01 September 2010

Xinjiang Berusaha Membangun Industri Pelancongan

21 Ramadhan 1431H.


Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang terletak di bahagian barat laut China. Kebudayaan yang cemerlang dan pemandangan yang indah menjadikan Xinjiang sebagai salah satu destinasi pelancongan yang paling berpotensi di China.

Pelbagai bentuk muka bumi dan suasana alam sekitar seperti gunung-ganang yang tinggi, padang rumput yang luas, beting yang menghijau yang ajaib dalam padang pasir yang seolah-olah tiada sempadannya, hutan, tasik, sungai dan glasier dapat ditemui di wilayah Xinjiang yang seluas 1.6 juta kilometer persegi.

Oleh kerana kedudukannya di tepi Jalan Sutera yang makmur dalam sejarah, Xinjiang menyaksikan pertembungan budaya antara timur dan barat. Tamadun China, India dan Greece kuno sama-sama wujud dan berkembang di wilayah ini dengan tiga agama utama di dunia, iaitu Islam, Buddha dan Kristian tersebar di kalangan penduduk daripada etnik-etnik yang berbahasa Altay, Han-Tibet dan India yang hidup secara harmoni. Mereka bersatu padu dan tekun bekerja membangunkan kampung halaman yang sama ini.

Rancangan pembangunan Xinjiang menetapkan langkah-langkah untuk memajukan industri pelancongan sehingga menjadi industri tunggak pertumbuhan ekonomi wilayah itu. Dari segi sosiobudaya, kebudayaan etnik yang beraneka ragam dapat dinikmati di wilayah Xinjiang sama ada seni bina bangunan, pakaian, tarian dan nyanyian, adat istiadat dan makanan. Semua ini merupakan sumber yang menarik dan bernilai daripada sudut pelancongan.

Oleh sebab kelebihan Xinjiang dari segi kedudukan geografi dan sumber pelancongan, ia menjadi daya tarikan pengunjung yang bermanfaat bagi pembangunan berterusan industri pelancongan Xinjiang.





Menurut statistik, jumlah pelancong dari seberang laut ke Xinjiang mencapai 363 ribu orang pada tahun 2008 yang mendatangkan pendapatan sebanyak 136 juta dolar Amerika. Sementara itu, jumlah pelancong dalam negara pula mencapai 21.95 juta orang yang menghasilkan hampir 20 bilion yuan RMB. Kini, pelbagai laluan pelancongan dan produk pelancongan bertemakan sesuatu topik tertentu seperti kebudayaan etnik, tapak tinggalan sejarah dan pemandangan padang rumput atau padang pasir telah disediakan untuk para pelancong mengikuti keperluannya masing-masing.

Beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan pusat dan tempatan terus mengeluarkan peruntukan yang besar untuk membina infrastruktur yang berkait rapat dengan industri pelancongan seperti lapangan terbang, landasan kereta api, lebuh raya, sumber tenaga, laluan di sempadan telekomunikasi dan tenaga elektrik.

Untuk terus memajukan industri pelancongan, Xinjiang berusaha mewujudkan dua kawasan pemandangan utama, iaitu Kawasan Pelancongan Ekologi Kanas dan Nalati serta Kawasan Pelancongan Kebudayaan Kalangan Rakyat Kashi dan Turpan. Sementara itu, pelancongan kampung budaya, pelancongan ais dan salji dan pelancongan sempadan turut dibangunkan di Xinjiang.CRI/-

Misi kemanusiaan berlepas ke Pakistan


21 Ramadhan 1431H.

SEPANG, 31 Ogos: Seramai 12 orang peserta misi kemanusiaan ke Pakistan berlepas hari ini bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa bencana alam di sana.

Sepuluh daripada mereka terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Yayasan Amal Malaysia (Amal), Institute Muslim Woman (IMW) dan Haluan Malaysia manakala tiga lagi merupakan wartawan dan jurugambar akhbar Harakah

Ketua misi, Jamulidin Elias yang merupakan Timbalan Presiden Amal memberitahu, matlamat mereka ke sana adalah untuk menyampaikan sendiri bantuan berupa makanan dan ubat-ubatan kepada mangsa mengikut keperluan mereka.

"Matlamat kami kali ini untuk menyampaikan sendiri bantuan kepada mangsa di sana kerana ini merupakan amanah rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan mereka.

Sumbangan juga diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

"Kami kena pastikan bantuan ini sampai kepada mangsa. Sebab itu kami tidak akan beri bantuaan dalam bentuk wang kerana bimbang ia disalah guna oleh pihak tertentu di sana," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, sebelum berlepas pada jam 1.15 petang tadi.

Menurutnya,anggaran kasar jumlah kutipan adalah sebanyak USD7,700.

Beliau juga berkata, mereka bersedia untuk bekerjasama dengan NGO-NGO di Pakistan sepanjang seminggu mereka di sana.

Sementara itu, Naib Presiden Amal, Dr Rani Osman memberitahu, mereka dinasihatkan agar tidak berada terlalu lama di sesuatu kawasan yang dilawati memandangkan cuaca yang tidak menentu dan terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga.

"Kita gunakan konsep safety first. Kalau kita sendiri pun tidak selamat, bagaimana kita nak teruskan misi yang merupakan amanah rakyat Malaysia," kata beliau.

Sebelum ini, Amal telah menyertai misi kemanusiaan ke 27 buah negara antaranya Myamnar, Indonesia dan Palestin.

Kesemua mereka dijangka kembali ke Malaysia pada 6 September ini.

Sehubungan itu, mereka berharap agar rakyat mendoakan keselamatan dan dapat melaksanakan tanggungjawab membantu mangsa dengan sebaik mungkin.

Harakahdaily/-

Keindahan Islam: Masjid untuk semua

21 Ramadhan 1431H.
Wan Nik Wan Yussof

Pendekatan bertugas Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang, 22 Ogos lalu semata-mata untuk memenuhi permohonan bantuan surau dan menyerahkan kepada pihak terbabit serta menyampai ucapan berhubung program pendidikan Kerajaan Negeri Selangor dilihat sudah dipromosi secara salah oleh pihak tertentu. Menyebabkan terbongkar satu lagi kejahilan amalan beragama sesetengah orang Melayu yang beragama Islam secara “keturunan.”

Rasa sedikit pilu atas keserlahan kejahilan beragama itu turut dirasai oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Menurut Tuan Guru Nik Abdul Aziz, isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana pendekatan itu merupakan antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah. Namun, menurut Tuan Guru ia menjadi bising kerana sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni. Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.

Menurut Tuan Guru lagi sepertimana dipetik Rizal (Harakahdaily 28 Ogos 2010), “kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid. Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi.”

Benarkah mereka ini jahil?

Kejahilan amalan beragama sesetengah orang Melayu yang beragama Islam secara “keturunan” dapat dibaca secara terbuka, terang dan nyata. Antaranya dalam Utusan Online (27 Ogos 2010) menyiarkan kenyataan jahil tuke, seorang pejuang Melayu (bukan pejuang agama) merangkap Yang Dipertua kepada sebuah pertubuhan (peringkat Negeri Selangor) yang ada kaitan dengan pejuang Melayu Pasir Mas ada berkata, pihaknya memandang serius tindakan Nie Ching kerana ia bukan sahaja bertentangan dengan titah Sultan Selangor berhubung larangan menggunakan masjid dan surau untuk tujuan politik sebelum ini. Lalu menganggap tindakan ahli parlimen itu bertentangan dan menyalahi hukum kerana orang bukan Islam tidak boleh memasuki ruang solat masjid atau surau apatah lagi untuk menyampaikan ceramah kepada umat Islam. Lantas menyifatkan ia betul-betul satu penghinaan yang amat besar kepada umat Islam apabila ada seorang bukan Islam yang keadaannya tidak 'bersih' memasuki ruang solat utama surau berkenaan untuk mengadakan majlis dan membuat ucapan di situ. Malah turut mempersoalkan pula tindakan Teo Nie Ching itu, apakah kerana politik, maka hukum dan larangan orang bukan Islam masuk ke dalam ruang solat masjid dan surau boleh dihalalkan. Semua kenyataan itu disiarkan secara terang (bercetak) oleh akhbar Utusan Malaysia (28 Ogos).

