21 Ramadhan 1431H.
KOTA BHARU, 30 Ogos: Kerajaan Kelantan akan memberikan bantuan khas hari raya sebanyak RM500 kepada lebih 5,000 orang kakitangannya sebelum Aidilfitri ini.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nikk Mat berkata, sumbangan yang melibatkan jumlah RM2.2 juta itu sebagai menghargai jasa kakitangan yang tekun membangunkan negeri.
Menurutnya, tarikh sebenar penyerahan bantuan khas itu belum diputuskan tetapi cek berkenaan telah siap diurus.
Tambahnya, kakitangan awam bermula dari gred 54 dan ke bawah layak menerima bantuan khas itu.
Beliau mengumumkan perkara itu selepas solat sunat tarawih di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, di sini malam ini.
Tuan Guru berkata, beliau seronok dengan pemberian berkenaan kerana dapat menghargai jasa kakitangan kerajaan negeri. Harakahdaily/-

1 ulasan:
AlhamdullilLah, walaupun ambo keje dgn kerajaan lain tetapi ambo memanjatkan kesyukuran kerana simpati la ambo dgn orang2 Kelantan tu. Royalti Petroleium tak diberi. Ini mana adil negeri lain ada royalti Kel tak dok dapat apa..
Catat Ulasan