01 September 2010

MERDEKAKAH KITA?

21 Ramadhan 1431H.
OLEH: JJ ANAK DESA (joharapat.blogspot.com)

Tanggal 31 Ogos adalah tarikh keramat, tarikh bersejarah, ulang tahun kemerdekaan negara kita, kini genaplah 53 tahun Malaysia merdeka dari belenggu penjajah British. Syukur kita ke hadrat Allah swt.

Tetapi benarkah kita sudah merdeka sepenuhnya? Pertanyaan itu harus dijawab oleh kita semua rakyat Malaysia. Benar kita telah merdeka dari cengkaman penjajah, itu hanya sudut luaran sahaja. Namun dari sudut dalamannya negara kita masih mengamalkan undang undang penjajah. Ini bermakna kita masih merdeka sapenuhnya.

Menurut Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Kemerdekaan sebenar adalah membebaskan bangsa dari belenggu penjajahan minda yang terikat dengan ketidakadilan yang diperjuangkan di dalam membela nasib sesuatu bangsa.

Itulah antara amalan jahiliah yang masih diteruskan oleh Umno selama ini sedangkan kedatangan Islam telah menunjukkan jalan terbaik kepada umat Islam bagaimana bentuk perjuangan politik mereka.

Oleh itu kata Ustaz Hadi bangsa Melayu wajar mengambil ajaran Islam sebagai tonggak perjuangan kehidupan mereka dalam usaha memastikan pemerkasaan bangsa berjaya ditegakkan dan keadaan sebaliknya terus berlaku jika mereka enggan.

Penurunan Al-Quran sendiri secara berperingkat selama 23 tahun jelas Haji Hadi adalah untuk menjawab semua persoalan semasa yang timbul di dalam mana-mana masyarakat sebelum, semasa dan selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w.

“Akibat dari meninggalkan ajaran dan hukum Al-Quran kini terbukti semua agama selain Islam, isme, ideologi dan kepercayaan telah tidak relevan sekarang ini dan ternyata gagal untuk menangani segala isu semasa dan konflik masyarakat.

Kita ambil satu contoh yang mudah, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang menahan seseorang tanpa bicara. Adilkkah ini atau satu akta yang zalim, sedangkan dalam Islam sendiri seseorang yang dituduh bersalah mesti dibicarakan di mahkamah. Jika terbukti bersalah barulah hukuman dikenakan. Tetapi negara kita tidak berbuat begitu.

Semua orang kata ISA itu zalim, yang kata tidak zalim hanya Umno. Seandainya pemimpin pemimpin Umno yang kena, ketika itulah baru mereka kata ISA adalah zalim. Selagi tidak kena batang hidung mereka, pasti mereka kata tidak zalim.

Zalim bukan mengikut pandangan Umno tetapi ia perlu menurut pandangan Islam. Zalim itu bermaksud meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. saperti yang selalu Ustaz Datuk Ismail Kamus katakan, meletakkan kasut di kepala, songkok di kaki, itu namanya zalim kerana meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

Sudah 53 tahun merdeka tetapi otak Umno masih di tahap otak penjajah, meniupkan semangat perkauman Melayu yang sempit, sedangkan kedatangan Islam mahu membebaskan semangat perkauman (assobuyyah) kepada Islam. Tetapi Umno dan kunco kunconya termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan akhbar penjilat punggung Umno masih lagi memainkan sentimen perkauman. Inikah dimana merdeka?

Minda mereka sebenarnya masih dijajah diselaputi fahaman jahiliyah sedangkan Islam datang untuk menghapuskan jahiliyah termasuk jahiliyah moden yang amalkan oleh Umno dan sekutunya.

Tugas kita sebenarnya berat, kita mahu segala bentuk kezaliman, ketidakadilan yang diamalkasn Umno/BN dihapuskan, barulah kita menikmati erti kemerdekaan sebenarnya. Selagi Umno? BN berkuasa dan terus meneruskan melakukan kezaliman dan ketidakadilan dan rakyat masih menerimanya, selagi itulah kita masih belum merdeka sebenarnya.

Tugas kita kini untuk mentalkinkan Umno/BN pada pilihanraya umum ke 13 nanti, misi ini perlu dijadiakan agenda utama rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan benci kepada sebarang bentuk kezaliman. Tugas ini kita pikul bersama, ucapkanlah SELAMAT TINGGAL PADA UMNO/BN mulai sekarang agar pada pilihanraya umum ke 13 nanti ucapan dan doa itu menjadi kenyataan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau kita mahu umno mengatakan ISA itu zalim, hanya satu kaedah sahaja, iaitu bilamana PR tawan putra jaya, kita teruskan ISA buat beberapa ketika, samada 6 bulan, 12 bulan atau 2 tahun. kita tahan pemimpim umno/bebas pro umno yang menghasut atau lain-lain kesalahan yang boleh menggugat keselamatan negara, tahan sehingga kita bicarakan ke mahkamah terbuka, jika sabit kesalahan terus dipenjara, jika tak bersalah bebaskan. apa pandangan okt (orang kena tahan)itu. untuk eksperimen orang seperti ibrahim ali atau seumpama dengan nya amat sesuai.