Turut disiarkan oleh akhbar yang sama ialah selaran oleh individu yang mengaku sebagai pengerusi kepada majlis gabungan pertubuhan tertentu (juga peringkat Negeri Selangor) dan sasarannya ialah menyelar tindakan pihak jawatankuasa surau Al-Huda ekroan berita membiarkan orang kafir (mungkin dimaksudkan kepada ahli parlimen Serdang) yang memasuki ruang solat dan memberikan ucapan dalam rumah ibadat itu. Selarannya itu turut dipetik sebagai berkata, sebagai pihak yang bertanggungjawab menjaga dan menguruskan aktiviti surau terbabit, barisan jawatankuasa surau itu seharusnya bersikap lebih peka dan sensitif dalam hal melibatkan persoalan agama. Lalu mengaitkan peristiwa (dimaksudkan kepada orang kafir masuk surau) itu dengan persoalan, adakah ideologi politik yang menjadi kepercayaan ahli-ahli PAS yang dikatakan berada dalam surau berkenaan melebihi daripada hukum dan larangan yang ditetapkan oleh ajaran Islam. Kemudian menyindir tindakan ahli politik (ahli parlimen wanita yang dimaksudkan itu mungkin Teo Nie Ching) dengan penegasan, “jika mahu memberikan bantuan atau mengadakan ucapan, kenapa tidak pilih saja tempat lain, kenapa perlu diadakan di dalam ruang solat surau berkenaan."

Kenyataan mengejutkan

Sesuatu yang mengejutkan ialah kenyataan salah seorang pihak berkuasa mengurus agama di Negeri Selangor (bukan Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali) yang telah membuat siasatan ke atas kes ahli parlimen wanita bukan Islam memasuki surau al-Huda sebagai benar berlaku (Utusan Malaysia 28 Ogos), lalu pihaknya membuat keputusan untuk mengambil alih Surau al-Huda dan mengurus pentadbrian surau itu serta merta.

Jika kenyataan itu diamati, maka orang awam akan memahaminya sebagai suatu kesalahan besar bagi mana-mana pihak yang mentadbir masjid atau surau menerima kehadiran orang politik (bukan Islam) menyampaikan sumbangan dan berucap dengan menyentuh program Kerajaan Negeri Selangor. Maka layak dipersoalkan, apakah hukum (fatwa) menerima sumbangan dan ucapan dari orang politik di atas masjid? Atau apakah hukumnya orang bukan Islam hadir ke dalam masjid untuk menyampai sumbangan dan berucap? Implikasinya, jika hukum (fatwa) yang dipakai bagi kedua-dua keadaan itu adalah hukumnya haram, nyatalah ajaran Islam yang dianuti itu bukan menggambarkan keterbukaan Islam dan hakikat Islam itu bukan indah dan bukan untuk semua kaum. Natijahnya pendirian hukum itu boleh disifatkan batil.

Tidak mengejutkan

Di sebalik ada tindak balas sepertimana di atas, ada pula tindakan pemimpin cabang pemuda Umno Selangor (Bernama 28 Ogos) yang menganggap pendekatan ahli parlimen Serdang itu sebagai “mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara.” Kenyataan itu tidaklah mengejutkan kita kerana memang Umno berkarat memperjuangkan sentimen kaum Melayu.

Kenyataan hampir sama dengan ulasan ketua cabang wanitanya (Utusan Malaysia 28 Ogos) yang menganggap pendekatan ahli parlimen wanita (katanya dari DAP) itu adalah “menifestasi kebiadapan” pemimpin pembangkang kepada umat Islam. Persoalannya, adakah memberi sumbangan dan menceritakan program Kerajaan Negeri Selangor sebagai suatu kebiadapan? Mungkin bagi mereka (dua pemimpin Umno itu) rumah Allah (masjid, surau dan madrasah) hanya layak dimasuki orang Melayu sahaja. Lalu mata dacingnya begitu sensitif seakan-akan ahli parlimen (seorang dari kaum Cina) sudah menghunus senjata kepada pemimpin 1Malaysia. Jika demikian benarnya apa yang dipetik oleh Bernama (29 Ogos) itu, maka memang parah pemikiran 1Malaysia pemimpin generasi baru Umno, sampai gopoh begitu sekali!

Penjelasan tuan terbabit

Sehubungan dengan beberapa ulasan dan kenyataan yang mensasarkan kepada ahli parlimen Serdang itu, maka tuan punya diri (Teo Nie Ching) telah menjawabnya seperti dilapor menerusi blognya (http://www.wretch.cc/blog/teonieching/21522314). Antaranya beliau mengeaskan kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan untuk memperbaiki pagar surau, dan berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa dan jemaah surau.


“Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

“Saya menyesal bahawa perkara ini telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara kita dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab politik.

“Saya ingin menegaskan secara ikhlas dan murni bahawa lawatan saya ke Surau Al-Huda tidak berniat politik, dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan.”

Berdasarkan pengakuan di atas, apakah pengadilan yang harus diberikan kepada ahli parlimen Serdang itu? Ataukah kita menerima apa yang dilaporkan media dan menganggap segala kecaman serta amaran daripada pelbagai pihak itu sesuatu yang benar dan adil? Hanya kerasionalan mampu menterjemahkan sesuatu yang benar dan adil.

Kes sama dihadapi Jayakumar

Pengarang Utusan Malaysia sebelum ini (5 November 2009) turut melaporkan cerita yang sama melibatkan sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang yang membenarkan Ahli Undangan Negeri (Adun) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar berucap di dalam masjid. Lalu dikatakan seorang ketua bagi pihak berkuasa agama menegaskan, “orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita didatangi haid.” Kenyataan itu berbau hukum (fatwa) sahih kerana membuat analogi yang tepat, iaitu Islam melarang wanita berhaid masuk dalam masjid.

"Orang bukan Islam dibenarkan datang dan melawat masjid tetapi tidak boleh masuk dewan utama solat, lebih-lebih lagi berucap di tempat kita bersolat.”

Realitinya, Jayakumar hanya hadir berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan dibuat di dalam masjid (pada 31 Ogos 2009). Peristiwa itu seakan sama dengan apa yang dihadapi Teo Nie Ching. Apapun, tindakan pihak berkuasa agama itu adalah seakan menyokong memorandum Pemuda UMNO ketika itu yang dikatakan melihat tindakan Jayakumar itu hanya boleh berucap di pekarangan masjid tanpa perlu menggunakan dalam masjid.

Fatwa bukan Islam boleh masuk masjid

Apa yang difahami daripada beberapa kenyataan pemimpin Umno, pihak berkuasa agama mahupun beberapa penulisan yang termuat dalam Utusan Malaysia (akhbar Penyebar Fikiran Rakyat) pada 30 Ogos 2010 dilihat menyerang Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah bercanggah dengan fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Malah kesan daripada kenyataan dan penulisan itu secara terang telah memberi imej buruk kepada ajaran Islam itu sendiri. Justeru Islam sudah tiada keindahan lagi dalam konteks hubungan antara kaum dan agama di negara ini.

Hayatilah kenyataan fatwa yang dibaca seperti berikut: “Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

“Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

“Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.”

