanya mereka yang menyokong BN sahaja akan mendapat kelulusan dan yang hendak sokong pembangkang hanya menghulurkan kepala mereka sahaja untuk dipancung.

"Hasilnya tiada kebebasan sebenarnya," kata Mustafa dalam satu kenyataannya kepada media.Beliau mengulas kenyataan Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini yang memaklumkan, kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan pegawai pendidikan kumpulan itu aktif politik dengan syarat ia mendapat kelulusan bertulis dari Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan.

Sebelum ini, hanya kumpulan sokongan dibenarkan aktif politik iaitu bertanding atau memegang sebarang jawatan dalam parti politik.Sementara itu, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim juga mempunyai pendapat yang sama dengan Mustafa dalam hal ini.

"penglibatan pegawai pendidikan dan kerajaan hanya boleh aktif politik BN dan bukan sebaliknya," kata Zaid dalam Twitternya.Bagi beliau, langkah ini hanya untuk mengesahkan (formalise) apa yang telah sedia berlaku sebenarnya, ia tidak menghairankan," tulis Zaid lagi.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad pula yang menyambut baik pengumuman Mohd Sidek itu berkata, kebenaran itu harus dibenarkan kepada semua pihak, tidak kira mereka menyokong kerajaan atau Pakatan Rakyat.

"Sepatutnya sudah lama kerajaan benarkan guru terlibat dengan politik. Tapi jangan dibenarkan untuk parti kerajaan sahaja sebaliknya kena diberikan kepada semua terpulanglah kepada mereka untuk menyokong parti politik mana.

"Tidak kisahlah mana-mana ideologi politik. Sebelum ini kita pun tahu walapun mereka tidak dibenarkan berpolitik tapi banyak aktivis mereka (BN) terlibat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Tambahnya, kerajaan tidak perlu gusar untuk membenarkan guru atau pegawai-pegawai jabatan kerajaan terlibat dalam politik khususnya pakatan Rakyat kerana mereka tidak pernah mengabaikan tugas di tempat kerja atau melanggar arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

"Selama ini kita lihat orang yang terlibat dengan Pakatan Rakyat khususnya PAS, mereka orang yang profesional dalam tindakan mereka. Mereka berkerja dengan tekun walaupun kerajaan yang ada ini kerajaan BN. Mereka tidak sabotaj kegiatan atau arahan kerajaan di peringkat pusat," katanya yang merupakan bekas pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Beliau juga mahu kebenaran berpolitik itu turut diberikan kepada penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) supaya mereka mempunyai kesedaran politik sejak awal lagi.

Ujarnya, masalah lambakan orang muda yang tidak mendaftar sebagai pemilih berpunca daripada tiadanya kesedaran politik sewaktu mereka di kampus.

"Kita harapkan pelajar-pelajar juga dibenarkan untuk terlibat dengan supaya ada satu kesedaran politik di peringkat kampus lagi. maka tidak timbullah sekarang ini masalah orang muda tidak mahu daftar mengundi kalau mereka diterapkan dengan kesedaran politik sewaktu belajar," katanya.

Sementara itu, nada yang sama turut diutarakan pengerusi lajnah pendidikan PAS, Datuk Abu Bakar Chik yang mahukan kerajaan telus dalam memberikan kebenaran itu.

"Kita mahu biar peraturan ini jadi satu peraturan yang telus untuk dipraktikkan oleh guru dan rakyat untuk bekerja membantu parti-parti politik, tidak kira kerajaan atau pembangkang," katanya.

Beliau juga berharap kebenaran itu dimanfaatkan oleh guru-guru untuk memperjuangkan Islam.

"Kita harap kebenaran ini diambil oleh guru-guru bagi memperjuangkan keadilan Islam dalam negara ini. Sebagai guru dia boleh memimpin pelajar dan memimpin masyarakat.

Namun beliau menyuarakan sedikit kebimbangan kebenaran itu digunakan Umno BN untuk kepentingan politik meraka.

Hal ini kerana katanya, beliau mendapat maklumat bahawa terdapat guru besar yang ditawarkan untuk memegang jawatan di cawangan dan bahagian Umno.

"Saya mendapat maklumat ada pejabat pelajaran negeri yang pengarahnya pro Umno meminta guru supaya memegang jawatan di cawangan dan bahagian.

"Jadi saya minta kementerian telus dalam memberi kebenaran ini. Jangan digunakan untuk memperalatkan guru untuk kepentingan mereka," katanya.

Hari ini, Mohd Sidek membuat pengumuman bahawa kebenaran itu berkuat kuasa mulai 1 Ogos ini.

Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

Harakahdaily/-

Cadangan Untuk DACS

16 Syaaban 1431 H
Oleh: Ihsan Fadhli Che Min

Kehidupan pasca millenium menyaksikan gelombang kehidupan digital yang semakin ganas menghempas dan menelan penduduk negara membangun seperti Malaysia. Gelombang ini tidak hanya menyerang di bandar-bandar besar, malah desa dan kampung-kampung turut menerima tempiasnya.