Landasan mengukuhkan fatwa

Sehubungan dengan fatwa tersebut, kita umat Islam seharusnya berfikiran rasional berasaskan beberapa landasan hukum harus atau haram orang bukan Islam memasuki masjid. Berpandukan beberapa sumber, tulisan ini memaparkan beberapa pandangan ulama’ mengenai hukum harus dan haram bagi orang bukan Islam memasuki masjid. Antaranya pandangan ulama-ulama mazhab Hanafi yang menyatakan harus termasuklah Masjidil Haram dengan berhujah bahawa Rasulullah SAW pernah menerima tetamu dari Thaqif, yang masih belum Islam pada masa itu di masjidnya dan tinggal di situ sebelum mereka memeluk Islam. Dalam hal ini, Imam Ahmad Hanbal menyatakan bukan Islam hanya dibenarkan untuk memasuki Masjidil Haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan yang munasabah.

Rasulullah juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi SAW untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid, Nabi menyebut kepada sahabat, “biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka).”

Selain itu, Imam Bukhari menerusi sebuah hadis menyebutkan bagaimana seorang bukan Islam bernama Thumamah ibn Athal diikat oleh Rasulullah di dalam masjid (ditangkap atas kesalahan tertentu): “Rasulullah SAW menghantar seorang berkuda ke arah Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah (sedang mengintip) bernama Thumamah ibn Athal, lalu diikatnya di satu tiang dari tiang-tiang masjid” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Selepas tiga hari, yakni setelah Thumamah melihat bagaimana umat Islam beribadah dan keramahan umat Islam kepadanya, akhirnya dia memeluk Islam kerana tertawan dengan keindahan kehidupan dan ibadah umat Islam.

Meskipun firman Allah SWT (al-Taubah ayat 28) bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini.” Namun, ayat ini menegah orang-orang bukan Islam memasuki Masjidil Haram dalam keadaan telanjang sebagaimana adat mereka ketika jahiliyyah adalah menghina Masjidil Haram. Ini kerana apa yang menjadi najis bukan tubuh badan mereka tetapi iktikad mereka. Imam Abu Hanifah menyatakan orang bukan Islam dibenarkan memasuki Masjidil Haram sekadar lalu, tidak dibenarkan duduk dan menetap (sebagaimana sebahagian umat Islam) dan ‘kotor' sebagaimana difahami adalah kekotoran syirik yang melibatkan hati bukan kekotoran fizikal.



Begitu pula ada pandangan ulama-ulama mazhab Syafie membolehkan bukan Islam memasuki masjid dengan izin kaum Muslimin kecuali Masjidil Haram (rujuk Raudhah Tolibin, Jil.1. Hlm. 296). Pandangan yang sama dengan Imam Ahmad dan sebahagian ulama Mazhab Hambali. Ia berlandaskan kata-kata Said bin Musayyib: “Sesungguhnya Abu Sufyan masuk ke Masjid Madinah ketika dia belum Islam, namun itu tidak diizinkan untuk Masjidil Haram (Rujuk Tafsir Ibnu Abi Hatim mengenai ayat 28, surah al-Taubah).

Apapun, pandangan Imam Ahmad bin Hanbal adalah haram orang bukan Islam memasuki masjid. Ia disokong majoriti fuqaha mazhab Hambali. Asasnya berpandukan hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Umar bin Al-Khattab pernah menyuruh seseorang memasuki masjid tetapi dihalang oleh Abu Musa kerana orang itu seorang Nasrani. Saidina Umar tidak membantah halangan Abu Musa. Pandangan ini diperkuatkan oleh al-Qurtubi dalam tafsirnya mengenai ayat 28 surah al-Taubah.

Namun, pandangan mazhab Malik (rujuk Hasyiah al-Showi dan Hasyiah al-Dusuki) orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke masjid sekalipun diizinkan oleh orang-orang Islam melainkan dalam keadaan darurat (tertentu). Asasnya kerana dibimbangi akan berlaku perkara-perkara yang menghina kesucian masjid. Keadaan darurat itu dirujuk kepada perbezaan jenis orang bukan Islam itu sama ada harbi, zimmi atau ’ahdi. Maka yang bertaraf zimmi adalah mereka yang sedia mesra dengan Islam tidak mungkin menghina kesucian masjid.

Kunci fatwa

Apapun perbahasan harus atau haram orang bukan Islam memasuki masjid tetap berteraskan kepada firman Allah SWT (al-Taubah ayat 28) bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini.” Justeru itu, ada pandangan yang melihatnya paling kurang terdapat tiga isu yang diperbincangkan oleh ulama Islam: pertama, orang bukan Islam memasuki Masjidil Haram, kedua mengapa orang bukan Islam dilarang memasuki Masjidil Haram, dan ketiga orang bukan Islam memasuki masjid selain Masjidil Haram. Sehubungan itu perlu juga dirujuk kepada maksud firman Allah (an-Nisa’ ayat 43), “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengerjakan sembahyang, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekadar berlalu saja.”

Majoriti ulama melarang bukan Islam memasuki Masjidil Haram atas larangan yang terdapat di dalam ayat ini. Namun Imam Abu Hanifah dan Ahmad menghalusi dalam hal tersebut. Sementara di sisi mazhab Maliki dan Syafie pula melarang memasuki Masjidil Haram, namun demikian bagi ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) dibolehkan untuk memasukinya dengan syarat-syarat tertentu.

Masjid selain Masjidil Haram

Imam Ibn Hajar Al-‘Asqolani ketika menghuraikan isu ini mengatakan mazhab Maliki tetap melarang orang bukan Islam memasuki masjid. Manakala Mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi membenarkan memasuki masjid-masjid selain Masjidil Haram dengan syarat-syarat tertentu. Ibn Hajar juga menegaskan kebenaran ini cukup kuat dari dalil tawanan perang bernama Thumamah (merujuk hadis mengenai Thumamah ibn Athal) tersebut.

Imam Nawawi yang merujuk hadis ini berkata harus mengikat tawanan dan menahannya serta harus bagi seorang yang bukan Islam memasuki masjid. Bagi Mazhab Syafie keharusannya dengan syarat mendapat keizinan dari umat Islam sama ada orang bukan Islam itu dari kalangan ahli Kitab atau selainnya. Namun Khalifah Umar bin Abd Aziz, Qatadah dan Imam Malik tidak mengharuskannya (rujuk Syarah Sohih Muslim 12/87).

Selain yang di atas, al-Muzani merupakan murid Imam Syafie juga berbeza ijtihad dengan gurunya. Bagi al-Muzani menyatakan tidak harus orang bukan Islam memasuki masjid, apatah lagi menetap di dalamnya, kerana jika mereka dibenarkan, sudah tentu orang yang berjunub juga akan dibenarkan. Sedangkan ayat (an-Nisa’:43) di atas menyebut larangan bagi mereka yang berjunub memasuki masjid kecuali lalu sahaja.

Bagi al-Mawardi pula, apa dimaksud al-Muzani, iaitu sekiranya harus (bagi bukan Islam masuk masjid), sudah tentu muslim yang berjunub lebih utama untuk dibenarkan disebabkan kehormatannya dan kemuliaannya, maka di ketika tidak harus bagi seorang Muslim menetap di dalamnya, maka tentulah orang bukan Islam lebih-lebih lagi dilarang––kerana mereka dikira sentiasa berjunub. Malah kata-kata Imam Syafie dalam hal ini, iaitu “tiada masalah untuk seorang bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram (rujuk al-Hawi al-Kabir 2/268).