Kalau 5 tahun lepas menjadi tanda pembandingan, kita pastinya tidak mampu membayangkan bahawa sebuah rumah usang berdinding buluh kasap mempunyai penerima siaran satelit Astro. Namun, pemandangan begitu menjadi satu fanomena biasa pada hari ini.

Kehidupan berdigital sememangnya mepunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri, samada kepada individu mahupun masyarakat. Namun, kebaikannya haruslah kita optimumkan manfaatnya dalam masa yang sama, keburukan pula kita minimumkan kerosakannya.

Dalam dunia maklumat, kita telah mampu memanfaatkan kebebasan media kelas ketiga seperti blog-blog peribadi untuk menyebarkan maklumat. Blog dan web pada hari ini telah menjadi alternatif yang baik kepada PAS secara khususnya.

Tranformasi PAS untuk mendepani cabaran dan kehendak semasa amatlah baik. Perubahan demi perubahan telah berlaku samada secara kecil mahupun yang berbentuk dasar. Penerimaan PAS di kalangan semua lapisan masyarakat harus menjadi keutamaan dalam merealisasikan PAS For ALL.

Saya cukup kagum dengan keberanian PAS melalui DACS menubuhkan ARC [Alternative Rider Club] untuk mengumpulkan anak-anak muda yang minat dalam dunia permotoran. Jambori dan program yang dianjurkan mendapat penyertaan dan sambutan yang memberangsangkan.

Saya juga melihat perkembangan yang cukup positif dalam proses penglibatan PAS secara tidak langsung dalam bidang kesenian yang akhirnya melihatkan kita akan natijah gelombang perubahan oleh penggerak seni untuk berjinak dengan PAS. Dinsman dan A. Samad Said menjadi contohnya yang baik. Amy Search dan Renggo juga tidak ketinggalan.

Fanomena sebegini menjadikan rakyat Malaysia semakin yakin bahawa hadirnya Islam itu adalah merupakan jalan penyelesaian kepada masalah, bukannya punca masalah. Islam adalah rahmat kepada alam jagat. Konsep Islam For All semestinya diterjemahkan secara komprehensif oleh PAS selaku gerakan Islam unggul di Malaysia.

Kebelakangan ini, satu gelombang besar dalam dunia digital telah melanda rakyat Malaysia. Arus deras DSLR dalam bidang fotografi sememangnya tidak mampu untuk dinafikan. Kamera berteknologi tinggi itu semakin meluas kepenggunaannya di kalangan masyarakat. Arus ini melanda tidak kira peringkat umur dan latarbelakang agama. Pelajar sekolah, pensyarah, wanita, remaja dan petani. Malah lebih mengejutkan, tidak sedikit para ustaz yang turut terkena tempias fotografi DSLR. Ustaz Azhar Idrus menjadi ikon yang masyhur dalam bidang fotografi DSLR.

Statistik beberapa syarikat besar pengeluar kamera DSLR seperti Canon dan Nikon menunjukkan peningkatan yang cukup mendadak dalam jualan kamera dalam kategori DSLR. Peningkatan jualan adalah hasil dari peningkatan jumlah penggunanya.

Ini terbukti apabila kita mampu melihat kamera DSLR tergantung di leher ramai warga kota di ibu negara. Laman-laman internet yang berkaitan dengan bidang fotografi juga semakin menjadi perhatian dan menjadi semakin aktif. Fanomena sebegini harus dilihat secara positif oleh PAS dan DACS secara khususnya.

Saya, pembaca kerdil yang istiqamah mengikuti perkembangan Harakah, melihat kewujudan kolum fotografi dalam sebagai perkembangan positif. Namun, ianya sudah tidak diteruskan pada hari ini padahal, ianya mempunyai kelebihan yang baik. Harakah perlu menjadi jiwa dan lidah yang baik kepada PAS untuk menterjemahkan PAS sebagai gerakan yang bersifat 3600 degree. Boleh diterima oleh seluruh lapisan masyarata, bukannya sekadar bermain seputar siasah semata-mata.

Program mungkin perlu dibuat bagi menarik golongan fotografer ini untuk berjinak dengan PAS. Proses ini tidak begitu susah kerana saya melihat, tidak sedikit di kalangan pimpinan pemuda PAS yang cukup mahir dalam bidang ini. Us Nasrudin Tantawi selaku Ketua Pemuda PAS Pusat sendiri adalah pengguna kemera DSLR. Begitu juga dengan Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan yang merangkap Adun Pasir Tumbuh dan Timbalan Exco Kelantan juga tergolong dalam peminat dunia fotografi. Persamaan adalah punca kesatuan. Titik persamaan harus diperbanyakkan untuk mendekatkan PAS kepada semua lapisan masyarakat.

Langkah lanjutnya, sebuah organisasi kecil mungkin boleh ditubuhkan seperti tertubuhnya ARC untuk golongan peminat dunia permotoran. Kita telah melihat ARC maju dan bermanfaat kepada PAS, apakata kita melihat pula manfaat dari penubuhan kelab fotografi PAS….?

Ini hanyalah pandangan kecil saya sempena Retreat Pemuda PAS Pusat di Rusila awal Ogos ini. Walaupun saya jauh di kejauhan, namun hati bergelojak dek ingin benar idea ini disampaikan.

Respon Ketua Pengarang Harakah, Saudara Zulkifli Sulong melalui kotak email, "Saya setuju dan bersedia menjadikan Harakahdaily sebagai Platformnya".

Respon Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasrudin Tantawi : "Alhamdulillah pandangan yg baik . Ana akan bincang dlm retreat pemuda 6 ogos ini".

ISU PASIR SELANGOR - MEREKA SANGKA MEREKA SAHAJA YANG MELAYU?

16 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

BARU-baru ini TV3 suku menyiarkan beberapa `orang Melayu' yang `kebulur' pasir di Selangor. Mereka memekik, menjerit dan terlolong umpama Hatu Raya kelaparan kerana tidak puas hati dengan Kerajaan Negeri Selangor berkaitan isu pasir. Kununnya mereka `orang-orang Melayu Bumiputera' diketepikan oleh Kerajaan PR Selangor untuk mencari rezeki dengan pasir yang dikorek di Selangor.

Bukan kita tidak tahu, muka-muka inilah yang kaya raya di zaman Khir Toyo dan ada di antara mereka kroni kepada pemimpin Umno Selangor ketika itu. Kini, mereka lupa bahawa kerajaan telah bertukar tangan bukan lagi Anak Toyo selaku MB yang mereka boleh berbuat sesuka hati. Kini zaman PR memerintah dan istilah kroni tiada dalam kamus pemerintahan PR.

Mereka mendakwa Melayu dan Bumiputera Selangor tertindas di bawah Kerajaan PR sekarang. Siapa Melayu dan Bumiputera itu? Adakah di Selangor hanya gerombolan yang terpekik terlolong di depan kaca TV itu sahaja yang Melayu dan Bumiputera?

Kekayaan dan hasil sumber bumi di Selangor adalah hak rakyat. Rakyat bukan bererti kesemuanya Melayu atau Bumiputera. Mengapa kita sebagai Melayu berugama Islam pula begitu tamak sekali? Jika di zaman Khir Toyo dahulu berpuluh tahun kamu mengaut untung hasil pasir ini, kamu tidak pernah menoleh ke arah Melayu atau Bumiputera yang lain untuk berkongsi nikmat itu. Jika boleh, kamu sahaja yang ingin terus mengaut hasil keuntungan pasir di Selangor sampai kiamat.

Oleh sebab itulah, hampir setiap hari puak-puak ini mengadu di TV3 suku betapa hidup mereka kini teramat susah. Seolah-olah merekalah orang paling papa kedana di Selangor. Yang menghairankan kita, mengaku hidup susah tetapi masih berlagak ego, sombong dengan mendakwa Kerajaan Selangor yang menganiayai mereka. Itulah yang dikatakan bodoh dan miskin tapi sombong.

Kepada Kerajaan PR Selangor, persetankan puak-puak yang terjerit siang malam itu. Usah dilayan mereka sepertimana Khir Toyo melayan mereka sehingga lupa diri. Ketelusan dan keadilan hendaklah diteruskan. Kekayaan Selangor mestilah dikongsi sama rata. Jangan jadikan Selangor sebuah kerajaan yang diperintah oleh `Toyol' penghisap darah walaupun zaman Anak Toyo sudah pun berlalu.

FDI merudum angkara pentadbiran anak beranak

16 Syaaban 1431 H
Oleh: Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 27 Julai: Penjelasan Ketua Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd (CIMB Group), Datuk Seri Nazir Tun Razak mengenai merudum pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini mengingatkan rakyat kepada pentadbiran nepotisme, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

"Kenyataan jurucakap baru kabinet (Datuk Seri) Najib, iaitu adiknya sendiri, mengingatkan rakyat Malaysia kepada budaya pentadbiran nepotisme yang dipelopori di zaman Tun Dr Mahathir atau pentadbiran 'anak beranak' yang dipraktikkan oleh Tun Abdullah (Ahmad Badawi).

"Mungkinkah Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) ini wajar dipanggil 'pentadbiran adik beradik' pula?" katanya.

Kenyataan dari jurucakap baru kabinet Najib itu juga, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, menunjukkan bahawa anggota-anggota kabinet serta Najib sendiri telah bankrap atau muflis idea bagaimana hendak menjanakan ekonomi Malaysia.

"Mereka adalah ibarat burung unta yang menyembunyikan kepala masing-masing dalam tanah. Tunggu masa sahaja sebelum mereka ditendang keluar oleh rakyat," katanya.

Menurutnya, memandangkan tidak ada komen atau apa-apa kenyataan langsung daripada anggota-anggota kabinet Najib atau beliau sendiri berkenaan kejatuhan pelaburan langsung asing sehingga 81 peratus itu, sekurang-kurangnya kenyataan Nazir itu menunjukkan, maka kerajaan Najib mengakui benarnya kejatuhan itu.

"Jelaslah ia ia bukan rekaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau sebab-sebab yang tidak munasabah lain yang diberi," katanya.

Mahfuz bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada Nazir kerana perlantikannya sebagai jurucakap kerajaan abangnya.

Harakahdaily/-