Rumusan hukum

Majoriti ulama bersepakat orang bukan Islam tidak boleh memasuki Masjidil Haram. Sementara agak jelas terdapat ijtihad yang berbeza di dalam menentukan hukum bagi masjid-masjid selain Masjidil Haram. Namun didapati majoriti ulama silam dan masa kini dilihat mengharuskan orang bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa, tetapi dengan syarat-syarat tertentu. Antara syaratnya mestilah dengan izin umat Islam atau badan berkuasa Islam bagi masjid berkenaan, mestilah mempunyai sebab yang munasabah untuk memasukinya, dan orang bukan Islam mestilah menghormati seluruh keadaan dan alatan masjid, tidak membuat kebisingan dan memakai pakaian yang sesuai seperti menutup aurat bagi wanitanya.

Sesungguhnya Islam menggalakkan toleransi dan keharmonian hidup antara Islam dan orang bukan Islam. Jika masuknya orang bukan Islam itu untuk menyampaikan ucapan yang boleh membawa kepada persefahaman lebih baik, maka ia amat digalakkan. Selari dengan hakikat Islam ialah agama yang mengamalkan dialog yang bermanfaat dalam maksud dengan semua kaum dan agama. Selari dengan panegasan Sheikh `Atiyyah Saqr, bekas ketua Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar bahawa mengikut fuqaha’ mengenai maksud firman Allah SWT (merujuk kepada at-Taubah: 28 dan an-Nisaa’: 43) majoriti fuqaha’ termasuk kalangan Mazhab Maliki, Shafie dan yang lainnya hanya musyrikin atau penyembah berhala tidak dibenarkan memasuki Masjidil Haram di Mekah. Bermakna tidak salah kalau orang Kristian (Nasrani) dan Yahudi memasukinya.

Berdasarkan kepada pandangan dinyatakan, umumnya orang bukan Islam dibenarkan untuk memasuk masjid dengan berpandukan keadaan, iaitu tidak harus memasuki Masjidil Haram kecuali dengan kebenaran pihak berkuasanya, ada alasan kukuh atas sifat memberi kebaikan di sisi Islam, menghormati kemuliaan masjid sebagai tempat suci untuk beribadah dan menjaga tingkahlaku termasuk berpakaian sopan menurut Islam. Apapun pandangan ulama’ membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid adalah bersandarkan sirah di zaman Nabi yang menghukum Thumamah ibn Athal diikat di tiang Masjid Nabawi dan orang Nasrani Najran dibenarkan masuk ke Masjid Nabawi.

Rumusannya, jalur mazhab Hanafi membenarkan orang bukan Islam memasuki semua masjid, Syafie pula membolehkan bagi semua masjid melainkan Masjidil Haram dan sekitar tanah haram Mekah, dan mazhab Maliki pula tidak harus melainkan kerana darurat ada kerja yang kepakaran berada pada orang bukan Islam.

Minta fatwa dari Mufti Negara !

21 Ramadhan 1431H.
Gambar 1
Gambar 2


Saya mengharapkan Mufti Negara tidak double standard dalam menilai dua gambar yang saya paparkan di atas. Saya kira semua sudah maklum mengenai watak-watak dalam gambar diatas.

Gambar 1 sudah diulas oleh Mufti negara, dan saya mohon beliau ulas mengenai gambar 2.

Raya: Kakitangan awam Kelantan dapat RM500

21 Ramadhan 1431H.

KOTA BHARU, 30 Ogos: Kerajaan Kelantan akan memberikan bantuan khas hari raya sebanyak RM500 kepada lebih 5,000 orang kakitangannya sebelum Aidilfitri ini.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nikk Mat berkata, sumbangan yang melibatkan jumlah RM2.2 juta itu sebagai menghargai jasa kakitangan yang tekun membangunkan negeri.

Menurutnya, tarikh sebenar penyerahan bantuan khas itu belum diputuskan tetapi cek berkenaan telah siap diurus.

Tambahnya, kakitangan awam bermula dari gred 54 dan ke bawah layak menerima bantuan khas itu.

Beliau mengumumkan perkara itu selepas solat sunat tarawih di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, di sini malam ini.

Tuan Guru berkata, beliau seronok dengan pemberian berkenaan kerana dapat menghargai jasa kakitangan kerajaan negeri. Harakahdaily/-

SPR, KPN dan AG di bawah parlimen jika PR kuasai Putrajaya

21 Ramadhan 1431H.

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Perkara pertama yang akan dilakukan Pakatan Rakyat jika memerintah negara adalah meletakkan beberapa konstitusi penting negara di bawah parlimen.

Ianya termasuk badan kehakiman seperti Ketua Hakim negara, badan penguatkuasa seperti seperti Ketua Polis negara, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara tersebut dimaklumkan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub pada majlis berbuka puasa Naib-naib Presiden PAS bersama media alternatif di sebuah hotel di ibu negara semalam.

Menurutnya, tindakan itu mahu dilaksanakan kerana tidak mahu Pakatan Rakyat melakukan kesilapan sama seperti yang dibuat Umno Barisan Nasional pada waktu ini.

"Kita akan buat satu pindaan perlembagaan meletakkan mereka ini di bawah parlimen.

"Kami bimbang jika dengan sistem yang ada ini, kami juga akan melakukan perkara sama seperti yang dilakukan BN.

Perkara tersebut juga ujarnya, antara keputusan yang telah dipersetujui bersama PAS, PKR dan DAP dalam konvenyen Pakatan Rakyat baru baru ini.

Selain itu Pakatan Rakyat juga berjanji akan melakukan pemulihan terhadap demokrasi negara mengikut apa yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia.

Ianya termasuk kebebasan media, kebebasan berhimpun, hak bersuara dan sebagainya.

"Adakah anda mahu, kalau kami di Putrajaya nanti, dengan sistem yang ada sekarang ini tidak diubah, kami juga akan mencengkam media seperti yang Umno BN buat pada hari ini? " soalnya kepada lebih 50 warga media yang diraikan.

Turut serta pada majlis itu, Datuk Mahfuz Omar manakala seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak dapat hadir kerana menghadiri majlis berbuka puasa di Istana Pahang.

Mahfuz dalam ucapannya pula melahirkan penghargaan kepada warga media yang banyak membantu PAS dalam usaha memperjelaskan isu semasa kepada rakyat.

Sehubungan itu, Mahfuz berharap usaha dan kerjasama antara kedua-dua pihak akan terus berlaku.

Harakahdaily/-

Kenyataan Media PAS cawangan Bandar Universiti, isu Bazar Ramadhan

21 Ramadhan 1431H.

Pas Cawangan Bandar Universiti amat terkejut dengan beberapa pendedahan yang dilakukan oleh beberapa peniaga Bazar Ramadhan bertempat di Bandar Sri Iskandar, Bota, Perak. Ketua Penerangan Pas Cawangan Bandar Universiti, Ustaz Hakimi ketika ditemui melahirkan rasa kekecewaan terhadap pengurusan bazar Ramadhan yang gagal menguruskan tapak gerai dengan baik hingga menyebabkan berlaku banyak kekosongan gerai menjelang penghujung Ramadhan ini.

Kekosongan gerai yang ketara itu sekaligus menyebabkan pengunjung berasa hampa kerana terpaksa berjalan jauh antara satu gerai ke gerai yang lain seterusnya menyebabkan mereka merasa bosan dan tidak lagi berkunjung ke bazar Ramadhan pada hari yang berikutnya.

Fanomena ini akhirnya menyebabkan bilangan pengunjung ke Bazar Ramadhan itu menyusut dengan mendadak dan memberikan kerugian kepada para peniaga. Difahamkan kekosongan gerai itu berlaku kerana ketidak seriusan dan kelemahan pihak pengurusan yang tidak mengambil sebarang kaedah berkesan untuk memastikan para peniaga yang sudah menempah gerai menjalankan perniagaannya di tapak tersebut.

Ustaz Hakimi juga merasa kesal akan ketidak pekaan pihak penganjur dalam menyediakan tempat yang bersih dan berdekatan dengan bazar untuk para peniaga mendirikan solat .

Para peniaga yang terpaksa membuka gerai seawal jam 3 petang mengalami masalah yang besar untuk menunaikan solat Asar di tempat yang berhampiran dengan bazar kerana kesulitan untuk meninggalkan tapak perniagaan kerana pada waktu tersebut orang ramai sudah mula memenuhi bazar untuk membeli belah. Pas Cawangan Bandar Universiti berpandangan masalah ini mampu diselesaikan seandainya pihak pengurusan menyediakan tempat khas untuk solat memandangkan hampir 100% peniaga di bazar adalah orang Islam. Di harapkan pihak pengurusan bazar Ramadhan di Bandar Sri iskandar dan diseluruh negara dapat mengambil berat permasalahan yang berlaku ini dan mengatasinya dengan segera.

Vaksin kanser servik bukan penyelesai masalah moral remaja

21 Ramadhan 1431.
Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

PAS dan Pakatan Rakyat perlu menyuarakan bantahan terhadap saranan kerajaan untuk memvaksin semua perempuan berusia 13 tahun di negara ini daripada virus Human papillomavirus (HPV). Malahan Pakatan rakyat juga wajib menyedarkan rakyat betapa virus ini hanya disebarkan melalui aktiviti seksual rambang yang tidak semestinya menjadi kewajipan pelajar sekolah menengah untuk divaksinkan. Bantahan telah dilakukan oleh CAP sejak tahun lepas lagi.

Bayangkan RM150 juta akan dibelanjakan setiap tahun oleh kerajaan bermula tahun ini untuk vaksinasi HPV terhadap 300,000 orang perempuan di negara ini sebagai perlindungan untuk dua daripada 40 jenis kanser servik berbeza disebabkan HPV.

Tanpa penerangan akhlak dan moral kepada para pelajar, segelintirnya pasti merasakan vaksin itu sudah menyelamatkan mereka dan seolah-olah melindungi mereka jika mereka ingin terlibat dengan kegiatan tidak bermoral pada usia sekolah. Penyelesaian kondom, pil hamil dan vaksin sebegini adalah penyelesaian ala Amerika dan ia terbukti gagal mengurangkan kadar kanser, jenayah dan gejala sosial di Amerika.

HPV hanya dijangkiti melalui hubungan seksual. Malah ia hanya terjadi jika seks rambang diamalkan dan tidak melibatkan pasangan suami isteri yang sah dan setia. Sebagai ganti kerajaan perlu memberikan tumpuan ke atas pencegahan melalui pendidikan dan agama serta nilai moral terhadap menahan diri daripada melakukan aktiviti seksual haram da bukannya hanya mencegah untuk menghindarkan kanser tersebut semata-mata.

Menurut laporan Persatuan pengguna Pulau Pinang (CAP), risiko kanser servik itu sendiri telah dibesar-besarkan. Sudah menjadi fakta yang diketahui umum bahawa 90 peratus daripada semua jangkitan HPV akan disingkirkan oleh sistem imun dalam tempoh dua tahun. Ini menjadikan vaksin itu sendiri tidak relevan dan tidak diperlukan.

Sepatutnya peruntukan RM150 juta tersebut boleh digunakan bagi mendidik mereka terhadap aktiviti seksual awal sebagai pencegahan terhadap jangkitan HPV. Dengan peruntukan ini, kempen ujian HPV dan Pap Smears sebagai prosedur pengesanan awal terbukti boleh dipertingkatkan sebagai ganti penyelesaian mudah dengan cara menggunakan vaksin.

Oleh kerana vaksin ini hanya meliputi beberapa jenis HPV berisiko tinggi, pakar masih menyarankan pemeriksaan Pap Smears secara tetap, malah selepas vaksinasi. Ini menunjukkan pemeriksaan itu kekal relevan dan tidak dapat dinafikan ia ka edah pencegahan yang lebih baik berbanding vaksinasi.

Cervariz iaitu vaksin HPV yang dikeluarkan oleh syarikat GlaxoSmithKline (syarikat farmasi dan vaksin terkenal) pernah menyebabkan kematian sebelum ini di England. Malah lebih 50 kematian akibat penvaksinan ini dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat.

Vaksin ini belum diluluskan oleh FDA (Pentabiran Makanan dan Ubatan) akan tetapi telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Malaysia (PBKD) pada 2007. Malah dilaporkan vaksin ini belum pernah diuji oleh pihak kesihatan malaysia sebelum mengtikus putihkan hampir 300 000 pelajar perempuan negara kita!

Kerajaan Malaysia perlu ditegur selalu lantaran banyak dasar kesihatan yang tidak menyelesaikan permasalahan. Isu AIDS yang disarankan diselesai melalui pengedaran jarum suntikan dan kondom percuma adalah antara contoh idea tidak bermoral dan cukup menyedihkan rakyat Malaysia. Isu kesihatan dan keselamata adalah tanggungjawab Pakatan Rakyat dalam usaha untuk menggantikan kerajaan yang sedia ada melalui beberapa tindakan kurang bijak dalam hal kesihatan dan keselesaan rakyat.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Gopeng

MERDEKAKAH KITA?

21 Ramadhan 1431H.
OLEH: JJ ANAK DESA (joharapat.blogspot.com)

Tanggal 31 Ogos adalah tarikh keramat, tarikh bersejarah, ulang tahun kemerdekaan negara kita, kini genaplah 53 tahun Malaysia merdeka dari belenggu penjajah British. Syukur kita ke hadrat Allah swt.

Tetapi benarkah kita sudah merdeka sepenuhnya? Pertanyaan itu harus dijawab oleh kita semua rakyat Malaysia. Benar kita telah merdeka dari cengkaman penjajah, itu hanya sudut luaran sahaja. Namun dari sudut dalamannya negara kita masih mengamalkan undang undang penjajah. Ini bermakna kita masih merdeka sapenuhnya.

Menurut Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Kemerdekaan sebenar adalah membebaskan bangsa dari belenggu penjajahan minda yang terikat dengan ketidakadilan yang diperjuangkan di dalam membela nasib sesuatu bangsa.

Itulah antara amalan jahiliah yang masih diteruskan oleh Umno selama ini sedangkan kedatangan Islam telah menunjukkan jalan terbaik kepada umat Islam bagaimana bentuk perjuangan politik mereka.

Oleh itu kata Ustaz Hadi bangsa Melayu wajar mengambil ajaran Islam sebagai tonggak perjuangan kehidupan mereka dalam usaha memastikan pemerkasaan bangsa berjaya ditegakkan dan keadaan sebaliknya terus berlaku jika mereka enggan.

Penurunan Al-Quran sendiri secara berperingkat selama 23 tahun jelas Haji Hadi adalah untuk menjawab semua persoalan semasa yang timbul di dalam mana-mana masyarakat sebelum, semasa dan selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w.

“Akibat dari meninggalkan ajaran dan hukum Al-Quran kini terbukti semua agama selain Islam, isme, ideologi dan kepercayaan telah tidak relevan sekarang ini dan ternyata gagal untuk menangani segala isu semasa dan konflik masyarakat.

Kita ambil satu contoh yang mudah, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang menahan seseorang tanpa bicara. Adilkkah ini atau satu akta yang zalim, sedangkan dalam Islam sendiri seseorang yang dituduh bersalah mesti dibicarakan di mahkamah. Jika terbukti bersalah barulah hukuman dikenakan. Tetapi negara kita tidak berbuat begitu.

Semua orang kata ISA itu zalim, yang kata tidak zalim hanya Umno. Seandainya pemimpin pemimpin Umno yang kena, ketika itulah baru mereka kata ISA adalah zalim. Selagi tidak kena batang hidung mereka, pasti mereka kata tidak zalim.

Zalim bukan mengikut pandangan Umno tetapi ia perlu menurut pandangan Islam. Zalim itu bermaksud meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. saperti yang selalu Ustaz Datuk Ismail Kamus katakan, meletakkan kasut di kepala, songkok di kaki, itu namanya zalim kerana meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

Sudah 53 tahun merdeka tetapi otak Umno masih di tahap otak penjajah, meniupkan semangat perkauman Melayu yang sempit, sedangkan kedatangan Islam mahu membebaskan semangat perkauman (assobuyyah) kepada Islam. Tetapi Umno dan kunco kunconya termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan akhbar penjilat punggung Umno masih lagi memainkan sentimen perkauman. Inikah dimana merdeka?

Minda mereka sebenarnya masih dijajah diselaputi fahaman jahiliyah sedangkan Islam datang untuk menghapuskan jahiliyah termasuk jahiliyah moden yang amalkan oleh Umno dan sekutunya.

Tugas kita sebenarnya berat, kita mahu segala bentuk kezaliman, ketidakadilan yang diamalkasn Umno/BN dihapuskan, barulah kita menikmati erti kemerdekaan sebenarnya. Selagi Umno? BN berkuasa dan terus meneruskan melakukan kezaliman dan ketidakadilan dan rakyat masih menerimanya, selagi itulah kita masih belum merdeka sebenarnya.

Tugas kita kini untuk mentalkinkan Umno/BN pada pilihanraya umum ke 13 nanti, misi ini perlu dijadiakan agenda utama rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan benci kepada sebarang bentuk kezaliman. Tugas ini kita pikul bersama, ucapkanlah SELAMAT TINGGAL PADA UMNO/BN mulai sekarang agar pada pilihanraya umum ke 13 nanti ucapan dan doa itu menjadi kenyataan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAN

31 Ogos 2010

DOSA-DOSA YANG DIANGGAP BIASA : LAKI-LAKI MEMAKAI PERHIASAN EMAS

20 Ramadhan 1431 H
Oleh: Syaikh Muhammad bin Shalih al-Munajjid

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

أُحِلَّ لإِنَاثِ أُمَّتِي الْحَرِيْرُ وَالذَّهَبُ وَحُرِّمَ عَلَى ذُكُوْرِهَا.

“Dihalalkan atas kaum wanita dari umatku sutera dan emas, (tetapi keduanya) diharamkan atas kaum lelaki mereka.”( Hadits marfu’ dari Abu Musa Al-Asy’ari, riwayat Imam Ahmad, 4/393; Shahihul Jami’, 207.)

Saat ini, di pasar atau di toko-toko banyak kita jumpai barang-barang konsumsi laki-laki yang terbuat dari emas. Seperti jam tangan, kaca mata, kancing baju, pena, rantai, medali, dan sebagainya dengan kadar emas yang berbeda-beda.

Ada pula yang sepuhan. Termasuk jenis kemungkaran dalam masalah ini adalah, hadiah yang diberikan pada sayembara-sayembara dan pertandingan-pertandingan, Misalnya, sepatu emas, jam tangan emas pria, dan sebagainya.

Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melihat cincin emas di tangan seorang laki-laki, maka serta merta beliau mencopot lalu membuangnya. Kemudian beliau bersabda,

“Salah seorang dari kamu sengaja (pergi) ke bara api, kemudian memakainya (mengenakannya) di tangannya! ”Setelah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pergi, kepada lelaki itu dikatakan,

“Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah !” Ia menjawab, “Demi Allah, selamanya aku tidak akan mengambilnya, karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah membuangnya.”( Hadits riwayat Muslim, 3/1655.)

DOSA-DOSA YANG DIANGGAP BIASA : ISBAL (MENURUNKAN / MEMANJANGKAN PAKAIAN HINGGA DI BAWAH MATA KAKI)

20 Ramadhan 1431 H
Oleh: Syaikh Muhammad bin Shalih al-Munajjid

Di antara yang dianggap sepele oleh manusia, sedang dalam pandangan Allah merupakan masalah besar adalah soal isbal. Yaitu menurunkan atau memanjangkan pakaian hingga di bawah mata kaki. Sebagian ada yang pakaiannya hingga menyentuh tanah, sebagian lain menyapu debu yang ada di belakangnya.

Abu Dzar radhiallahu ‘anhu meriwayatkan, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

ثَلاَثَةٌ لاَ يُكَلِّمُهُمُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ وَلاَ يُزَكِّيْهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيْمٌ: الْمُسبِلُ [وَفِيْ رِوَايَةٍ: إِزَارَهُ] وَالْمَنَّانُ [وَفِيْ رِوَايَةٍ: الَّذِيْ لاَ يُعْطِيْ شَيْئًا إِلاَّ مِنْهُ] وَالْمُنَفِّقُ سِلْعَتَهُ بِالْحَلَفِ الْكَاذِبِ.

“Tiga (golongan manusia) yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada Hari Kiamat, tidak pula dilihat dan tidak disucikan serta bagi mereka siksa yang pedih (mereka itu adalah); Musbil (orang yang memanjangkan pakaiannya hingga ke bawah mata kaki). Dalam sebuah riwayat lain dikatakan: “Yaitu orang yang tidak memberi sesuatu kecuali ia mengungkit-ungkitnya.” Dan (ketiga) orang yang melariskan dagangannya dengan sumpah palsu.”( Hadits riwayat Muslim, 1/102.)

Orang yang berdalih, saya melakukan isbal tidak dengan niat takabur (sombong), hanyalah ingin membela diri yang tidak pada tempatnya. Ancaman untuk musbil adalah mutlak dan umum, baik dengan maksud takabur atau tidak, sebagaimana ditegaskan dalam sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassallam,
مَا تَحْتَ الْكَعْبَيْنِ مِنَ اْلإِزَارِ فَفِي النَّارِ.

“Kain (yang memanjang) di bawah mata kaki tempatnya di Neraka.”( Hadits riwayat Imam Ahmad, 6/254; Shahihul Jami’, 5571.)

Jika seseorang melakukan isbal dengan niat takabur, maka siksanya akan lebih pedih dan berat, yaitu termasuk dalam sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam,

مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلاَءَ لَمْ يَنْظُرِ اللهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

“Barangsiapa memanjangkan bajunya dengan takabur, niscaya Allah tidak akan melihatnya pada hari Kiamat.”( Hadits riwayat Al-Bukhari, 3/465.)

Sebab dengan begitu, ia melakukan dua hal yang diharamkan sekaligus, yakni isbal dan takabur.

Isbal diharamkan untuk semua pakaian, sebagaimana ditegaskan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhu:

اْلإِسْبَالُ فِي اْلإِزَارِ وَالْقَمِيْصِ وَالْعِمَامَةِ، مَنْ جَرَّ مِنْهَا شَيْئًا خُيَلاَءَ لَمْ يَنْظُرِ اللهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

“Isbal itu pada kain (sarung), gamis (baju panjang) dan sorban. Siapa yang memanjangkan daripadanya dengan sombong maka Allah tidak akan melihatnya pada Hari Kiamat.”( Hadits riwayat Abu Dawud, 4/353; Shahihul Jami’, 2770.)

Adapun wanita, mereka diperbolehkan menurunkan pakaiannya sebatas satu jengkal atau sebatas untuk menutupi kedua telapak kakinya, sebab ditakutkan akan tersingkap oleh angin atau lainnya.

Tetapi tidak dibolehkan melebihi yang wajar seperti umumnya busana pengantin yang panjangnya di tanah hingga beberapa meter, bahkan mungkin kainnya harus ada yang membawakan dari belakangnya.

Kalau UMNO semunya boleh.

20 Ramadhan 1431H.
http://pouchnote.blogspot.com/

1. Datuk Seri Najib Tun Razak berceramah di Masjid Kampung Sungai Miang, Pekan, Pahang. Takkan dalam Masjid PM? Hormatlah sikit fatwa Tan Sri Harussani tu.

2. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kiri) menyampaikan sumbangan kepada orang-ramai di Masjid Kampung Kepayang Fair Park, Ipoh. Aik, takkan kat Perak sendiri tak hormat fatwa Tan Sri Harussani. Ini bukan politik kot Cuma dihadiri saje oleh orang politik. Takde niat politik pun!

3 . HISHAMMUDDIN pada sidang media di Masjid Jumhuriah, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, semalam. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop. Bercakap tentang ibadah ke pentadbiran negara? Tak politik ke tu?

4. Gambar yang kelihatan YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Ketua UMNO Bhg Jelebu sedang berucap dalam Masjid Amar Penghulu, Jeleb. Kelihatan juga duduk bersila dari kiri ke kanan ialah: YBhg Datuk Haji Jalaluddin Haji Alias, Timbalan Ketua UMNO Bhg Jelebu; Tuan Stapa (Ketua Polis Daerah Jelebu); Tuan Imam Masjid Amar Penghulu: Tuan Habibbullah (Pegawai JASA Daerah Jelebu / Ketua Penerangan UMNO Bhg Jelebu); dan Tuan Abd Hamid Othman (Pengarah JASA NS / Setiausaha UMNO Bhg Jelebu). Menteri yang jaga undang-undang siber ni. Kena tangkap ke ni?..lihat di SINI...

5. Saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Rembau telah hadir dan memberi ceramah di Masjid An-Nur Pekan Rembau. Aik tak cukup lagi TV dan Radio?

Sdr. Khairy di Taman Rembau Utama. Berkempen ke?

6 . Turut dihadiri Pengerusi Perhubungan UMNO Johor selaku MB Johot bersama isteri. Beliau memberi ucapan kepada orang miskin sempena majlis penyampaian golongan miskin, pelajar yatim dan ibu tunggal melalui 138 cawangan UMNO dari seluruh parlimen Ledang. Majlis itu adalah anjuran UMNO di Masjid al-Taqwa Tanjung Gading Barat, Ledang.

Datin Paduka Prof Dr Jamelah Ariffin isteri MB Johor turut serta memberi sumbangan. Kalau ye pun tutuplah aurat elok-elok dalam masjid tu. Dah le tak ikut mufti, lawan syariat lagi.

7 . Datuk Khaled Nordin menghadiri majlis anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Pasir Gudang diadakan dalam Masjid Al-Muhajirin Bandar Masai. dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Muhajirin.

8. Program UMNO Merbok di Masjid Taman Ria Jaya. Ucapan Dato' Haji Tajul Urus B. Hj. Mat Zain yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok

9. YB Shahidan Kassim turut berceramah. Macam baru balik Mekah. Tazkirah bab arak dan judi haram ke?

10. Di PETAGAS, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin (gambar atas) menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 70 warga tua, miskin dan sakit dari Mukim Petagas di Masjid Al-Jannah. Siap dengan beg lambang UMNO dan Dacing. Ini guna masjid ke?

11. Aik Puteri UMNO pun tak ketinggalan. Aurat pun tak tertutup elok. Orang bukan Islam tau menutup auratnye apabila mengunjungi rumah ibadat orang Islam. Maaf! Mungkin non muslim kot. Program kemasyarakatan bertempat di Masjid al-Falah Karamunting, Sandakan.

12. Felda Tunggal, YB Dato Sri Dr Azalina Dato Othman Said Ahli Parlimen Pengerang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang telah menghadiri majlis anjuran bersama UMNO Bahagian Pengerang, Unit Seranta Felda Negeri Johor, FELDA Wilayah Johor Bahru, JKKK FELDA Tunggal dan Badan Kebajikan Surau FELDA Tunggal di masjid Felda Tunggal. Istiqamah tidak menutup aurat. Tak berani tegur ke?

13. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berucap dalam majlis anjuran Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Wangsa Maju.

Menurutnya, UMNO senantiasa menggalakkan kerja-kerja ibadat seperti menyalurkan bantuan pada mereka yang susah serta mengatur aktiviti membela sesama Islam di bulan Ramadhan ini dan memuji UMNO Wilayah Persekutuan kerana membelanjakan RM130 ribu bagi membantu mereka yang memerlukan di seluruh bahagian UMNO dalam Wilayah Persekutuan. Dalam pada itu, beliau yang juga Naib Presiden UMNO Malaysia mengucapkan terima kasih pada Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan kerana membantunya sehingga dapat menduduki salah satu kerusi Naib Presiden UMNO dalam pemilihan lalu.

Hampir 3000 orang membanjiri kawasan masjid itu. bersama para pemimpin UMNO. Kelihatan bersama di majlis itu, Ketua Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique, Timbalan Badan Perhubungan Senator Datuk Kamarudin Ambok, Setiausaha Senator Datuk Rizuan Abd Hamid, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Paduka Mohd Norza Zakaria, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, Ketua Puteri Azlinda Mohd Rashad dan ketua-ketua UMNO Bahagian, Pemuda, Wanita, Puteri serta ahli-ahli jawatankuasa masing-masing.


Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ruslin Hasan dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Haji Che Mat Che Ali. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique ketika berucap melahirkan rasa syukur beliau kerana kejayaan Datuk Seri Shahrizat Jalil menganjurkan majlis tersebut.

14. Majlis anjuran UMNO Bahagian Bagan telah diadakan di Masjid At Taqwa, Mak Mandin. Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Abdul Latiff Mirasa kelihatan bersama orang-ramai. YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka dan ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, saudara Norman Zahalan juga turut hadir.

15. Hingga ke Sarawak, Program “Jom Berambeh” YB Datuk Hjh Rohani Hj Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan diadakan untuk mendekatkan dan memudahkan penduduk di kawasan Parlimen Batang Lupar. Siap salam sama Tok Imam ke? macam nak angkat nikah je YB?

Cukuplah. Terlalu banyak sangat. Semuanya bagaimana tanda UMNO-BN cakap tak serupa bikin. Bagi Pas Islam tidak boleh dipisahkan. Tiada istilah politik suku agama suku.

DOSA-DOSA YANG DIANGGAP BIASA : BERBISIK EMPAT MATA DAN MEMBIARKAN KAWAN KETIGA

20 Ramadhan 1431 H
Oleh: Syaikh Muhammad bin Shalih al-Munajjid

Dalam suatu majlis dan pergaulan, sikap dan tindakan ini sungguh amat tidak terpuji. Bahkan sikap dan tindakan seperti ini sebenarnya merupakan langkah syetan untuk memecah belah umat Islam dan menebarkan kecemburuan, kecurigaan dan kebencian di antara mereka.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menerangkan hukum dan akibat perbuatan ini dalam sabdanya,
إِذَا كُنْتُمْ ثَلاَثَةً فَلاَ يَتَنَاجَى اثْنَانِ دُوْنَ اْلآخَرِ حَتَّى تَخْتَلِطُوْا بِالنَّاسِ، مِنْ أَجْلِ أَنْ ذَلِكَ يُحْزِن

“Jika kalian sedang bertiga, maka janganlah dua orang berbisik tanpa seorang yang lain, sehingga kalian membaur dalam pergaulan dengan manusia, sebab yang demikian itu akan membuatnya sedih.”( Hadits riwayat Al-Bukhari, .lihat Fathul Bari, 11/83.)

Termasuk di dalamnya berbisik dengan tiga orang dan meninggalkan orang keempat, dan demikian seterusnya.

Demikian pula, jika kedua orang tersebut berbicara dengan bahasa yang tidak dimengerti oleh orang ketiga.

Tidak diragukan lagi, berbisik hanya berdua dengan tidak menghiraukan orang ketiga adalah salah satu bentuk penghinaan kepadanya.

Atau memberi asumsi bahwa keduanya menginginkan suatu kejahatan terhadap dirinya. Atau mungkin menimbulkan asumsi-asumsi lain yang tidak menguntungkan bagi kehidupan pergaulan mereka di kemudian hari.

Jenazah tokoh PAS Parit Buntar selamat dikebumikan

20 Ramadhan 1431H.
http://pemudapasperak.com/

PARIT BUNTAR : Jenazah tokoh PAS Parit Buntar, yang juga bekas Yang Dipertua PAS Parit Buntar Zulkarnain Haji Ahmad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Parit Tok Ngah berhampiran Masjid Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang.

Penolong Setiausaha PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman berkata, lebih seribu orang jamaah telah menunaikan solat jenazah tokoh PAS berkenaan di Masjid Parit Tok Ngah.

“Ust. Zulkarnain , 74 yang telah terkena angin amar telah telantar sakit sekitar 10 tahun dan terakhir dimasukkan ke Hospital Parit Buntar dua hari lepas.

“ Rata-rata yang hadir mengiringi jenazah ke tanah perkuburan menyatakan ketokohan dalam perjuangan Islam beliau sukar dicari ganti”

Adnan berkata, semasa hayatnya Allahyarham pernah menyandang jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak dan menjawat jawatan Yang Dipertua PAS Parit Buntar pada tahun 1990.

“Allahyarham pernah menjadi calon PAS bagi kerusi DUN Simpang Lima semasa pilihanraya tahun 1969 dan pernah bertanding bagi kerusi Parlimen Parit Buntar semasa pilihanraya tahun 1974.

“ Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada PAS Parit Buntar dan PAS Perak. Takziah ke atas seluruh sanak saudara di atas kehilangan orang yang disayang” katanya

Menurut Adnan , Allahyarham juga banyak berjasa dalam bidang pendidikan terutama membangunkan Sekolah Agama Rakyat di Parit Buntar.

“Allahyarham adalah tokoh penting yang kuat mempertahankan Sekolah Agama Rakyat, malah pernah menjadi Mudir Sekolah Menengah Agama Al Falah, Parit Tok Ngah.

“Kegigihannya dalam memperjuangan wadah PAS dan pendidikan sekolah agama menjadikan beliau cukup dikenali di Parit Buntar dan kawasan sekitar” katanya

Antara tokoh pimpinan masyarakat yang hadir ialah Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Husein, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang Elias Zakaria, Mufti Perak Tan Sri Harusani Zakaria, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Adun Titi Serong Drs Khalil Idham Lim juga pimpinan PAS Perak dan Kawasan berdekatan serta pimpinan masyarakat setempat.

Wanita di Bawah Naungan Islam : Bagaimana Seorang Perempuan Ber-’Iddah

20 Ramadhan 1431 H
Oleh: Said Abdul Aziz al-Jandul

Apabila terjadi perpisahan (perceraian) di antara pasangan suami-istri karena suatu sebab, maka sang istri wajib tinggal berdiam diri dalam waktu masa tertentu di mana ia tidak boleh menikah sebelum masa itu habis. Masalah ini dapat disimpulkan sebagai berikut:

Perempuan hamil, apakah ia dicerai atau suaminya meninggal dunia. Maka masa ‘iddah (menunggu berdiam diri) berakhir dengan kelahiran bayi yang dikandungnya. Allah Subhaanahu Wata'ala berfirman,

وَأُولَاتُ الْأَحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَنْ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ

“Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya.” (Ath-Thalaq: 4).

Dalam Hadits riwayat Malik, Imam Syafi’i, Abdurrazzaq, Ibnu Abi Syaibah dan Ibnu Mundzir yang bersumber dari Umar (bin Khattab), bahwasanya ia pernah ditanya tentang perempuan yang suaminya meninggal sedangkan ia dalam keadaan hamil. Maka beliau menjawab, “Apabila ia telah melahirkan bayi yang dikandungnya maka ia telah menjadi halal.”

Lalu ada seseorang dari kaum Anshar yang memberitahukan kepadanya bahwasanya Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu juga pernah berkata, “Kalau sekiranya perempuan itu melahirkan, sedangkan suaminya masih di atas perbaringannya, belum dikebumikan, maka perempuan itu sudah menjadi halal.”

Hadits lain yang diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud, bahwasanya ia berkata: “Barangsiapa yang hendak lebih jelas lagi maka sesungguhnya ayat yang ada di dalam Surah at-Thalaq: (“Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya.” (Q.S.65:4)) diturunkan beberapa bulan saja sesudah Surat al-Baqarah.”

Perempuan yang meninggal suaminya, sedangkan ia tidak dalam kekadaan hamil, apakah meninggalnya itu sebelum terjadi hubungan senggama atau sudah terjadi, maka ‘iddah-nya ialah empat bulan sepuluh hari. Selama iddah ini ia tinggal di rumah tidak boleh keluar kecuali ada uzur yang dibenarkan agama, dan selama ini pula ia tidak boleh memakai wangi-wangian dan berhias atau perbuatan lainnya yang serupa, karena Allah Subhaanahu Wata'ala telah berfirman,

وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا

“Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan istri (hendaklah para istri itu) menangguhkan dirinya (ber’iddah) empat bulan sepuluh hari’.” (Al-Baqarah: 234).

Perempuan yang masih dapat hamil dan bisa melahirkan, maksudnya bukan perempuan yang sudah mencapai usia monopause disebabkan sudah tidak haid lagi, juga bukan karena usianya masih kecil dan belum mencapai usia haid, apabila ia dicerai oleh suaminya maka ‘iddahnya ialah tiga quru’, artinya ia menunggu sampai tiga kali haid sesudah masa penceraian untuk memastikan bahwa ia benar-benar tidak hamil. Allah berfirman,

وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ

“Dan perempuan-perempuan yang ditalak hendaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru’.” (Al-Baqarah: 228).

Perempuan yang sudah mencapai usia monopause dengan berakhirnya masa haid karena sudah lanjut usia, seperti sudah berusia 50 tahuan atau lebih, atau perempuan yang usianya belum mencapai usia haid, maka ‘iddahnya apabila ditalak oleh suaminya adalah tiga bulan. Karena Allah Subhaanahu Wata'ala telah berfirman,

وَاللَّائِي يَئِسْنَ مِنَ الْمَحِيضِ مِنْ نِسَائِكُمْ إِنِ ارْتَبْتُمْ فَعِدَّتُهُنَّ ثَلَاثَةُ أَشْهُرٍ وَاللَّائِي لَمْ يَحِضْنَ

“Dan perempuan-perempuan yang tidak haid lagi (monopause) di antara perempuan-perempuanmu jika kamu ragu-ragu (tentang masa ‘iddahnya) maka ‘iddah mereka adalah tiga bulan; dan begitu pula perempuan-perempuan yang belum haid.” (Ath-Thalaq: 4).

Perempuan yang suaminya menghilang dan tidak diketahui keberadaannya, maka ia menunggu sampai empat tahun lamanya. Jika diperkirakan sang suami sudah mati, maka perempuan itu boleh menikah. Tetapi kalau suaminya diperkirakan masih hidup, maka ia tidak boleh menikah dengan lelaki lain, kecuali kalau sudah mencapai sembilan tahun lamanya dari kehilangannya.